Thursday, December 31, 2015

SELAMAT TAHUN BARU VERSI REMIX

Two thousand fifteen dah nak pergi.
Alahai so sad pula rasa di hati.
Malam ni malam new year eve.
Eh, end year? OMG i can't believe.

Too much memories smile nampak gigi.
If na story, huh, not enough lah satu hari.
So I give this year punya summary.
Ehem 2015, you're so sexy!!! (haha). 

Ok. So far, everything smooth sekali.
Walau sometimes :( not follow kata hati.
But one thing I want to tell everybody.
Bersyukurlah pada Tuhan, infinity.

For surelah June is the sweet memory.
Well, dapat wife cun, siapa tak happy.
Doakan next year kami dapat baby.
Hopefully twin babies, hamboi kemain lagi.

Bohonglah, hidup ni nothing dugaan dilalui.
If I calculate, so many make me angry.
But, wat lek wat peace lah apa na jadi.
Life is too short to be sad cenggini.

Dah, let's having fun kita malam ni.
Buang yg keruh, ambil yg jernih said P.Ramlee.
Nawaitu new year and doa mengiringi.
Hey 2016, let's rock'n together with me.

Puisi Tahun Baru Versi Remix

Gambar Google


Two thousand fifteen dah na pergi.
Alahai so sad pula rasa di hati.
Malam ni malam new year eve.
Eh jap, Serius lah dah end year? OMG i can't believe.

Too much memories smile hehe nampak gigi.
If na story, huh, not enough lah satu hari.
So I give this year punya summary.
Ehem 2015, you're so sexy!!! (haha).

Ok. So far, everything smooth sekali.
Walau sometimes :( not follow kata hati.
But one thing I want to tell everybody.
Bersyukurlah pada Tuhan, infinity.

For surelah June is the sweet memory.
Well, dapat wife cun, siapa tak happy.
Doakan next year kami dapat baby.
Hopefully twin babies, hamboi kemain lagi.

Bohonglah, if nothing dugaan dilalui.
If I calculate, Fuyoo so many make me angry.
But, wat lek wat peace lah apa na jadi.
Life is too short to be sad cenggini.

Dah, let's having fun kita malam ni.
Buang yg keruh, ambil yg jernih said P.Ramlee.
Pasang nawaitu new year and doa mengiringi.
Hey you 2016, let's rock'n together with me.

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Image result for half boiled egg photography 
sumber Google

Mata celik terjaga daripada mimpi.
Nikmatnya hujan membasahi bumi.
Cuma isteri cantik tiada di sisi.
Yg ada, roommate tidur gaya seksi.

Fuhh. Ini mmg tak boleh jadi.
Bulu roma dah mula tegak berdiri.
Sebelum berlaku perkara luar tabii.
Cepat-cepat aku keluar sarap pagi.

Selamat pagi amigos!!

Wednesday, December 30, 2015

PUISI KEHAKIMAN

PUISI KEHAKIMAN
Image result for jurisdiction photography 
gambar Google

Apa sudah jadi dengan negara kita.
Penuh perundangan penghakiman durjana.
Yg bersalah dipaksa masuk syurga.
Yg benar dihumban ke neraka.

Hukum Allah senang kau lupakan.
Hukum Quran mudah kau ketepikan.
Bukankah itu hukum sepanjang zaman.
Bukannya hukum manusia buatan tangan.

Apa kau diam membisu tunggu keajaiban.
Atau tunggu hidangan bala dari Tuhan.
Jangan libatkan kami golongan bawahan.
Dengan dosa hitam yg kau lakukan.

Aku mohon kembalilah ke pangkal jalan.
Ke pangkal jalan asas keislaman.
Mulakan kembali dgn cara diredhakan.
Demi genarasi kita di masa hadapan.

Monday, December 28, 2015

CITA_CITA KAMU APA?

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

3 budak sekolah berbual di kantin Mak Semah.

Anaqi: Cita-cita kau apa, Juna?

Arjuna: Aku na buka bengkel kereta lama, vespa. Haaa siap ada kafe kat situ.

Anaqi: Wah 3 kerja tu. Kau pula Amat?

Amat: Aku na jadi Menteri.

Dalam 2 saat, meja kantin terbalik terbelah dua. Amat pula tersidai atas pokok rambutan.

Sunday, December 13, 2015

KISAH EJART TAHUN AKHIR

VIVA OH VIVA



Dup dap dup dap.

Shit. Big day viva dah makin dekat.
Problem, literature masih belum kuat.
Nasihat SV apa semua aku tak ingat.
Hilang arah, hilang idea, hilang semangat.

Dup dap dup dap.

Masa ada 30 minit, slide pula ada 41.
Habis je present, dah konfom soalan diaju.
Disoal bertalu, aku relax jawab satu, satu.
Walau taktau, confident goreng nombor 1.

Dap dup dap dup.

Tipulah aku tak risau nak present viva
Presentation biasa pun aku training nak gila.
Inikan pula proposal Projek Sarjana Muda.
Kalau tak lulus, tak kan nak tukar tajuk pula.

Dap dup dap dup.

Argh!! persetankan ini semunya.
Tiada guna hadap 24 jam sepanjang masa.
Inikan semua hal dunia semata mata.
Jangan lupa tanggungjawab pada Maha Pencipta.

Friday, December 11, 2015

Thursday, December 3, 2015

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Dalam kelas Bahasa Melayu, Cikgu Deris mengajar perumpamaan.

Cikgu Deris: Murid-murid, cerdik macam...?

Murid-murid: Kancil, Cikgu

Cikgu Deris: Bagus. Ok. Bodoh macam...?

Murid-murid: Menteri!!!

Dengan pantasnya, Cikgu Deris semak dalam kamus peribahasa.
Risau juga Cikgu Deris, kot-kot kamus sudah dikemaskini mengikut realiti kebodohan semasa.

Wednesday, December 2, 2015

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA


Anaqi: Guru Besar Ajib kata kalau tak nak kadar tol pintu pagar sekolah naik, jangan bawa motor sendiri datang sekolah. Naik pengangkutan awam. Bas sekolah ada. Jimat!!

Arjuna: Jimat kepala bana. Hari ini, kadar pengangkutan awam naik menggila, kita nak naik apa?

Mia: Kita naik kereta Guru Besar Ajib!!!!

Sementara itu, Cikgu Ros membelek-belek catalog cincin berlian sambil diperhatikan Guru Besar Ajib.

Wednesday, November 25, 2015

PESANAN RINGKAS BUAT ISTERI

RINDU

Jarum jam sudahpun melepasi satu pagi
Aku masih jaga menyandar pada kerusi
Jari jemari cekal menari pada papan kekunci
Menyiapkan tugasan yg belum pasti

Lengkap bahagian satu, aku sandar kembali.
Ditemani Danial yg sudah dibuai mimpi.
Menikmati Nescafe 3 dalam 1 yg baru dibeli.
Nikmat, hingga ku terleka masa berlalu pergi.

Ah, aku tepu. Mula hilang idea dan juga isi.
Buku tebal biru, komputer riba semua ku tolak tepi.
Aku capai telefon Sony, ku taip sepenuh hati.
Sebuah pesanan ringkas buat si isteri.

"Aku rindu kau"

Tuesday, November 24, 2015

Wednesday, November 18, 2015

Monday, November 9, 2015

Comot yang comel

Traffic light merah.
Pedal brek Myvi Pink aku pijak.
Berhenti.
Gear daripada D, aku ubah kepada N.
Jimat minyak sikit. 

“Andai kata abang tak da Vespa, Mini, rumah, harta, dah tak hensem bila tua, awak nak abang lagi tak?”.
Aku soal Anis. 

Anis senyum memandang aku.
Barangkali kelakar agaknya soalan aku. 

“ Kita dah rapat dengan awak sejak awak langsung taka da apa-apa lagi. Kosong. Sejak zaman sekolah lagi. Family awak pun kita tak kenal. Hmmm abang pula?”
Anis berbalas soalan dengan aku. 

“Abang?? Abang dah syok pada awak sejak awak comot lagi. Pakai tudung pun sengat masa itu”
Jawab aku selamba. 

Lampu hijau.
Belum sempat Anis respon dnegan jawapan selamba aku, cepat-cepat aku tarik gear ke D.
Pedal minyak aku tekan habis.
Myvi Pink memecut laju.
Tersandar Anis.



Wednesday, November 4, 2015

Saturday, October 31, 2015

ANAK LELAKI SATU SIAP!

KEDAI MAMAK KASSIM

Kelihatan dua orang sahabat sedang berbual mengenai topik Anak.

Anaqi: Weh Juna. Kau kahwin dah dekat 5 bulan dah. Mia dah pregnant ke belum? Hehehe.

(Arjuna hanya mendiamkan diri memandang pepohon luar)

Anaqi: Kau tgok family sebelah meja. Anak comel comel. Kau tak teringin ke?
Nanti bila ada anak, boleh la bawa jalan jalan sekali kan. Kau tak teringin ke?

(Arjuna semakin panas dgn kata kata Anaqi. Lantas Arjuna memanggil mamak.)

Arjuna: Aney. Anak lelaki kembar dua. Bungkus ikat tepi. Straw kasi besar.

Aney: Siap!!!

Monday, October 26, 2015

NIAT SALAH

Malam pernikahan di rumah Maya.

Abah Maya: Aku nikahkan dikau dengan anak ku Maya Binti Anaqi dengan mas kahwin RM200 tunai.

(Abah Maya menggoncangkan genggaman tangannya sambil mengangkat-angkat kening)

Arjuna: Sahaja aku teri.......

Belum sempat Arjuna ucap Qabul, satu lempangan jarak dekat hinggap tepat dipipi kanan Arjuna.

Abah Maya: Apa sahaja-sahaja. Sahaja tu, utk niat mandi wajib.

Wednesday, October 21, 2015

BAHANA GST

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Gst ni boleh cenderung ke arah putus kawan sebenarnya.

Sebagai contoh, habis makan kat mamak, Danial bayarkan dahulu kat aney tu.

Bila Danial kembali ke meja, "Ejart, kau punya Lima Sengah. Kalau termasuk gst, Lima Hengget Lapan Puluh Tiga Sen. Bayar kat aku genap"

Mana pula aku na cari 3 sen ni.

Monday, October 19, 2015

MELANCONG

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Ejart: Kalau melancong ni percuma, kau tak jumpa aku dah.

Danial: Jumpa.

Ejart: Eh. Apasal pula.

Danial: Sebab aku ikut kau melancong juga.

Ejart: Apahal???

Sunday, October 18, 2015

ANGAU JEPUN

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Malam ini sederhana sepi. 
Sesekali kedengaran juga bunyi hon di jalanan. Apa hal entah dgn orang Malaysia ni. 
Tak menyabar langsung.

Aku masih kenyang. 
Aku hanya menyandar pada kerusi sambil memerhatikan Danial mengunyah roti kosong. 
Sedap sangat tu.
Daripada segi gaya, memang nampak Danial sedang lapar. 

"Aku rasa aku na pergi Jepun la." 
Kata-kata ini keluar dari mulut aku secara tiba-tiba.

Danial yang kusyuk mengunyah roti canai, berhenti serta merta.
Terus memandang tepat ke arah aku.

"Kau apa hal Ejart?"

Thursday, October 8, 2015

PASRAH PROPOSAL

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Bohong lah kalau aku tak serabut fikirkan proposal yang kena reject ni.
Lecturer Afghanistan kat depan yang bertungkus lumus memahamkan kami sekelas pun aku buat ta tau. Entah apa dia cakap pun aku ta faham.

Lost gila.

Aku amik keputusan lepak luar kelas kejap.
Amik angin.
Amik mood.
Amik la apa yang patut.

10 minit macam tu aku masuk balik ke kelas.

Syukri yang duduk disebelah aku menepuk peha aku sambil berbisik,

"Aku ingatkan kau keluar nak tembak diri sendiri tadi".

SURAT YANG MENGUNDANG

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Semasa aku masuk kelas, aku dihulur sehelai kertas yang dilipat dua.
Aku capai kertas tersebut tanpa terus membukanya. 
Aku terus ke arah meja yang menjadi sinomin tempat aku.

Aku duduk.
Sebelum aku buka kertas ini, lebih baik aku tarik nafas.

Pelan-pelan aku membuka kertas tersebut.
Seperti yg aku sangka.

"Proposal Ditolak".

Aku geleng kepala.
Aku sandar.
Aku tarik nafas.
Aku lepas.
Apa na risau. Tuhan kan ada.

Tuesday, September 22, 2015

ANGAU DI MALAM HARI

ANGAU

Malam-malam gini scroll gambar Anis.

 Aku sengih-sengih sesorang. Senyum serupa kerang. 

"Lawo angat angat angat. Kan seronok kalau kita kahwin. Takde lah aku scroll gambar kau tiap malam. Naik angau aku cenggini" 
Aku bermonolog sendirian sambil jari meneruskan scroll gambar yang lain dalam album.

Sampai satu saat, jari aku berhenti pada satu gambar.
Gambar aku dan Anis di atas pelamin.

Eh.

Aku dah kahwin la.

Hehehe.

Monday, September 21, 2015

PENGKACAU AIR

KISAH EJART TAHUN AKHIR

“Sebenarnya, aku ni banyak benda aku na buat”.
Umar luahkan perasaan secara tiba-tiba.

Aku pandang Umar yang duduk di hadapan aku. 
Aku tarik nafas. 
Aku lepas. 
Aku tunduk. 
Aku sambung mengunyah Nasi Goreng Pataya. 
Lapar.

“Kadang-kadang, aku ni tak tau apa yang aku nak dalam hidup ni. Sebagai contohnya, aku tak tau bila na stop kacau air ni”.
Umar sekali lagi meluahkan perasaannya sambil mengacau air teh tarik.

Luahan kedua Umar ni seakan-akan memaksa aku memberi respon.
 Aku menghabiskan kunyahan aku terlebih dahulu.
Sudu dan garfu, aku susun disudut tepi pinggan plastik.

“Kadangkala aku pun rasa macam tu. Kena buka kitab balik Mar. Kitab hidup kita. 23 tahun dah umur kita. Setahun lagi na habis belajr. Habis belajar, kita kena go on life kita sendiri. Kerja, kahwin, rumah. Itu jam, na gelak ketawa pun dah tak sempat”
Aku respon dengan nada sederhana serius.

Umar hanya mendiamkan diri.
Aku hanya memerhatikan reaksi Umar.
Bukan main laju dia kacau air.
Berkocak-kocak teh tarik tu.

Aku perati je.

KISAH EJART TAHUN AKHIR

LECTURER DARI AFGHANISTAN

First impression kelas law sem ni tidak beberapa menggembirakan hati aku.
Awal-awal lagi aku dan rakan sekelas lewat masuk ke dalam kelas. 15 minit lewat.

 Lebih teruk lagi, lecturer dah tunggu di dalam kelas. 

Aku melangkah masuk ke dalam kelas.
Aku lihat, seorang lelaki sedang duduk di kerusi hadapan kelas.

           “Damn. He’s big. Kalau kecik boleh la kita minta maaf” aku bisik kepada Abe.

Kemungkinan Abe tidak mendengar bisikan aku.
Kemain laju dia melangkah.

Aku duduk dan sesi kelas pertama bermula.
Sesi suai kelas.

Memang tak masuk akal, lecturer aku ni berasal dari Afghanistan dan mengajar subjek law.
Law dalam bahasa melayu pun aku pening baca ayat law, inikan pula dalam bahasa penjajah.
Abe yang duduk di sebelah aku dah mula geleng kepala entah berapa kali.

Habis sahaja sesi suai kenal, lecturer aku tanya ada sesiapa ada white board marker.
Aku teringat aku ada marker dalam beg. Lantas aku capai beg dan menyeluk tangan ku ke dalam beg.

Tiba-tiba Abe memegang tangan aku yang berada di dalam beg. Seakan-akan menghalang aku untuk mengeluarkan marker pen. Abe terus pandang aku.

           “Jangan keluarkan Jart. Please jangan. Biarkan dia”

Ya. Aku tau semester ini agak tough.

Sunday, September 20, 2015

LECTURER AFGHANISTAN

KISAH EJART TAHUN AKHIR

First impression kelas law sem ni tidak beberapa menggembirakan hati aku. Awal-awal lagi aku dan rakan sekelas lewat masuk ke dalam kelas. 15 minit lewat. 

Lebih teruk lagi, lecturer dah tunggu di dalam kelas.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Aku lihat, seorang lelaki sedang duduk di kerusi hadapan kelas.

“Damn. He’s big. Kalau kecik boleh la kita minta maaf”.
Aku bisik kepada Abe. 

Kemungkinan Abe tidak mendengar bisikan aku. Kemain laju dia melangkah.
Aku duduk dan sesi kelas pertama bermula. Sesi suai kelas.

Memang tak masuk akal, lecturer aku ni berasal dari Afghanistan dan mengajar subjek law. 
Law dalam bahasa melayu pun aku pening baca ayat law, inikan pula dalam bahasa penjajah. Abe yang duduk di sebelah aku dah geleng kepala entah berapa kali.

Habis sahaja sesi suai kenal, lecturer aku tanya ada sesiapa ada white board marker.
 Aku teringat aku ada marker dalam beg. Lantas aku capai beg dan menyeluk tangan ku ke dalam beg.

Tiba-tiba Abe memegang tangan aku yang berada di dalam beg. 
Seakan-akan menghalang aku untuk mengeluarkan marker pen. Abe terus pandang aku.

“Jangan keluarkan Jart. Please jangan. Biarkan dia”

Ya. 
Aku tau semester ini agak tough

Wednesday, September 16, 2015

PENGKACAU AIR

KISAH EJART TAHUN AKHIR

“Sebenarnya, aku ni banyak benda aku na buat”.
Umar luahkan perasaan secara tiba-tiba.

Aku pandang Umar yang duduk di hadapan aku. 
Aku tarik nafas. 
Aku lepas. 
Aku tunduk. 
Aku sambung mengunyah Nasi Goreng Pataya. 
Lapar.

“Kadang-kadang, aku ni tak tau apa yang aku nak dalam hidup ni. Sebagai contohnya, aku tak tau bila na stop kacau air ni”.
Umar sekali lagi meluahkan perasaannya sambil mengacau air teh tarik.

Luahan kedua Umar ni seakan-akan memaksa aku memberi respon.
 Aku menghabiskan kunyahan aku terlebih dahulu.
Sudu dan garfu, aku susun disudut tepi pinggan plastik.
“Kadangkala aku pun rasa macam tu. Kena buka kitab balik Mar. Kitab hidup kita. 23 tahun dah umur kita. Setahun lagi na habis belajr. Habis belajar, kita kena go on life kita sendiri. Kerja, kahwin, rumah. Itu jam, na gelak ketawa pun dah tak sempat” Aku respon dengan nada sederhana serius.
Umar hanya mendiamkan diri. Aku hanya memerhatikan reaksi Umar. Bukan main laju dia kacau air. Berkocak-kocak teh tarik tu.
Aku perati je.

Tuesday, September 15, 2015

PABILA SUAMI MEROYAN

KISAH EJART TAHUN AKHIR
Sejak aku sambung belajar di UTM ni, jarang sekali aku tidur berteman. 
Kalau tidak, lengan aku mesti jadi bantal Anis yg paling empuk. 
Biasanya bangun Subuh mesti kebas-kebas manja lengan aku.

Malam kedua aku kat UTM ni, memang gelisah betul aku.
Roommate aku si Danial ni dah terbungkang tidur.
Half naked dia tidur.
Fuh belanja habis.

Aku geleng-geleng kepala sahaja

Nak tidur tak dapat.
Aku pandang kipas, aku pandang Danial.
Aku pandang pintu, aku pandang Danial.
Aku pandang almari, aku pandang Danial.

Damn.

"Tahan Jart. Jangan buat onar gila kau Jart"

Monday, September 14, 2015

SEJENIS RASICT

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Kebiasaannya, suasana petang di minggu pertama semester begitu tenang dan mendamaikan. 
 Roommate aku, Danial yg lena tidur di sebelah katil menambahkan feel aman damai aku petang itu.

Tidak lama itu, pintu bilik dibuka.

"Yela Jart. Dah kahwin, dah tak na lepak an kita orang pun".
Member aku bersuara sinis.

"Racist siyall korang ni. Bezakan org kahwin dgn belum kahwin. Haha".
Aku balas sambil pandang penuh tajam.

Sunday, September 13, 2015

JUNIOR

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Hari ini, Honda City putih memasuki perkarangan UTM. 7 bulan lebih juga aku tak jejakkan kaki di sini. Semuanya macam tak berubah. 
Sama.

Kereta aku melintasi Arked Chengal.
Aku lihat segerombolan pemuda berjalan bersama.
Riang betul mereka.
Smart hensem bergaya ditambah lagi nametag di dada.

Aku perlahankan kereta.
Tingkap tepi aku turunkan.

"Nampak sangat budak junior oi".

Aku terus memecut laju.

KISAH EJART TAHUN AKHIR


JUNIOR
 
Hari ini, Honda City putih memasuki perkarangan UTM. 
7 bulan lebih juga aku tak jejakkan kaki di sini. 

Semuanya macam tak berubah. 
Sama.

Semasa kereta aku melintasi Arked Chengal, aku lihat segerombolan pemuda berjalan bersama.
Riang betul mereka. Smart hensem bergaya ditambah lagi nametag di dada.

Aku perlahankan kereta.
Tingkap tepi aku turunkan.

"Nampak sangat budak junior oi".

Aku terus memecut laju.

Thursday, September 10, 2015

BEBAS BERENANG

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Pagi-pagi lagi Anaqi dah terpacak di kedai mamak. 
Teh Tarik + nasi lemak ikan daun pisang + telur setengah masak di pagi hari memang ummmpphhhhh.

Sebelum mengemas bilik dan membasuh baju, ada baiknya Anaqi mengisi tenaga dahulu.

Sedang makan, Anaqi terbayang anak kucing mengiau kelaparan di kolejnya.
Jadi, Anaqi gulung ikan goreng dengan daun pisang dan terus masuk ke dalam poket seluar.

"Balik nanti na bagi kucing makan lah.".
Anaqi pasang niat.

..................................................*,*..................................................
Di kolej.

" Woi Anaqi!!! Apasal mesin basuh ni ada ikan goreng?".
Jerit member Anaqi.

Sunday, August 30, 2015

BUDAK MUDA

COUPLE LAMA VS COUPLE MUDA

Setelah setengah hari pusing KL, aku amik keputusan rehat makan. Anis pilih port meja hujung sekali. Sebelah meja kami, ada couple muda sedang berbual. Entah apa yg dibualkan- entah. 
Sesekali terdengar nama Remy Ishak.

What?

Kalau nak ikutkan gaya, aku yakin dorang ni sekolah menengah lagi. 
Punyalah manja dorang ni. Ajet-ajet sweet la kot.
 Bak kata perpatah melayu kini, budak-budak baru na up.
 
Makin lama, makin geram aku rasa.
Tak boleh jadi ni.

Aku terus pandang mata Anis.
Aku senyum-senyum.

"Wahai isteri ku, suamimu mahukan sebuah kiss pipi yang manja".

Anis terus capai seketul ayam.
Patah 16 kerat ayam tu digigit Anis.
Grrr grr.

Wednesday, August 26, 2015

BANGSAT

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA


Semua murid dipaksa berkumpul di padang perhimpunan sekolah. Ini semua gara-gara salah seorang murid telah menulis perkataan carut iaitu "bangsat" semasa menjawab karangan bertulis Bahasa Melayu 2. 

Guru Besar Ajib sangat marah dan mendenda semua murid di tapak perhimpunan.

Habis sahaja sesi denda, setiap kelas diedarkan Buletin Sekolah Bulan Ogos. Terpampanglah tajuk utama, 'Murid Melayu Akan Bangsat Jika Tak Sertai Kelab Keris Hijau Bulan Kuning' tulisan Guru Besar Ajib.

"Bugima punya Ale Uto!!!"
Jerit murid-murid yg didenda sebentar tadi secara berjemaah.

Tuesday, August 25, 2015

SUATU MALAM DI MALAM FESKO

THE STRANGER

Awkward gilerrr bila kau tengah duduk sesorang. 
Pastu ada seorang mamat ni datang ke arah kau, tegur kau, salam kau, tanya kau buat apa sini, kerja ke then blaa blaa blaa.

Cara dia macam kenal kau lama, macam member lama. Tapi kau sikit pun tak cam dia.

Itu jam dalam fikiran aku,

"Dia na pukau aku ni. Jangan terpukau jart. Jangan tenung anak mata dia"

BERSUKAN BERSAMA GURU BESAR

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Hari ini Cikgu Sukan Khairi Jr bercuti. Oleh itu, subjek PJK pagi ini diambil alih oleh Guru Besar Ajib.

"Baiklah murid-murid. Pagi ini saya sarankan kita main bola sepak." 
Guru Besar Ajib memberi arahan.

"Boleh. Tapi kami ta reti jadi keeper. Apa kata Guru Besar yg jadi keeper."
Cadang ketua kelas.

Mendengar je ketua kelas memberi cadangan itu, murid-murid kelas mengikat tali kasut dengan pantas. Semuanya ingin menjadi striker.

Lebih menghairankan, murid-murid kelas lain juga ingin menurut serta aktiviti PJK pagi ini.

"Siap kau Guru Besar Ajib. Akan ku tonjol bola ini tepat ke muka kau. Hahaha"
Bisik salah seorang murid kelas.

Saturday, August 22, 2015

DANA PENDIDIKAN ISLAM

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Suatu pagi, Cikgu Amat Zahid berucap di tapak perhimpunan.

Cikgu Amat Zahid: Oleh sebab murid-murid sekolah ini mencapai keputusan yg tinggi dalam Pendidikan Agama Islam dan sahsiah akhlak kita dipuji diperingkat antarabangsa, kita mendapat dana yg begitu besar. Tahniah saya ucapkan.

Sedang Cikgu Amat Zahid berucap, terdengar satu jeritan dari kalangan pelajar.

Murid A: Tapi kenapa Dana besar tu masuk ke akaun pribadi Guru Besar, bukan akaun sekolah?

Juga kelihatan Cikgu Ros membetulkan rambut sarang tebuannya manakala pasangan murid sekolah yang hangat bercinta sedang berhuhuhu di belakang pentas.

Friday, August 21, 2015

QUEEN CONTROL

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Hari ini Guru Besar Ajib membaca satu artikel berkenaan 'Quenn Control'. 
Macam biasalah, hal sebegini dikongsi bersama Guru Penolong Kanan, Cikgu Amat Zahid.

Cikgu Amat Zahid: Eh, dengar khabarnya Guru Besar seorang yang takut bini.

Guru Besar Ajib: Eh. Bukan saya yg takut bini. Cuma, bini yang tak takut saya. Sob sob.

Cikgu Ros lalu dibelakang ketawa kecil sambil berdehem 3 kali.

Wednesday, August 19, 2015

BUKAN DERMA, TAPI...

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Suasana di bilik meeting PIBG tiba-tiba riuh. Mana tidaknya, semua ahli terkejut dengan berita kemasukkan dana ke dalam akuan yg begitu besar nilainya.

Ahli persatuan: Guru Besar Ajib merangkap Tuan Pengerusi. Macam mana dana begitu besar ini masuk ke dalam akaun Tuan Pengerusi? Adakah ianya derma?

Guru Besar Ajib: Itu bukannya derma. Itu adalah kutipan duit kutu saya bulan ini.

Tuesday, August 18, 2015

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Memandangkan Cikgu Ros sibuk dengan urusan hal ehwal sekolah macam sekolah ni bapak dia punya, Guru Besar Ajib pula menggantikan Cikgu Ros di kelasnya.

Guru Besar Ajib: Baiklah murid-murid. Hari ini saya ingin bermain teka-teki. Murid soal, saya akan jawab.

Murid-murid: Ok. Apa berbezaan Negara Berpendapatan Tinggi dengan Negara Perbelanjaan Tinggi?

Guru Besar Ajib terus capai phone di poket beliau lalu meletakkan di telinganya.
Kononnya ada panggilan masuk.

Huh.

Tuesday, August 11, 2015

4.00

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Hari ini Guru Besar Ajib berucap di perhimpunan pagi. Semua murid-murid memberikan penuh perhatian.

Guru Besar Ajib: Di alam Ipta kelak, awak semua harus mendapatkan keputusan 4.00. Faham semua? Ini selari dengan kenaikan ringgit kita 1USD bersamaan RM4.00.

Cikgu Ros yang duduk dibelakang Guru Besar Ajib hanya sengih kerang sambil membetulkan kedudukan cincinnya.

Friday, August 7, 2015

ROADTRIP KEGEMARAN


Seremban-Melaka-JB; roadtrip yang biasa aku harungi hampir setiap hujung minggu.
Barangkali ianya hanyalah road biasa yang dilalui oleh sesetengah driver ataupun rider dengan tujuan masing-masing.

Apa pun, pada aku, road ini menjadi antara roadtrip yang paling aku gemari.
Kau akan lihat ianya berbeza setiap masa.
Lebih-lebih lagi di daerah Pagoh dan seangkatan dengannya.

Kau akan layan kabus di waktu awal pagi sambil menikmati mentari mula menunjukkan dirinya.
Pada waktu petang kau akan menikmati angin petang sambil tangan kau menari diluar tingkap.
Dikala malam pula, aku akan berasa kecil lebih-lebih lagi jika aku menaiki Mini Merah. Mengapa? Sebabnya pada malam hari lah, raksasa jalanan seperti lori-lori balak, lori container akan memenuhi kiri dan kanan. kau.

Kau bayangkan diameter tayar jentera berat seperti itu sama tinggi dengan tingkap kereta Mini.
Uisshh..
Sebagai tambahan, untung-untung kau akan jumpa jentera-jentera lama sebagai contoh Mercedes, yang turut sama melalui jalan yang sama.

Lagi seronok bila ada jentera lain yang senyum melihat Mini Merah aku menghiasi jalan yang sama.
Mereka senyum, mereka menunjukkan tanda bagus dan ada juga yang mengambil gambar.

Selama 3 tahun, aku berulang alik Seremban ke JB.
Kadangkala aku menyinggah di Melaka. Sama ada aku terjah rumah makcik aku ataupun aku berhenti berehat di sekitar hentian.

Oh ya. Sebut sahaja pasal roadtrip, aku rindukan satu roadtrip yang agak rare pada aku.
Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau.

Ya.
Aku rindu.

Thursday, August 6, 2015

Tuesday, July 7, 2015

KELAS MATA WANG

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Suatu petang di kelas 1M ( sambil tunjuk jari telunjuk), Cikgu Ros yang terlalu femes dgn gaya rambut sarang tebuannya memulakan pembelajaran.

"Assalamualaikum murid-murid. Hari ini kita akan belajar mata wang."

"Baik, cikgu"
 
"1 Dolar = RM 3.81."

"0,0"

"Baiklah. Kelas tamat."

Tuesday, June 23, 2015

TIME TRAVEL

Image may contain: 1 person

Ini isteri aku. Anis Rahmat. 

Kami dari rumah sewa. 
Kutip duit sewa bulan ini. 
Tadi aku dah ready nak siku tengkuk penyewa tu kalau dia buat-buat lupa pasal duit sewa.

Anis pula makin sibuk sejak bisnes dia mula berkembang sepertimana kembangnya kandungan dalam perut Anis. 
Alhamdulillah. 

Aku sebagai PA/partner/tukang balas wasep customers/pengeluar modal/tukang picit kaki Anis paling setia, sentiasa berdiri teguh di sisi dia.

Oh ya. 

Anaqi sudah pandai berjalan. 
Saja kami biarkan Anaqi bermain dengan atuk nenek dia. 
Kasi can la kami dating berdua. 

Bukan apa, minggu lepas Anaqi u'uk masa ride vespa. 
Meraban aku tukar lampin Anaqi belakang semak.

Haish.
..............................
Aku akan sambung intro kisah ini dalam 5 tahun akan datang.
In Shaa Allah.

Monday, June 22, 2015

SAHUR YANG MENAWAN

SAHUR BERSAMA

Habis je makan, macam biasa aku lahirkan rasa nikmat dgn ucapan Alhamdulillah disusuli dengan menjilat sepuluh jari aku. 

Aku bangun berjalan ke sinki. 
Aku basuh tangan. 
Aku kumur.
 Aku ludah. 
Tiga kali aku ulang. 
Aku renjis-renjis tangan.

Aku senyum puas bersahur. 
Sebiji macam anak raja.

Aku terus melangkah ke ruang tamu. 
Belum sempat aku melepasi meja makan, Ma aku menegur aku.

"Abang. Siap-siap sana. Solat Subuh di surau. Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas".

Aku di awal-awal tadi senyum manis serupa anak raja, bertukar kelat payau. 
Misi mencari tilam empuk, terkandas. 

Tapi senyum kelat aku tidak lama.
Senyum aku manis kembali. 

Lantas aku jawab.

"Ala ma. Ramadhan kali ini dah jadi lebih baik dari tahun lepas. Sebab Ramadhan kali ini abang sambut dengan seorang Isteri yang manis rupawan."

Ini kali aku senyum tahap dewa.
Anis pula yang kenyit mata.

Saturday, June 6, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 8.0


"Jahat betul Cikgu Affendi tu. Suka-suka je tampar pipi orang pula" Marah betul Anis.
Tajam betul muncung bibir Anis. Boleh jadi penyangkut baju.

Anis teman aku tolak vespa ke tepi padang sekolah. Itu jam memang terasa berjalan kat karpet merah. Jadi perhatian ramai. Mau tak nya, baru lepas kena lempang depan orang ramai.

Sampai tepi padang, aku tongkatkan vespa. Aku duduk di sebelah Anis sambil menyaksikan acara kemuncak Hari Sukan sekolah. Tarik tali.
Aku tiba-tiba sengih lalu aku ketawa kecil.

"Awak ketawa kenapa? Macam tade perasaan je lepas kena lempang".
Anis kemusykilan memandang aku.
Aku pandang Anis.
Aku tenung mata Anis sedalam mungkin.

"Saje. Seronok. Walaupun baru lepas kena tampar depan semua orang, walaupun masa tu masing-masing melarikan diri tinggalkan saya , tapi awak masih steady sambut saya tadi. Yang best sekali, awak masih ada dengan saya.". Jawab aku padu.

Itu jam pipi Anis kemerah-merahan. Na je aku cubit pipi Anis.
Tapi aku batalkan hajat aku.

Episod sebelum : Jurus Lempangan Cikgu Affendi
 
.......................................................\\aizataniskesyurgaPART1//.................................................







Friday, June 5, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 7.0


"Kita balik dengan abang kita. Tu dia dalam kereta Wira. Babai awak. Kita tunggu awak mesej kita tau."
Ujar Anis sambil kenyit mata manja.

Anis terus menuju ke arah proton Wira yang berhenti di bahu jalan.
Aku melihat abang Anis dari jauh. Masam betul muka dia. Muka macam nak makan orang je.
Muka tak friendly langsung.

Aku perati Anis berborak dengan abang dia sambil menunjuk jari ke arah aku.
Abang Anis pandang ke arah aku penuh tajam.

Itu jam aku terus sengih kerang, tgok jam tangan, kuis kuis seluar, dan juga bersin secara tiba-tiba.

"Kau biar betul Ejart, na teruskan hubungan dengan Anis ni. Silap hari bulan nanti, abang Anis tunjal-tunjal kepala kau Jart"
Bisik hati kecil.
..........................................................\\aizataniskesyurgaPART8//..............................................





Thursday, June 4, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 6.0


"Ta faham la dengan teori Fizik ni" Rungut Anis.

Anis menyandar ke kerusi sambil memandang aku. Manis. Kadangkala kelakar pun ada melihat reaksinya.
Ni dah kali ke-4 aku ajar eksperimen yang sama. Agaknya subjek Fizik memang tak boleh masuk dengan pelajar Perdagangan rasanya.

Patutlah tiap kali anugerah subjek Fizik, kelas Perdagangan duduk bottom last. Banyak sangat mengira ni. Haha. Aku ketawa kecil.

Tapi aku dah janji na berjaya sama-sama. Aku kentalkan diri untuk ajar kali ke-5.
Kali ini aku ajar dengan teknik yang lebih mudah.
Aku lukiskan.
Aku labelkan.
Aku terangkan. Siap bagi contoh lagi.
Haa apa lagi na.

"Hurrmm. Ta faham juga. Kenapa na kena pakai thermometer pula?" Soal Anis yang semakin kusut diselubungi persoalan.

Aku tolak buku ke tepi.
Aku tatap mata Anis.
Aku senyum.
Anis membalas senyuman aku. Walaupun dari raut wajahnya, masih samar-samar dengan topik yang aku ajarkan.

"Jom. Kita pergi kantin. Saya belanja Choki-choki " Pelawa aku.

"Haaa. Yg ni saya faham"Jawab Anis dengan manja.
Aku dan Anis terus melangkah keluar dari kelas.

Helaian buku Fizik terselak sendirinya ditiup angin rindu.
.......................................................\\aizataniskesyurgaPART7//...............................................









Wednesday, June 3, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 5.0


Sejak aku dapat nombor Anis secara tidak sengaja, hampir setiap masa aku sms Anis. Bukan sms apa sgt.
Cuma tanya, Dah study? Bila na tidur?
Yela. Typical couple baru na up.

Walaupun dia selalu berborak dengan kawan aku dan aku pula selalu berborak dengan kawan dia, aku dengan Anis jarang berborak berdua di perkarangan sekolah.
Kalau jumpa pun, sorok-sorok. Paling kuat pun, Anis kenyit mata dari jauh. Hinggakan suatu hari di kelas 5 Perdagangan 1.

Mijan: Jart!! Termenung menda? Kau dah usha Anis belum.

Aku: Uishhh kau ni. Mana ada pape.

Mijan: Kau usha je. Boleh punya. Jangan risau jart. Aku support kau. Try la dia.

Aku: Malu la aku.

Itu jam, Mijan tak tau yg aku dah janji dengan Anis na makan Coklat Toffilux sesama lepas habis sekolah.
................................................\\aizataniskesyurgaPART6//..............................................





Tuesday, June 2, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 4.0


Tet tet! Tet tet! (Cenggini bunyi Nokia 1100).
Ada mesej masuk dari nombor yg tidak dikenali.
Sape pula ni.

Unknown: Salam. Maaf ni sape ea.

Aku: Wsalam. Ni Aizat. Ni sape? Mana dapat no ni.

Unknown: Aizat mana ea.

Aku: Aizat Tamsi. Hmmm Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar. Mechy 2.

Unknown: Sama sekolah. Oh maaf la. Sebab nombor awak ada dalam phone saya. Mungkin kawan saya yg sms awak. Btw saya Anis Rahmat.

Itu jam, mata aku membulat secara tiba-tiba.
Yeahh! Petanda baik ni. Lantas aku sms Ajwad.
Cergas betul ibu jari aku menaip keypad phone yg makin lusuh ni.

Aku: Salam Ajwad. Tanya sikit. Anis Rahmat ni sape.

Ajwad: Oh dia Anis kelas aku. KRS. Yg selalu pakai beg pink. Budak outsider.

Aku: Yekeeeeeeeee?! Serius la Ajwad. Terbaik la Ajwad. Sayang kau lebih Ajwad. Kau penyelamat aku.
Sejak kejadian ini, telefon nokia 1100 aku selalu berbunyi. Lebih-lebih lagi di waktu malam selepas aku balik tuisyen.

Tet tet. Tet tet.
Haaa dia dah balas sms. Nanti aku sambung cerita ni lagi.

..........................................................\\aizataniskesyurgaPART5//.....................................................







Monday, June 1, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 3.0


Ish.

Malulah aku na pinjam duit kat awek yg aku suka ni. Dah la ta pernah berborak sama. Puas aku ketap bibir dgn gigi. Makin lama, makin sakit pula. Grrr. Agrrrhhhh.
Lantak lah.

"Weh, ada 10 sen ta? Pinjam. Na tepon mak"
Aku tak tau tindakan aku ini tindakan yang baik atau tindakan paling teruk.

"Terkejut aku. Ada jap. Hmmmm Seposen tade. Dua posen ada. Nah"

Awek yg memakai nametag Anis menghulurkan 20 sen.
Sejak hari itu, aku gunakan topik baki 10 sen sebagai modal na berborak dengannya.

Misi seterusnya: dapatkan nombor telefon.

Episod sebelum : Seposen Modal
........................................................\\aizataniskesyurgaPART4//.................................................






Sunday, May 31, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 2.0




Sejak aku berselisih jalan dengan Anis kat padang kawad hari itu, rutin harian aku di sekolah mula berubah.
Pagi-pagi aku akan datang awal ke sekolah dan berharap dapat terserempak dengannya di pintu sekolah. Tapi aku selalu lambat.

Semasa perhimpunan, aku usha dia nyanyi lagu sekolah. Biasanya mesti dia berdiri sebaris dengan aku.
Masa rehat, aku akan duduk di bangku kantin menghadap dia. Walaupun dari jauh.
Bila cikgu tak masuk kelas, aku sengaja lepak dengan Mijan Ajwad kat meja belakang sebab na tengok Anis di meja depan.
Masa balik, aku akan jalan dibelakang dia dan berangan kononnya aku berjalan disebelah dia sweet sweet.

Tak sabar na datang sekolah hari esok pula.
Harap-harap dia perasan aku gigih usha dia.

Hai lah Anis, mengapa kau terlalu menawan
......................................................\\aizataniskesyurgaPART3//.....................................................




Saturday, May 30, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 1.0

Penghujung tahun 2008, situasi di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar.

Cuaca yang panas terik memaksa aku meningkatkan kelajuan langkah kaki aku ke arah pintu pagar sekolah. Aku sedikit mengeluh dengan kerja sekolah yang diberikan. Masih terbayang-bayang lagi teori Algebra yang berjaya menghubungkan sel-sel otak aku secara tidak tersusun.
Arrghhh.

Dari susur gajah, aku mula menyusuri tapak kawad. Laluan biasa pelajar lain sebelum melepasi pintu pagar sekolah.
Tika aku menyusuri tapak kawad, mata aku terpaku ke arah seorang gadis yang sedang berjalan ke arah aku. Kerdipan kepolak mata aku tidak berfungsi buat seketika.
Berbaju kurung putih, berkain biru. Di bahunya disandangkan beg berwarna merah jambu.
Jelas menunjukkan dia seorang pelajar biasa.
Bukan pengawas, bukan cikgu.

Aku memperlahankan langkah aku supaya mudah aku memerhatikan dia dengan lebih terperinci.
Langkahnya yang tersusun, lenggok badannya tika berjalan, senyuman yang terukir di bibirnya, serta pandangannya yang meyakinkan.

Cantik. Ayu.
Dia benar-benar menarik perhatian aku.
Aku suka dia.
Sungguh.

Semakin hampir, semakin cepat jantungku mengepam darah. Berdebar pula rasa hati nak berselisih dengannya.
Gelisah. Tapi aku tak boleh menukar arah laluan. Rugi kalau aku tidak selisih dengannya.
Cantik sungguh ciptaan Tuhan.

"Kalaulah dia jadi bini aku ni, seronok aku ya Tuhan"
Aku masih ingat lagi, beginilah hati ku bermonolog sendirian.

Situasi berlaku begitu pantas. Dua tiga tapak telah aku melepasi dirinya. Tiada bunyi angin mahupun kicauan burung seperti dalam drama cinta.
Aku tidak mahu menoleh ke arah belakang. Aku risau kalau-kalau dia juga menoleh ke arah aku. Tapi aku sempat melihat nametag pada tudungnya.

ANIS
 
Singkat betul nama.
Entah siapa dia. Kelas mana. Tinggal mana. Bagaimana dia muncul dihadapan aku pun aku tidak tahu.
Betul. Aku tidak tahu.
Tapi, aku akan cari.
Sampai aku dapat.

Sebab aku rasa aku sudah jatuh cinta.
...........................................................\\#aizataniskesyurgaPART2//.........................................................












Saturday, April 4, 2015

SEWA DULANG KAHWIN.

Assalamualaikum koranggggg.

Its been a long time tak berblogging. Dan anis terpanggil untuk berblogging balik ketika usia 23 tahun which is the last time was when im 21 years old. Quite LONGGGGG time kan?

First thing is , DULANG KAHWIN.

Siapa yang nak kahwin and perlukan dulang hantaran , dulang yang tinggi tu taw. Korang boleh sewa dekat anis. Seremban and Negeri Sembilan area.

RM5 je sedulang. Boleh self pickup utk siapa yang duduk jauh tuuu.

Whatsapp anis 017-6790461


Haaaa , ini lah DULANG UNTUK DISEWA tuuuu.
Siapa berminat meyh whatsapp 017-6790461

Thank you :)
Instagram : @anis_gorgeousleem , @ansrhmt