Thursday, December 31, 2015

SELAMAT TAHUN BARU VERSI REMIX

Two thousand fifteen dah nak pergi.
Alahai so sad pula rasa di hati.
Malam ni malam new year eve.
Eh, end year? OMG i can't believe.

Too much memories smile nampak gigi.
If na story, huh, not enough lah satu hari.
So I give this year punya summary.
Ehem 2015, you're so sexy!!! (haha). 

Ok. So far, everything smooth sekali.
Walau sometimes :( not follow kata hati.
But one thing I want to tell everybody.
Bersyukurlah pada Tuhan, infinity.

For surelah June is the sweet memory.
Well, dapat wife cun, siapa tak happy.
Doakan next year kami dapat baby.
Hopefully twin babies, hamboi kemain lagi.

Bohonglah, hidup ni nothing dugaan dilalui.
If I calculate, so many make me angry.
But, wat lek wat peace lah apa na jadi.
Life is too short to be sad cenggini.

Dah, let's having fun kita malam ni.
Buang yg keruh, ambil yg jernih said P.Ramlee.
Nawaitu new year and doa mengiringi.
Hey 2016, let's rock'n together with me.

Puisi Tahun Baru Versi Remix

Gambar Google


Two thousand fifteen dah na pergi.
Alahai so sad pula rasa di hati.
Malam ni malam new year eve.
Eh jap, Serius lah dah end year? OMG i can't believe.

Too much memories smile hehe nampak gigi.
If na story, huh, not enough lah satu hari.
So I give this year punya summary.
Ehem 2015, you're so sexy!!! (haha).

Ok. So far, everything smooth sekali.
Walau sometimes :( not follow kata hati.
But one thing I want to tell everybody.
Bersyukurlah pada Tuhan, infinity.

For surelah June is the sweet memory.
Well, dapat wife cun, siapa tak happy.
Doakan next year kami dapat baby.
Hopefully twin babies, hamboi kemain lagi.

Bohonglah, if nothing dugaan dilalui.
If I calculate, Fuyoo so many make me angry.
But, wat lek wat peace lah apa na jadi.
Life is too short to be sad cenggini.

Dah, let's having fun kita malam ni.
Buang yg keruh, ambil yg jernih said P.Ramlee.
Pasang nawaitu new year and doa mengiringi.
Hey you 2016, let's rock'n together with me.

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Image result for half boiled egg photography 
sumber Google

Mata celik terjaga daripada mimpi.
Nikmatnya hujan membasahi bumi.
Cuma isteri cantik tiada di sisi.
Yg ada, roommate tidur gaya seksi.

Fuhh. Ini mmg tak boleh jadi.
Bulu roma dah mula tegak berdiri.
Sebelum berlaku perkara luar tabii.
Cepat-cepat aku keluar sarap pagi.

Selamat pagi amigos!!

Wednesday, December 30, 2015

PUISI KEHAKIMAN

PUISI KEHAKIMAN
Image result for jurisdiction photography 
gambar Google

Apa sudah jadi dengan negara kita.
Penuh perundangan penghakiman durjana.
Yg bersalah dipaksa masuk syurga.
Yg benar dihumban ke neraka.

Hukum Allah senang kau lupakan.
Hukum Quran mudah kau ketepikan.
Bukankah itu hukum sepanjang zaman.
Bukannya hukum manusia buatan tangan.

Apa kau diam membisu tunggu keajaiban.
Atau tunggu hidangan bala dari Tuhan.
Jangan libatkan kami golongan bawahan.
Dengan dosa hitam yg kau lakukan.

Aku mohon kembalilah ke pangkal jalan.
Ke pangkal jalan asas keislaman.
Mulakan kembali dgn cara diredhakan.
Demi genarasi kita di masa hadapan.

Monday, December 28, 2015

CITA_CITA KAMU APA?

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

3 budak sekolah berbual di kantin Mak Semah.

Anaqi: Cita-cita kau apa, Juna?

Arjuna: Aku na buka bengkel kereta lama, vespa. Haaa siap ada kafe kat situ.

Anaqi: Wah 3 kerja tu. Kau pula Amat?

Amat: Aku na jadi Menteri.

Dalam 2 saat, meja kantin terbalik terbelah dua. Amat pula tersidai atas pokok rambutan.

Sunday, December 13, 2015

KISAH EJART TAHUN AKHIR

VIVA OH VIVA



Dup dap dup dap.

Shit. Big day viva dah makin dekat.
Problem, literature masih belum kuat.
Nasihat SV apa semua aku tak ingat.
Hilang arah, hilang idea, hilang semangat.

Dup dap dup dap.

Masa ada 30 minit, slide pula ada 41.
Habis je present, dah konfom soalan diaju.
Disoal bertalu, aku relax jawab satu, satu.
Walau taktau, confident goreng nombor 1.

Dap dup dap dup.

Tipulah aku tak risau nak present viva
Presentation biasa pun aku training nak gila.
Inikan pula proposal Projek Sarjana Muda.
Kalau tak lulus, tak kan nak tukar tajuk pula.

Dap dup dap dup.

Argh!! persetankan ini semunya.
Tiada guna hadap 24 jam sepanjang masa.
Inikan semua hal dunia semata mata.
Jangan lupa tanggungjawab pada Maha Pencipta.

Friday, December 11, 2015

Thursday, December 3, 2015

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Dalam kelas Bahasa Melayu, Cikgu Deris mengajar perumpamaan.

Cikgu Deris: Murid-murid, cerdik macam...?

Murid-murid: Kancil, Cikgu

Cikgu Deris: Bagus. Ok. Bodoh macam...?

Murid-murid: Menteri!!!

Dengan pantasnya, Cikgu Deris semak dalam kamus peribahasa.
Risau juga Cikgu Deris, kot-kot kamus sudah dikemaskini mengikut realiti kebodohan semasa.

Wednesday, December 2, 2015

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA


Anaqi: Guru Besar Ajib kata kalau tak nak kadar tol pintu pagar sekolah naik, jangan bawa motor sendiri datang sekolah. Naik pengangkutan awam. Bas sekolah ada. Jimat!!

Arjuna: Jimat kepala bana. Hari ini, kadar pengangkutan awam naik menggila, kita nak naik apa?

Mia: Kita naik kereta Guru Besar Ajib!!!!

Sementara itu, Cikgu Ros membelek-belek catalog cincin berlian sambil diperhatikan Guru Besar Ajib.