Friday, October 11, 2013

Pahlawan Ais Si Sarjan Danial





Satu malam mendebarkan di District K205. Gua bersama komrad da merangka strategi na tangkap penjenayah emas dari Pekan. Saudagar Umar yang memegang kod bar 921011-xx-xxxx.

Suasana berperang tertanam jiwa setiap komrad. Masing-masing menunjukkan keinginan menamatkan riwayat Saudagar Umar. Komrad yang diketuai oleh Sarjan Danial lengkap dengan pakaian perangnya--hanya berbaldikan kepala, tidak berbaju dan berseluar pendek.

Dengan arahan Koperal Abu, Sarjan Danial dilantik menjadi komrad paling hadapan sekali untuk mengetuai misi ini. Musuh kami; Saudagar Umar setia menanti kami berbekalkan mesingun water pump inovasi daripada pili bomba yang berdekatan.

Berdasarkan strategi Saudagar Umar, sesiapa keluar memang akan terkorban dengan pancutan water pump Saudagar Umar. Seperti yang dirancangkan oleh Koperal Abu, kami akan keluar bersama-sama menjejaki Saudagar Umar yang entah di mana.

Suasana sunyi tiba-tiba.
Mendebarkan.
Dup dap dup dap.
Lagu suspen dipasang bagi menggamitkan semangat.
Komrad sudah sedia menerima tugasan dari Koperal Abu. Sarjan Danial barisan paling hadapan. Diikuti Koperal Abu, dan komrad yang lain.
Gua sebagai pemerhati kawasan berada di kedudukan lebih tinggi daripada komrad lain. Atas katil. Tekun memerhati setiap langkah yang diambil.
Pintu gerbang District K205 dibuka pelan.

“Serang!!! Go!! Go!! Go!!” 




Masing-masing menjerit semangat mengorak langkah. Sarjan Danial bersama baldi di kepalanya yang terlebih dahulu bergerak keluar dari pintu gerbang District K205.
Gua yakin komrad gua pasti menang.
Kita pasti menang.

Sebaik sahaja tubuh Sarjan Danial keluar daripada sempadan District K205, Koperal Abu cepat-cepat menutup pintu gerbang. Bukan sahaja tutup, malah siap berkunci lagi membiarkan Sarjan Danial berperang keseorangan.

Itu jam gua hanya mendengar jeritan Sarjan Danial merayu meminta tolong.
Kesian, sadis dan tertawa.

Tidak ada satu pun terlintas dalam kepala otak kami. Komrad yang lain sakan tertawa. Masing-masing berguling-guling kesenakan perut.

Gua yang berada dikedudukan tinggi tadi, jatuh ke lantai atas sebab tindakan drastik Koperal Abu.
Gua ta tau Koperal Abu ada Plan B.

Persoalannya Plan atau Prank?

Gelak punya gelak, tiba-tiba,
Kedebuk!!

Kami terdengar bunyi terhempap. Cepat-cepat kami mencari arah bunyi. Gua yakin sasaran sudah tertewas. Gua yakin sangat.

Sarjan Danial sememangnya seorang pahlawan yang terbilang, gemilang dan semua yang lang-lang. Pasti diberi peranugerahan.
Sarjan Danial akan dinaikan pangkat.
Bravo.

O---

Dikawasan simen yang lapang, gua hanya terlihat susuk tubuh gempal terdampar di tepi tong sampah.
Ya. Gua ta salah lagi.

Itu jasad Sarjan Danial.