Sunday, May 31, 2015

Pembaris T Jejaka Mekanikal vs Kalkulator Gadis Perdagangan 2.0




Sejak aku berselisih jalan dengan Anis kat padang kawad hari itu, rutin harian aku di sekolah mula berubah.
Pagi-pagi aku akan datang awal ke sekolah dan berharap dapat terserempak dengannya di pintu sekolah. Tapi aku selalu lambat.

Semasa perhimpunan, aku usha dia nyanyi lagu sekolah. Biasanya mesti dia berdiri sebaris dengan aku.
Masa rehat, aku akan duduk di bangku kantin menghadap dia. Walaupun dari jauh.
Bila cikgu tak masuk kelas, aku sengaja lepak dengan Mijan Ajwad kat meja belakang sebab na tengok Anis di meja depan.
Masa balik, aku akan jalan dibelakang dia dan berangan kononnya aku berjalan disebelah dia sweet sweet.

Tak sabar na datang sekolah hari esok pula.
Harap-harap dia perasan aku gigih usha dia.

Hai lah Anis, mengapa kau terlalu menawan
......................................................\\aizataniskesyurgaPART3//.....................................................




0 comments: