Monday, August 8, 2016

PEMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

 Gambar Google.
Haha.

Macam biasa, habis je kerja, aku kena bawa Anis perkena roti planta.
Dah order apa yg berkenan dgn perut, Anis borak borak la pasal hal ehwal pregnant. Mengidam itu ini la, mual sana sini la.

Aku respon mudah.
Angguk kepala, senyum.


           "Abang tau ta, dalam group whatsapp pregnant ni. Ada sorang gadis ni pregnant. Yg kelakar nya, habis semua benda dia tanya-boleh makan ke ta. Coklat la, Cadbury la, cekodok la."
Anis mula bergosip.

Kali ni aku respon bersuara,

          "Dia first time pregnant tuu, tak pun dia saje na hidupkan whatsapp tu"

           "Tu la. Tadi dia whatsapp lagi. Dia cakap, malam ni dia na makan KFC. Dia tanya, coleslaw yg sayur campur mayonis tu boleh makan ke?"
Anis bercerita sambil senyum senyum.

Berkerut juga dahi aku masa ni. Ini dah kes berat ni.
Sepanjang pengalaman aku selama 3 bulan lebih handle isteri mengandung, aku belum pernah alami kes sebegini.
Kes berat ni.

Kali ini aku respon abah-abah.

           "Reply kat dia, boleh je makan. Ada 2-3 benda tak boleh makan. Makan harta anak yatim dgn makan duit rakyat."

Brader sebelah yg tgh hirup kopi panas, tersedak serta merta.
Pak cik belakang pula berdehem 2 kali.

0 comments: