Tuesday, June 23, 2015

TIME TRAVEL

Image may contain: 1 person

Ini isteri aku. Anis Rahmat. 

Kami dari rumah sewa. 
Kutip duit sewa bulan ini. 
Tadi aku dah ready nak siku tengkuk penyewa tu kalau dia buat-buat lupa pasal duit sewa.

Anis pula makin sibuk sejak bisnes dia mula berkembang sepertimana kembangnya kandungan dalam perut Anis. 
Alhamdulillah. 

Aku sebagai PA/partner/tukang balas wasep customers/pengeluar modal/tukang picit kaki Anis paling setia, sentiasa berdiri teguh di sisi dia.

Oh ya. 

Anaqi sudah pandai berjalan. 
Saja kami biarkan Anaqi bermain dengan atuk nenek dia. 
Kasi can la kami dating berdua. 

Bukan apa, minggu lepas Anaqi u'uk masa ride vespa. 
Meraban aku tukar lampin Anaqi belakang semak.

Haish.
..............................
Aku akan sambung intro kisah ini dalam 5 tahun akan datang.
In Shaa Allah.

Monday, June 22, 2015

SAHUR YANG MENAWAN

SAHUR BERSAMA

Habis je makan, macam biasa aku lahirkan rasa nikmat dgn ucapan Alhamdulillah disusuli dengan menjilat sepuluh jari aku. 

Aku bangun berjalan ke sinki. 
Aku basuh tangan. 
Aku kumur.
 Aku ludah. 
Tiga kali aku ulang. 
Aku renjis-renjis tangan.

Aku senyum puas bersahur. 
Sebiji macam anak raja.

Aku terus melangkah ke ruang tamu. 
Belum sempat aku melepasi meja makan, Ma aku menegur aku.

"Abang. Siap-siap sana. Solat Subuh di surau. Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas".

Aku di awal-awal tadi senyum manis serupa anak raja, bertukar kelat payau. 
Misi mencari tilam empuk, terkandas. 

Tapi senyum kelat aku tidak lama.
Senyum aku manis kembali. 

Lantas aku jawab.

"Ala ma. Ramadhan kali ini dah jadi lebih baik dari tahun lepas. Sebab Ramadhan kali ini abang sambut dengan seorang Isteri yang manis rupawan."

Ini kali aku senyum tahap dewa.
Anis pula yang kenyit mata.

Saturday, June 6, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 8.0


"Jahat betul Cikgu Affendi tu. Suka-suka je tampar pipi orang pula" Marah betul Anis.
Tajam betul muncung bibir Anis. Boleh jadi penyangkut baju.

Anis teman aku tolak vespa ke tepi padang sekolah. Itu jam memang terasa berjalan kat karpet merah. Jadi perhatian ramai. Mau tak nya, baru lepas kena lempang depan orang ramai.

Sampai tepi padang, aku tongkatkan vespa. Aku duduk di sebelah Anis sambil menyaksikan acara kemuncak Hari Sukan sekolah. Tarik tali.
Aku tiba-tiba sengih lalu aku ketawa kecil.

"Awak ketawa kenapa? Macam tade perasaan je lepas kena lempang".
Anis kemusykilan memandang aku.
Aku pandang Anis.
Aku tenung mata Anis sedalam mungkin.

"Saje. Seronok. Walaupun baru lepas kena tampar depan semua orang, walaupun masa tu masing-masing melarikan diri tinggalkan saya , tapi awak masih steady sambut saya tadi. Yang best sekali, awak masih ada dengan saya.". Jawab aku padu.

Itu jam pipi Anis kemerah-merahan. Na je aku cubit pipi Anis.
Tapi aku batalkan hajat aku.

Episod sebelum : Jurus Lempangan Cikgu Affendi
 
.......................................................\\aizataniskesyurgaPART1//.................................................







Friday, June 5, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 7.0


"Kita balik dengan abang kita. Tu dia dalam kereta Wira. Babai awak. Kita tunggu awak mesej kita tau."
Ujar Anis sambil kenyit mata manja.

Anis terus menuju ke arah proton Wira yang berhenti di bahu jalan.
Aku melihat abang Anis dari jauh. Masam betul muka dia. Muka macam nak makan orang je.
Muka tak friendly langsung.

Aku perati Anis berborak dengan abang dia sambil menunjuk jari ke arah aku.
Abang Anis pandang ke arah aku penuh tajam.

Itu jam aku terus sengih kerang, tgok jam tangan, kuis kuis seluar, dan juga bersin secara tiba-tiba.

"Kau biar betul Ejart, na teruskan hubungan dengan Anis ni. Silap hari bulan nanti, abang Anis tunjal-tunjal kepala kau Jart"
Bisik hati kecil.
..........................................................\\aizataniskesyurgaPART8//..............................................





Thursday, June 4, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 6.0


"Ta faham la dengan teori Fizik ni" Rungut Anis.

Anis menyandar ke kerusi sambil memandang aku. Manis. Kadangkala kelakar pun ada melihat reaksinya.
Ni dah kali ke-4 aku ajar eksperimen yang sama. Agaknya subjek Fizik memang tak boleh masuk dengan pelajar Perdagangan rasanya.

Patutlah tiap kali anugerah subjek Fizik, kelas Perdagangan duduk bottom last. Banyak sangat mengira ni. Haha. Aku ketawa kecil.

Tapi aku dah janji na berjaya sama-sama. Aku kentalkan diri untuk ajar kali ke-5.
Kali ini aku ajar dengan teknik yang lebih mudah.
Aku lukiskan.
Aku labelkan.
Aku terangkan. Siap bagi contoh lagi.
Haa apa lagi na.

"Hurrmm. Ta faham juga. Kenapa na kena pakai thermometer pula?" Soal Anis yang semakin kusut diselubungi persoalan.

Aku tolak buku ke tepi.
Aku tatap mata Anis.
Aku senyum.
Anis membalas senyuman aku. Walaupun dari raut wajahnya, masih samar-samar dengan topik yang aku ajarkan.

"Jom. Kita pergi kantin. Saya belanja Choki-choki " Pelawa aku.

"Haaa. Yg ni saya faham"Jawab Anis dengan manja.
Aku dan Anis terus melangkah keluar dari kelas.

Helaian buku Fizik terselak sendirinya ditiup angin rindu.
.......................................................\\aizataniskesyurgaPART7//...............................................









Wednesday, June 3, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 5.0


Sejak aku dapat nombor Anis secara tidak sengaja, hampir setiap masa aku sms Anis. Bukan sms apa sgt.
Cuma tanya, Dah study? Bila na tidur?
Yela. Typical couple baru na up.

Walaupun dia selalu berborak dengan kawan aku dan aku pula selalu berborak dengan kawan dia, aku dengan Anis jarang berborak berdua di perkarangan sekolah.
Kalau jumpa pun, sorok-sorok. Paling kuat pun, Anis kenyit mata dari jauh. Hinggakan suatu hari di kelas 5 Perdagangan 1.

Mijan: Jart!! Termenung menda? Kau dah usha Anis belum.

Aku: Uishhh kau ni. Mana ada pape.

Mijan: Kau usha je. Boleh punya. Jangan risau jart. Aku support kau. Try la dia.

Aku: Malu la aku.

Itu jam, Mijan tak tau yg aku dah janji dengan Anis na makan Coklat Toffilux sesama lepas habis sekolah.
................................................\\aizataniskesyurgaPART6//..............................................





Tuesday, June 2, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 4.0


Tet tet! Tet tet! (Cenggini bunyi Nokia 1100).
Ada mesej masuk dari nombor yg tidak dikenali.
Sape pula ni.

Unknown: Salam. Maaf ni sape ea.

Aku: Wsalam. Ni Aizat. Ni sape? Mana dapat no ni.

Unknown: Aizat mana ea.

Aku: Aizat Tamsi. Hmmm Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar. Mechy 2.

Unknown: Sama sekolah. Oh maaf la. Sebab nombor awak ada dalam phone saya. Mungkin kawan saya yg sms awak. Btw saya Anis Rahmat.

Itu jam, mata aku membulat secara tiba-tiba.
Yeahh! Petanda baik ni. Lantas aku sms Ajwad.
Cergas betul ibu jari aku menaip keypad phone yg makin lusuh ni.

Aku: Salam Ajwad. Tanya sikit. Anis Rahmat ni sape.

Ajwad: Oh dia Anis kelas aku. KRS. Yg selalu pakai beg pink. Budak outsider.

Aku: Yekeeeeeeeee?! Serius la Ajwad. Terbaik la Ajwad. Sayang kau lebih Ajwad. Kau penyelamat aku.
Sejak kejadian ini, telefon nokia 1100 aku selalu berbunyi. Lebih-lebih lagi di waktu malam selepas aku balik tuisyen.

Tet tet. Tet tet.
Haaa dia dah balas sms. Nanti aku sambung cerita ni lagi.

..........................................................\\aizataniskesyurgaPART5//.....................................................







Monday, June 1, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 3.0


Ish.

Malulah aku na pinjam duit kat awek yg aku suka ni. Dah la ta pernah berborak sama. Puas aku ketap bibir dgn gigi. Makin lama, makin sakit pula. Grrr. Agrrrhhhh.
Lantak lah.

"Weh, ada 10 sen ta? Pinjam. Na tepon mak"
Aku tak tau tindakan aku ini tindakan yang baik atau tindakan paling teruk.

"Terkejut aku. Ada jap. Hmmmm Seposen tade. Dua posen ada. Nah"

Awek yg memakai nametag Anis menghulurkan 20 sen.
Sejak hari itu, aku gunakan topik baki 10 sen sebagai modal na berborak dengannya.

Misi seterusnya: dapatkan nombor telefon.

Episod sebelum : Seposen Modal
........................................................\\aizataniskesyurgaPART4//.................................................