Tuesday, June 2, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 4.0


Tet tet! Tet tet! (Cenggini bunyi Nokia 1100).
Ada mesej masuk dari nombor yg tidak dikenali.
Sape pula ni.

Unknown: Salam. Maaf ni sape ea.

Aku: Wsalam. Ni Aizat. Ni sape? Mana dapat no ni.

Unknown: Aizat mana ea.

Aku: Aizat Tamsi. Hmmm Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar. Mechy 2.

Unknown: Sama sekolah. Oh maaf la. Sebab nombor awak ada dalam phone saya. Mungkin kawan saya yg sms awak. Btw saya Anis Rahmat.

Itu jam, mata aku membulat secara tiba-tiba.
Yeahh! Petanda baik ni. Lantas aku sms Ajwad.
Cergas betul ibu jari aku menaip keypad phone yg makin lusuh ni.

Aku: Salam Ajwad. Tanya sikit. Anis Rahmat ni sape.

Ajwad: Oh dia Anis kelas aku. KRS. Yg selalu pakai beg pink. Budak outsider.

Aku: Yekeeeeeeeee?! Serius la Ajwad. Terbaik la Ajwad. Sayang kau lebih Ajwad. Kau penyelamat aku.
Sejak kejadian ini, telefon nokia 1100 aku selalu berbunyi. Lebih-lebih lagi di waktu malam selepas aku balik tuisyen.

Tet tet. Tet tet.
Haaa dia dah balas sms. Nanti aku sambung cerita ni lagi.

..........................................................\\aizataniskesyurgaPART5//.....................................................







0 comments: