Showing posts with label kisahpendekbudakyutiem. Show all posts
Showing posts with label kisahpendekbudakyutiem. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

kisah pendek budak yutiem #13

Seram Part 3.

Anaqi: Weh Juna. Thanks malam semalam. Teman aku jumpa Mia kat Balai Cerap. Happy gila aku. Cun weh.

Arjuna: Aku? Mana ada la.

Anaqi: Kau buat lupa pula. Dah 3 hari kau adjust kan Mia utk aku.

Arjuna: Mia pun aku tak kenal. Lagipun aku dah 3 hari dah kat kampung aku ni. Exam habis awal. Aku lupa bagitau kau.

kisah pendek budak yutiem #12

Seram Part 2.

Anaqi: Malam semalam kan, boleh pula enjin vespa aku kong kat tasik. Nasib baik ada brader tolong aku. Adam namanya. Dia kata dia duduk sebelah bilik kau.

Arjuna: Adam? Bilik sebelah?

Anaqi: Ha'a. Kau kenal?

Arjuna: Sebelah bilik aku tak pernah ada orang. Row ni aku sorang je wei.

kisah pendek budak yutiem #9

Anaqi: Juna. Kau tgok gambar kita awal-awal masuk UTM. Masa FYE (First Year Experience). Kemain lagi kita berjimba. Kau punya senyum macam topeng Vendetta wei.

Arjuna: Yela. Dulu aku cuma tau FYE, tapi aku tak tau FYP.

Anaqi: FYP mende tu?

Arjuna: Final Year Project.

Menangis tersedu-sedu si Anaqi dibahu Arjuna.

kisah pendek budak yutiem #8

Anaqi dan Arjuna makan di Arked Meranti. Memang time macam ni ramai makwe berlegar legar di situ. 2 kali konyang.

Anaqi: Juna. Pukul 5. Pukul 5 kau.

(Arjuna terus memandang arah pukul 5)


Arjuna: Lawa siyaalll makwe tu.


Arjuna tak berpaling walau sekilas.
Makwe berkebaya merah, berkain batik tu terus berjalan ke satu meja dan duduk di sebelah brader berbadan sado yg sedang memandang tepat ke arah Arjuna.
Damn shit.
Dengan serta merta Arjuna terus memandang Anaqi.

Arjuna: Lain kali, usha kiri kanan dulu faham?

kisah pendek budak yutiem #7

Anaqi: Kau tgok kapel tu. Makan berkepit, pergi kelas berkepit, balik kampung berkepit, jogging pun na berkepit.

Arjuna: Dorang belum bercinta dgn Projek Sarjana Muda lagi. Haa Viva lagi. Kalau bercinta, mau terbongkang depan laptop.

Anaqi pun tersengih-sengih sambil turn on laptopnya terus buka folder PSM Chapter 2.

Tuesday, May 17, 2016

kisah pendek budak yutiem #6

Anaqi : Juna. Cuti midsem ni kau balik ta?

Arjuna : Mestilah balik. Aku dah siap packing barang sejak minggu lepas lagi. Baju semua aku dah lipat. Semua aku dah susun tepi pintu tu. Tinggal na choww je ni.

Anaqi : Tiket dah beli ke belum?


Arjuna : Huurrmmmmmm

Arjuna menyepi di bucu katil sambil menguis-nguis selimutnya.

kisah pendek budak yutiem #5

Arjuna bangun pagi terus kejut Anaqi.
Arjuna capai tuala dan bekas mandi.
Arjuna berjalan terus ke bilik mandi.
Arjuna mandi-menyabun-gosok-bilas dan sental gigi. 

Arjuna pakai boxer, jeans hitam serta kemeja T.
Arjuna sikat rambut style belah tepi.
Tak hensem pula, terus Arjuna pacak guna Gatsby.
Haaa, barulah hensem daripada tadi.

Arjuna keluar panaskan enjin kereta Mini.
Arjuna menunggu Anaqi dari tadi.
Batang hidung tak nampak, apatah lagi body.
Alih-alih, phone berbunyi, Whatsapp dari Anaqi.

"woi Juna, UTM kan Cuti"

kisah pendek budak yutiem #3

Pintu bilik Anaqi dibuka pelan-pelan. Arjuna menjengah di tepi pintu. 

"Makan jom. Fesko. Kau, aku, Adam". 
Arjuna mengajak sambil mengangkat-angkat kening.

"Aku na siapkan PSM la"
Anaqi balas tanpa memandang Arjuna.
Jari jemari Anaqi ligat menari di papan kekunci komputer riba jenama Acer.

(30 minit kemudian di Fesko)

"Adam, itulah member kita. Bukan main miang lagi berjalan dgn makwe. Pui"
Geram Arjuna yg hanya memandang Anaqi dari jauh.

Adam hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

kisah pendek budak yutiem #2



Setelah menempuh perjalanan 2 jam 30 minit, akhirnya Anaqi sampai di rumahnya di Seremban.
Kepulangan Anaqi disambut mamanya yg baru selesai masak. Anaqi terus ke dapur.

"Anaqi. Sibuk minggu ni? Banyak assignment ke anak mama?"
Mama Anaqi memulakan perbualan.

"Hmmmm Sibuk tu sibuk. Tapi bukan sebab assignment. Sibuk na Login Yespoji tak lepas-lepas"
Jawab Anaqi mudah sambil mencapai kicap manis di meja makan.

Mama Anaqi menumbuk belacan dengan penuh geram.


--------------------------------------- kisah pendek budak yutiem ---------------------------------------

Thursday, May 5, 2016

kisah pendek budak yutiem #1

"Hey abg Anaqi. Abg belajar mana sekarang ea?" Soal Arjuna, sepupu Anaqi yg sedang gigih menghadapi SPM.

"Dulu abang diploma kat UTM KL.Sekarang sambung degree kat UTM Skudai." Jawab Anaqi mudah.

"Mesti best kan? Jalan rata, bonggol tak banyak, parking senang. Yg paling best, wifi laju gila bapak. Kan? Kan?" Teruja sungguh Arjuna.

Seminggu Anaqi kemurungan di tepi tingkap.