Penghujung tahun 2008, situasi di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar.
Cuaca yang panas terik memaksa aku meningkatkan kelajuan langkah kaki aku ke arah pintu pagar sekolah. Aku sedikit mengeluh dengan kerja sekolah yang diberikan. Masih terbayang-bayang lagi teori Algebra yang berjaya menghubungkan sel-sel otak aku secara tidak tersusun.
Arrghhh.
Dari susur gajah, aku mula menyusuri tapak kawad. Laluan biasa pelajar lain sebelum melepasi pintu pagar sekolah.
Tika aku menyusuri tapak kawad, mata aku terpaku ke arah seorang gadis yang sedang berjalan ke arah aku. Kerdipan kepolak mata aku tidak berfungsi buat seketika.
Berbaju kurung putih, berkain biru. Di bahunya disandangkan beg berwarna merah jambu.
Jelas menunjukkan dia seorang pelajar biasa.
Bukan pengawas, bukan cikgu.
Aku memperlahankan langkah aku supaya mudah aku memerhatikan dia dengan lebih terperinci.
Langkahnya yang tersusun, lenggok badannya tika berjalan, senyuman yang terukir di bibirnya, serta pandangannya yang meyakinkan.
Cantik. Ayu.
Dia benar-benar menarik perhatian aku.
Aku suka dia.
Sungguh.
Semakin hampir, semakin cepat jantungku mengepam darah. Berdebar pula rasa hati nak berselisih dengannya.
Gelisah. Tapi aku tak boleh menukar arah laluan. Rugi kalau aku tidak selisih dengannya.
Cantik sungguh ciptaan Tuhan.
"Kalaulah dia jadi bini aku ni, seronok aku ya Tuhan"
Aku masih ingat lagi, beginilah hati ku bermonolog sendirian.
Situasi berlaku begitu pantas. Dua tiga tapak telah aku melepasi dirinya. Tiada bunyi angin mahupun kicauan burung seperti dalam drama cinta.
Aku tidak mahu menoleh ke arah belakang. Aku risau kalau-kalau dia juga menoleh ke arah aku.
Tapi aku sempat melihat nametag pada tudungnya.
ANIS
Singkat betul nama.
Entah siapa dia. Kelas mana. Tinggal mana. Bagaimana dia muncul dihadapan aku pun aku tidak tahu.
Betul. Aku tidak tahu.
Tapi, aku akan cari.
Sampai aku dapat.
Sebab aku rasa aku sudah jatuh cinta.
...........................................................\\#aizataniskesyurgaPART2//.........................................................
Saturday, May 30, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment