Monday, June 12, 2017

MONDAY BLUES



Kepada yang berkerja pasti tak nak jumpa hari Isnin.
Kesian si Isnin.
.
Ye la.
Dah penat-penat drive jauh balik kampung hari Ahad, Isnin dah kena masuk kerja.
Belum sempat update gambar dalam instagram tentang bercuti semalam, dah kena hadap bos.
Masih lagi terbayang berjalan-jalan di tepi sungai Kyoto, dah kena hadap paper work kerja.
.
Terus bersandar pada kerusi pejabat.
Mata terus memandang ke arah siling putih.
.
(Tarik nafas panjang.. Lepasss).
.
Kalau aku jadi perdana menteri nanti, aku nak tetapkan 3 hari berkerja, 4 hari cuti. 
3 hari berkerja tu pun termasuk hari Sabtu dan Ahad.
Maknanya, dalam seminggu, 1 hari sahaja kerja, 6 hari cuti.
6 hari lain kalau nak kerja, kita OT. Fuh.
.
Nampak permainan manifesto aku?.
Ala.
Untuk korang juga.
.
(Tarik nafas panjang.. lepasss)
.
Pejamkan mata.
Bayang orang kesayangan.
.
Sahaja aku mencari rezeki demi anak bini, kerana Allah Taala.
.
Bangkit!.

Monday, June 5, 2017

Friday, June 2, 2017

BERATUR PANJANG DI MESIN ATAM

HULURLAH SIKIT
.

Sebenarnya, aku tak kesah pun kena beratur lama-lama belakang orang yang tengah depositkan duit kat mesin ATM.
.
Yela.
Ada yang tak bawa duit lebih.
Ada sebab mesin tak terima duit.
Ada yang lupa nombor akaun.
.
Aku tak kesah pun tunggu lama-lama.
Betul.
Tak kesah.
Malah, aku seronok.
.
Asalkan selepas dia dapat bank in duit, dia hulur RM50 dekat orang belakang yang menunggu lama ni haaa.

Monday, May 22, 2017

KOTA KINABALU (KK) - KUNDASANG - RANAU

JALAN PENGALAMAN
.
sumber gambar Google
.

Dari K. Kinabalu, ibu kota si Sabahan.
Yang sibuk setiap persimpangan.
Kanan kiri binaan konkrit setinggi bangunan 
.
Dari bandar, kini masuk jalan perkampungan.
Kalau tadi sibuk, kini mulai lengang satu laluan
Pepohon tinggi menghijau gantikan bangunan
.
Seterusnya mendaki bukit pandu perlahan
Kabus mula menebal, fuh memang layan.
Jaga jaga setiap selekoh sepanjang perjalanan.
.
Gunung Kinabalu mula menyapa pandangan.
Sekejap belah kiri sekejap belah kanan.
Dah macam main sorok sorok dengan kawan.

Wednesday, May 10, 2017

SIMPANAN KECEMASAN (3 BULAN GAJI)

SURAT BUAT TEMAN.
.
Kehadapan kawan-kawanku yang sudah berkerja atau baru berkerja.
.
Aku di sini baik-baik sahaja.
Aku cuma mahu berpesan beberapa perkara. Yang mana aku rasa aku harus menyampaikan pesanan ini sebelum ada di antara kita tersilap langkah.
.
Aku mengerti perasaan mendapat habuan gaji dihujung bulan.
Ribuan ringgit masuk ke dalam akaun kita.
Durian runtuh. Ada seperti udang merah, D24 ada yang seperti Musang King.
.
Aku mengerti perasaan menggelintin nak bercuti ke sana sini.
Juga perasaan hendak membeli itu ini dan sewaktu dengannya.
Ada juga yang nak makan di tempat mahal sebagai tanda reward diri.
.
Ada juga yang lebih bijak, hendak gunakan gaji untuk membeli rumah atau mungkin berkahwin dengan pasangan.
.
Aku okay dengan semua itu.
.
Tapi, sebelum kita mengalirkan gaji kita ke tempat-tempat seperti itu, ada baiknya, kita adakan dahulu simpanan 3 bulan gaji.
Lebih baik lagi 6 bulan gaji.
.
Contoh.
Andai kata gaji korang RM2,000 sebulan, 3 bulan gaji bermakna RM6,000 untuk simpanan.
.
Simpan di bank yang kita jarang gunakan.
Bukan untuk aku tapi untuk simpanan kecemasan kau di saat kau sesak nanti.
.
Selamat berkerja.
.
Daripada kawanmu,
Mekanik Lori.

Sunday, May 7, 2017

PAKAIAN AKU SELEPAS BERGELAR BAPA

ANAQI vs KAWAN BABAH
.
Minggu lepas, masa aku berjalan bersama Anis dan Anaqi di sebuah shopping mall, aku terserempak dengan kawan baik aku sewaktu aku belajar di UTM.
Dia bersama isterinya yang juga kawan aku.
.
Aku menyapa dia.
Terus berbual panjang di tengah kaki lima.
Umpama kaki lima di situ bapak kami punya.
Ibarat jejak kasih yang bertahun tak jumpa.
.
Bual punya bual, masuklah topik anak.
Aku yang baru sahaja bergelar babah Aali Anaqi, terus berikan galakan.
Aku ceritakan seronoknya menjadi ayah usia muda.
.
Aku juga berpesan kepada kawan aku dan isterinya yang mana selepas ada anak, tak boleh la nak smart-smart, cantik-cantik jalan kat mall macam mereka.
Kenalah tukar attire macam aku.
.
Dengan jalan dukung Anaqi.
Main cidan je pakai jersi lama.
Tak sempat nak pacakkan rambut.
Dah takde Dr Mart dah. Berselipar jepun saja.
Dengan puting Anaqi yang aku pin kat baju aku.
Dengan botol susu kat poket jeans.
Itu belum layan hingus Anaqi yang meleleh macam yoyo.
.
Anis pula, tak payah cakap la.
Dengan kain bedung sangkut kat handbag.
Dengan napkin sangkut kat bahu.
Tudung? Hmm tadi pin kat bawah dagu, dah naik ke pipi.
Dah macam orang kena halau rumah.
.
Kawan aku dan isterinya hanya sengih-sengih kerang sahaja memandang aku, atas-bawah atas-bawah dua tiga kali.
.
Aku syak, mesti kawan aku tangguhkan dulu idea ada anak cepat.
.
Haha.

Thursday, April 20, 2017

KLINIK KESIHATAN (CHECKUP BABY)

AALI ANAQI : PAHLAWAN KECIL
.
Sementara menunggu giliran untuk checkup baby bulan ke-2, aku dihiburkan dengan nama-nama anak yang barangkali esok besar bakal menjadi artis rakaman kaca tv.
.
Tidak lama itu.
.
"Aali Anaqi. Aali Anaqi"
.
Ibu-ibu yang berada di ruangan menunggu menoleh ke kiri dan ke kanan.
Ada yang tersenyum, ada juga yang berkerut dahinya.
.
Anis berdiri dan terus membawa Aali Anaqi ke kaunter misi yang terletak di sudut kanan.
Perjalanan Aali Anaqi ke kaunter misi diiringi dengan mata-mata ibu yang berada di sekitar itu.
.
Itu dia, anak ku.
Pahlawan kecil berjiwa tinggi.
Keindahan yang menawan hati.
.
Bravo anak ku.
Bravo!

Monday, April 17, 2017

TABUNG RARE

Aku ada tabung rare.
Tabung yang mungkin tak ramai orang ada.
Korang boleh cuba.
.
Macam ini kisahnya.
Sewaktu aku belajar kat UTM, aku ada seorang kawan yang mana ada minat yang sama --menabung duit syiling dan not hijau rm5.
.
Genap je sebulan, masing-masing tunjuk hasil.
Bila tengok member punya lagi tebal, makin semangat nak simpan.
.
Bila beli barang kedai, ada baki, aku asingkan.
Jumpa duit syiling bawah katil, aku kutip, aku masuk dalam tabung. Walaupun 5 sen. Kecing kecing.
.
Bulan kedua, aku masih kalah lagi.
Tak boleh jadi. Jadi aku fikirkan cara lain.
.
Oh. Memandangkan member aku seorang smoker, aku buat tabung lain.
Aku gelarkan, "Tabung sepuntung winston". Haha.
Tiap kali dia beli rokok, nilai rokok yang dia beli, aku asingkan duit aku.
.
Misalnya, dia keluar duit rm15 untuk sekotak rokok, aku asingkan rm15 aku dalam tabung rare aku.
.
Kadang sehari 2 kotak (rm30). Lepas 2 hari, dia beli lagi 2 kotak. Esok dia beli sekotak.
.
Memang banyak simpanan aku masa belajar dulu.
Seminggu dah ratus. Sebulan? Uishh.
Makin lama, makin aku tak tahan.
Simpan punya simpan, sampai duit makan pun aku takde.
.
Tapi dia masih rilek lagi dengan tabung syiling yang semakin berat dan not hijau rm5 yang semakin menebal.
Aku menjadi hairan.
.
Bila aku kaji selidik, aku mengamati rutin harian dia, rupanya member aku ni tokan (penjual rokok).
.
Patutlah.
.
Hmmm. Lama juga aku tenung mamat tu.
Last-last aku guna simpanan tabung rare aku, masuk minang Anis.
.
Haha.

Tuesday, April 11, 2017

WWF

WWF.
.
Tidak seperti hari-hari biasa, Anaqi menangis tiba-tiba semasa Anis memakaikan baju tidur Anaqi.
Bak kata Anis, macam kena gigit semut api.
.
Aku macam biasa, terus dukung Anaqi.
Anaqi seperti biasa juga bila didukung, senyap dan terkebil-kebil tengok aku.
Aku sebagai lelaki, aku faham, Anaqi lebih suka tanpa seluar. Sejuk.
.
Memandangkan Anaqi dah tenang, aku serahkan kembali kepada Anis untuk sesi memakai seluar pula.
Sempat juga aku angkat kening kepada Anis sebagai tanda berjaya tenangkan Anaqi.
.
Tak sampai seminit Anaqi memakai seluar, Anaqi kembali menangis.
Aku senyum sinis memandang Anis.
.
Seperti mana aksi bergu dalam WWF, aku menghulurkan tangan kepada Anis, kalau-kalau Anis tertewas dengan tangisan Anaqi.
.
Tapi, Anis mempunyai satu sifat tidak mudah mengalah.
Power.
.
Tidak lama itu, Anaqi lena di riba Anis.
Kali ini Anis pula yang senyum memandang aku sambil mendongak ke siling sebagai tanda kemenangan.
.
Amboi.

Sunday, April 9, 2017

SPESIS KAD BANK

MESIN ATM vol3.
.
Masih lagi berkenaan mesin ATM.
Memang banyak cerita pasal ATM ni.
.
Ok.
Dalam keadaan ekonomi tak beberapa cantik ni, selagi mana kita boleh jimat, kita jimat.
Bak kata tagline iklan yang dah lama tak keluar, "Belanjalah dengan bijak".
.
Apa kena mengena jimat dengan mesin atm?.
.
Macam ini.
Jika kau pengguna kad rimau (maybank), kau withdraw la di mesin atm maybank.
Jika kau pengguna kad kurita comel (cimb), kau carilah atm cimb untuk withdraw dan sewaktu dengannya.
Baru betul.
.
Jangan dicampurkan spesis kad berlainan. Nanti gaduh binatang tu.
Jangan cucuk sebarang cucuk.
Sakit wo. Silap silap boleh kena aids.
Haha. Ok gurau.
.
Tapi, kalau kau maybank user, withdraw kat atm cimb guna meps, kau akan dicharge gst walaupun beberapa sen.
.
Tapi, kau apa kesah dengan sen sen ni kan. Handphone mahal mahal, dressup hipster.
Ikut suka korang la.
.
Haha.

Thursday, April 6, 2017

MESIN ATM TAK TERIMA DUIT ANDA SEMASA DEPOSIT

MESIN ATM. vol2.
.
Semalam aku ada share (saja-saja share sebab dah lama tak post status fb) tentang tabiat pelik aku sendiri bila withdraw duit.
.
"Sebenarnya, kita perlu withdraw duit kurang daripada sepatutnya. Bla bla bla".
.
Kali ini (pasal atm juga), tabiat biasa yang orang tahu, tapi tak ramai yang lakukan.
Deposit duit ke dalam mesin atm.
Jeng jeng jeng.
.
Contoh.
.
Kau beli airpon seben meroh kat ig ekselengadet.
Kau nak bayar deposit rm1000.
Maka, kau perlu bawa rm1000 deposit dan rm100 (dalam not rm50) standby, supaya bila mana mesin tak terima duit kau, kau boleh tukar dengan duit standby (rm50, rm50) kau tu.
.
Ini tidak, kau masih lagi berdegil memaksa mesin atm yang tiada otak tu untuk terima duit kau.
Kau lipat lipat duit tu.
Kau royokkan buat macam duit lama.
Kau haaa haaa mulut kat duit tu kasi panas.
Bila mesin tu tak terima duit kau juga, kau marah mesin tu.
Kau tendang kaki mesin tu.
Kau tepuk tepuk macam kau lakukan kat mesin gedegang.
Lebih teruk lagi, kau buat orang belakang menunggu lama.
.
Waimahnya di sini, bawa duit standby sewaktu nak deposit duit ke mesin atm.
Sayangi mesin atm.
Pandang pandang lah orang belakang.

Wednesday, April 5, 2017

TIPS WITHDRAW DI ATM DENGAN BETUL

MESIN ATM.
.
Sebenarnya, ia menjadi salah, bila mana kita withdraw duit, lebih daripada sepatutnya.
.
Misalnya.
.
"Nak beli hantaran kahwin dalam rm20k. Hmmmm keluarkan rm30k lah. Takut tak cukup. Nak standby".
.
Itu contoh.
.
Atau mungkin kau dah biasa dengan sifir 50.
Tiap kali withdraw duit kat atm, mesti rm100, tak pun rm150, tak pun rm200.
Genap.
Pada kau, senang.
.
Lain kali, kalau rasa nak keluarkan rm100, tekan rm80.
Secara tidak langsung, kau dah selamatkan rm20 kau, utk kegunaan masa depan kau.
.
Kau nak withdraw rm200, paksakan jari kau tekan rm150.
.
Amacam?.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Saturday, April 1, 2017

BUKAN SALAH AWAK

SALAH SIAPA?
.
Hari ini bawa Anis dan Anaqi balik kampung Tasik. Semasa dalam perjalanan, Anis pesan kepada aku, yang mana dia nak singgah ke kedai runcit.
.
Beli kudap-kudapan katanya.
Aku angguk kepala. Mudah.
.
Sampai di kedai runcit, Anis minta aku jagakan Anaqi dalam kereta sementara dia yang ke kedai runcit.
Anis cakap, aku tak tau barang yang Anis mahukan.
Aku anggukkan kepala dan berikan Anis not RM50.
Mudah.
.
Setelah hampir 10 minit, Anis kembali ke kereta.
Sambil senyum-senyum, Anis cakap pada aku.
.
"Barang sikit je bang. Tapi habis dekat 50 hengget.".
.
Aku senyum je pandang Anis. Aku balas ringkas sedikit padu.
.
"Takpe. Bukan salah sayang pun. Salah Pokjib. Hehe.".
.
Anaqi sengih-sengih dengar nama itu.
.
Oh ya.
Selamat Ulang Tahun GST.
Dah besar panjang dah kau.

Wednesday, March 29, 2017

MANA NAK CARI LISTING RUMAH LELONG?

LISTING RUMAH LELONG

Nak beli rumah under contruction, risiko pula kalau rumah tak siap dan terbengkalai.
Nak beli rumah daripada developer, tu haa harga kemain tinggi macam KLCC.
Nak beli rumah sub sale, owner buka harga lebih daripada market value. Fuh. 
                                Nak beli rumah lelong, tak tau mana nak dapat listing rumah lelong.

Haishh.

Macam aku yang kurang bergaul dengan kaki-kaki lelong ni, aku gunakan beberapa medium dalam usaha mencari listing rumah lelong.
Maknanya, orang yang baru nak tau cara mendapatkan listing lelong pun boleh buat punya la.

Yang penting, usaha.







"Pertama, menerusi jaringan tanpa wayar dan dunia di hujung kuku-Website."



Ada beberapa website aku selalu singgah cuci mata.

          i. zonlelong.com
            Mereka cover banyak negeri. Misalnya KL, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan
            dan Penang.

            Korang boleh tengok listing yang ada. Biasanya zonlelong akan pamerkan listing sekitar 2 bulan.
            Bulan semasa dan bulan depan.
           
          ii. Googling.
              Haaaaa ni part paling mudah nak tau listing harta tanah lelong.
              Korang buka Google, korang taip la "Rumah lelong seremban" atau "rumah lelong kuala lumpur".
              Konfom ada punya.

              Tapi ini mungkin tak boleh dipanggil sebagai listing, sebab bukan senarai pun. Cuma, kalau korang
              search, dia akan keluar unit harta tanah yang akan dilelong.
              Maknanya, sekali korang search, dia keluar seunit atau dua unit. Bukan lah keluar senarai panjang.

              Biasanya kita akan jumpa ni di website Mitula Homes, Trovit dan sewaktu dengannya.

Perlu aku ingatkan kepada korang, kebanyakkan listing rumah lelong kat website ada memaparkan details berkenaan dengan harta tanah. Sebagai contoh, harga rezab, tarikh lelongan, alamat rumah, jenis harta tanah.
Tapi, untuk korang mengetahui lebih lanjut berkenaan kat mana tempat lelong nya, pukul berapa lelong nya, korang kena lah hubungi nombor yang tertera pada website tersebut.

Biasanya, mereka ini adalah ejen lelong. Mereka akan berikan malumat tentang tempat lelongan, cara menyertai lelong dan hal ehwal semasa hari lelongan.



"Tapi, selain daripada website, ada lagi ke cara lain?"

"ADA. KITA SINGGAH MAHKAMAH."



Macam aku, aku selalu juga singgah Mahkamah Seremban 2 sana tu. Biasanya, di mahkamah akan adanya papan kenyataan khas untuk lelong. Kadangkala penuh papan kenyataan dengan notis listing rumah lelong.

Siap alamat, jenis harta tanah, tarikh lelongan, harga rezab dan sebagainya.
Apa lagi? snap gambar notis lelong yang mana korang minat dan terus menuju ke rumah lelong untuk scan rumah.

Hehe.


"Selain daripada mahkamah ada tak?"
"Sebab aku trauma la mahkamah. Hari tu aku naik mahkamah sebab tak bayar saman."

Haish.

"ADA. KITA JALAN-JALAN CARI RUMAH LELONG"


Kalau korang free hujung minggu, atau mungkin balik dari tempat kerja, korang jalan lah kawasan yang korang minat atau taman perumahan yang korang teringin nak beli rumah di situ.

Korang lalu lah setiap jalan atau lorong taman perumahan.
Kita akan dapat kenal pasti rumah mana yang akan dilelong.
Macam cerita Ali Baba Bujang Lapok yang rumah di tandakan X.
Alah, korang tak tengok cerita lama. Korang layan drama abang sado dengan makwe bulu kening je. Haha.

Adakalahnya, di rumah tersebut adanya signboard atau board atau (aku pun tak tau nak panggil apa) yang tertulis BANK LELONG. RM40k. Hubungi012-3456789

Haaa itulah rumah yang akan di lelong. Dan Rm40k bermakna harga rezabnya.

Masalahnya, cara sebegini akan menambahkan kerja korang lagi. Sebab apa? Signboard tersebut hanya memberitahu bahawa rumah lelong ini akan dilelong. That's all.
Itu sahaja.

Berkenaan dengan tarikh lelongan, tempat lelongan, dan sewaktu dengannya, korang kena telefon nombor yang tertera.

"Alamak, leceh pula."

Okay tidak mengapa.
Website sudah.
Googling sudah.
Mahkamah sudah.
Jalan-jalan cari rumah lelong sudah.
Apa lagi?

Ada lagi satu cara yang aku guna untuk mendapatkan listing rumah lelong ni.



"FACEBOOK. YA FACEBOOK"

Berkawan lah dengan orang yang bermain dengan lelong.
Ejen lelong misalnya.

Biasanya, ejen lelong akan mengiklankan rumah-rumah yang bakal dilelong.
Bagi newcomer dalam dunia lelongan ini, haaa lagi mudah lah untuk korang.
Ejen lelong boleh guide korang.

"Macam mana nak kenal kat FB ni yang mana ejen lelong?"

Okay.
Selain daripada orang yang mengiklankan rumah untuk dilelong, korang boleh gunakan kaedah ajaib.
Setiap home FB pasti ada ruang search pada bahagian atas sekali kan.
Haaa tunggu apa lagi, Guna kaedah macam Googling.
Taip je rumah lelong seremban.
Pasti ada keluar gambar rumah lelong yang di-update oleh seseorang. Misalnya En MAT.
Buka profile En MAT. kenal pasti kerjaya dia. Alaahhh tips ni sama je macam korang stalking crush korang.
Macam tak biasa pula kan.
Tengok muka sikit.

Kalau wall En MAT penuh dengan iklan rumah lelong dan En MAT selalu update hal ehwal lelong, apa tunggu lagi, berkawan dengannya.

En MAT dan insan seangkat dengannya lah yang akan membantu kita memberitahu rumah mana yang nak dilelongkan.

Ok?
Ok ke tak ok?


disclaimer: Segala yang aku tulis ini berdasarkan pengalaman aku yang baru berjinak-jinak dalam industri lelong ni. Mungkin ada orang lain yang mempunyai cara yang lain. Tidak mengapa, perbezaan di antara kita bukan untuk mempamerkan siapa yang berkuasa tapi untuk berkongsi apa yang ada.

nota kaki satu: rumah pertama aku hasil daripada lelongan mahkamah.
nota kaki dua:  aku menang harga rezab. Sebab aku sorang je yang bid. Haha.


Tuesday, March 21, 2017

TEMPATAN FEST

HASHTAG KATASUPPORT.
Kebanyakan local brand clothing ini guna hashtag yang menggalakkan kita menyokong golongan seperti mereka (local brand yang lain).

Hashtag supportlocal
Hashtag katasapot
Hashtag tempatanbrand
Hashtag supportlasikitcikadikoiii.

Siap ada hashtag dasarpandangketimur pula tu.

Aku (pada awalnya) sebagai local atau anak tempatan sesungguhnya menyahut seruan untuk menyokong brand-brand local (clothing) seperti mereka.
Mereka siap mengadakan festival untuk local brand clothing.
Kat mana? Ipoh? Shah Alam? JB?
Hampir semua aku pergi. (Awalnya).

Aku masuk booth.
Aku belek baju.
Aku belek price tag. RM55.
Aku belek price tag yang lain. RM60.
Rata-ratanya RM50 ke atas.

Kata support.
Kata local.
Harga international.

Terkebil-kebil aku.

T shirt round neck.
Ada cop depan satu color.
Ada cop belakang kecik je.
RM50.

Aku senyum.
Aku terus balik.
Sebelum sampai rumah, aku singgah Giant.
Aku beli Tshirt round neck RM15.

Puas hati.

TIADA LAGI UDANG DI SEBALIK CHAR KUEY TIAW.

MAKAN SORANG
"Bang, char kuey tiaw." 

Brader char kuey tiaw menghulurkan char kuey tiaw yang sudah siap kepada aku.
.
Aku memang biasa makan char kuey tiaw di depan Family Store Cengal ni. Dah menjadi port biasa aku dengan Anis.
Cuma kali ni, aku seorang.
.
Aku perati char kuey tiaw di depan aku.
Aku kuis-kuis char kuey tiaw ni.
Aku asingkan taugeh.
Udang sekor. Sekor?
Cis.
.
Aku yang awalnya lapar, menjadi geram.
.
"Bang, biasa saya makan dengan bini saya, udang abang kasi 2 ekor. Kali ni, udang sekor je bang. Tak kan bilangan udang ikut bilangan kepala per meja pula. Cukuplah saya yang lonely. Jangan lah udang pun lonely juga. Haishh."
.
Aku hampir flip meja lipat ni.

Saturday, March 18, 2017

JIMAT BELI RUMAH SECOND HAND (by hartabumi.my)

BELI RUMAH ‘SECOND HAND’. LAKUKAN 3 PERKARA INI UNTUK JIMATKAN KOS PEGUAM

Beli rumah ‘second hand’ tak sama dengan beli rumah ‘undercon’ dengan pemaju. Proses yang perlu dijalani juga turut berbeza.
Pembeli rumah ‘second hand’ perlu melakukan banyak proses pertukaran nama pada segala bil dan dokumen yang ada.
Ramai pembeli rumah ‘second hand’ terlepas pandang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi si pembeli rumah pertama. 

Kebanyakan pembeli rumah ‘second hand’ ini beranggapan selepas selesai urusan beli rumah, sudah tidak perlu lakukan apa-apa lagi. Hanya tinggal nak masuk rumah sahaja. 

Selepas urusan beli rumah ‘second hand’ pembeli perlu lakukan pertukaran nama pada 3 perkara ini :

1) Tukar nama ada segala bil utiliti 

Ramai pembeli terlupa dan terlepas pandang untuk menukar nama pada segala bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, dan juga Indah Water. 

Sepatutnya, setelah selesai sahaja urusan jual beli rumah ‘second hand’, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama.
Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila sampai bil dirumah, nama orang lain (nama penjual).

Untuk melakukan pertukaran nama pada bil utiliti, pembeli rumah boleh menggunakan dua cara ini :

A: Buka akaun baru

Pembeli rumah boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut dan perlu membayar wang deposit dengan jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. 

Setelah selesai proses pembukaan akaun baru, pemilik asal boleh lah membatalkan kesemua akaun lama. Tapi sebelum itu, sila pastikan pemilik asal rumah anda membayar segala tunggakan yang ada ya!

B: Sambung guna akaun pemilik lama

Pemilik baru boleh mengekalkan akaun lama pemilik lama, tapi hanya perlu lakukan pertukaran nama sajaja. Tetapi dalam kes ini, pemilik baru perlu memulangkan bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik lama.
Ini kerana pemilik lama tidak akan terima deposit selagi tidak melakukan pembatalan akaun. 

2) Tukar nama pada rekod cukai pintu

Ramai juga yang terlepas pandang untuk lakukan permohonan pertukaran cukai pintu.
Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disedikan untuk proses pertukaran nama ini: 

• Salinan kad pengenalan
• Salinan SNP
• Salinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama pemilik baru)
• Salinan cukai pintu terkini
Pembeli juga perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

3) Tukar nama pada bil ‘maintenance’ dan caj servis 
*Proses ini hanya tertakluk pada rumah berstrata sahaja.*

Pembeli perlu memaklumkan kepada bahagian ‘maintenance’/ JMB (Joint Management Body) bahawa anda adalah pemilik baru unit tersebut.
Proses ini dilakukan supaya pihak pengurusan dapat mengemaskini rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru, iaitu anda!

Yang menjadi isu dalam proses ini ialah, siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukannya?
Adakah penjual, pembeli, atau peguam?

Untuk pengetahuan, proses pertukaran nama ini adalah tanggungjawab pembeli. Cuma ada sesetengah peguam yang menawarkan servis ini sekali dengan urusan jual beli. 

Sebenarnya proses ini bukanlah satu tugas wajib bagi seorang peguam. Sekiranya ada peguam yang menawarkan perkhidmatan ini, sudah tentu pembeli akan dikenakan caj yuran guaman.

Untuk kurang dan menjimatkan kos, pemilik rumah atau pembeli boleh melakukannya sendiri. Bukanlah satu proses yang rumit pon, Cuma kena luangkan masa sedikit untuk uruskannya. 

Sekiranya pemilik baru atau pembeli rumah tidak melakukan proses pertukaran nama ini, dan ada pula tunggakan yang masih belum dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak atasan.

Jadi, penting juga untuk pemilik asal melakukan ‘follow up’ dan sahkan pertukaran nama dilakukan atau tidak. 

Jangan pula apabila sudah dapat rumah, segala tanggungjawab dilupakan. Kesannya, diri sendiri yang perlu tanggung. 

Artikel ini telah diolah dari Gila Hartanah

Thursday, March 16, 2017

TIPS INTERVIEW

Boss: Berapa gaji awak mahukan?

Calon: RM1769.32 sebulan.

Boss: Kenapa jumlahnya tak genap?

Calon: Sebab saya dah kira berapa saya perlukan utk sebulan.

Anta faham?
Kalau faham, angguk kepala

FUNCTION KALENDAR DALAM PHONE

Sebenarnya, kalendar phone ada banyak lagi function lain (dan lebih penting) selain daripada set birthday makwe pakwe ni.

Sebagai contohnya,
1. Bila next renew lesen. Tahun bila.
2. Bila next renew roadtax + insurance.
Kalau ada motor dan kereta, cek motor punya bila, kereta punya bila.
3. Bila next kena bayar cukai pintu & cukai tanah.
4. Bila next service kereta.


Bila dah set, so, boleh la buka tabung setiap satu.
Bila sampai date kena bayar renew roadtax, misalnya, boleh pakai tabung roadtax.

Takde la koyak poket masa tu.
Takde la mengeluh, "Mana aku na korek duit ni".

Kaann.

Ini tak.
Kalendar phone, kau set birthday makwe pakwe kau.
Nak wish birthday tepat 12.00 tgh malam.

Sweet kata kau.

CERITA 100 PERKATAAN

KATA BELAKANG

Selesai mandi, aku terus ke sinki.
Aku pulas kepala paip. Air mula keluar dari mulut paip dan terus membasahi ruang sinki.
Aku menadah air dengan kedua belah tapak tangan. 

Seterusnya, aku berkumur dengan harapan tiada lagi sisa makanan yang terselit di celahan gigi.
Aku memandang cermin muka. Aku leka melihat wajah diri sendiri.

Oh, indahnya ciptaan Tuhan. Susunan yang diaturkan.
Cukup sempurna. Cukup.
Dahi, mata, hidung, telinga dan mulut. 

Aku terfikir, kenapa mulut tidak diletakkan di sudut lain.
Di belakang kepala, misalnya. 

Lama juga aku termenung memikirkannya.

Akhirnya aku sedar, mulut diciptakan di hadapan supaya tidak ada yang berkata-kata belakang.

SIMPANAN MEMORI

 sumber facebook

Selain daripada tabung berwarna hijau (RM5) dan oren (RM 20) serta tabung syiling--semestinya, tabung memori ni pun boleh start tahun depan.

Yela. Memori aku dah nak full.
Memori yg ada pun aku tak beberapa nak ingat. Sebab mode auto delete rasanya.

Wednesday, March 15, 2017

5 TAHUN ADA SIMPANAN RM94,118 (fb:harith faisal)

Simpanan bulanan adalah benda asas kalau kau nak mula melabur. Kalau setiap bulan, duit gaji habis buat belanja, siap berhutang dengan kawan, mungkin kau kena semak balik part mana kau boleh kurangkan belanja.

Kalau dah gigih sampai ke akar umbi kau gali tapi masih tak dapat jumpa punca untuk kurangkan belanja, nak tak nak kau kena tambah sumber pendapatan. Usahalah sampai dapat simpanan RM1050 sebulan.
Kenapa RM1050? Saja. Ini kan posting saya, suka hati sayalah nak bagi contoh berapa ringgit pun. Haha! Okay, senang cerita, kalau kau simpan RM1050, kau akan dapat simpanan RM1050 x 60 = RM63,300.

Betul?

Tapi kalau kau bijak sikit, kau boleh dapat RM94,118 dengan menggunakan modal yang sama. Untung RM30,818. Nak jadi bijak bukan susah pun. Kau baca saja posting saya ni sampai ke perkataan yang terakhir sekali.
==========
SIMPANAN ASB.
==========
Kau mampu smpan RM1050 sebulan. Jadi, setiap bulan, kau letaklah RM1050 dalam akaun ASB kau tu selama 5 tahun @6.75% dividen. 5 tahun je. Jangan risau, duit tak hilang punya.

Please Use Compound Interest Calculator.
Monthly Deposit: 1050
Period (month): 60
Annual Interest Rate %: 6.75
Compounding: Annually
Total Principal: 63,000
Maturity Value: 74,708

Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen terkumpul adalah RM74,708 setelah 5 tahun.
Dan kalau kau simpan sendiri dalam tabung kat rumah, kau dapat RM63,300 je.
Rujuk Total Principal.
==========
ASB FINANCING-i
==========
Kau mampu simpan RM1050 sebulan. Jadi, mohon ASB Financing maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun.
Setiap bulan, kau kena bayar ansuran RM1050.
Kita ambil contoh kadar keuntungan bank adalah @4.8% dan dividen ASB adalah @6.75%.
Bayar dengan cermat selama 5 tahun dan kemudian terminate.



Please Use Loan Calculator.
Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 4.8% per year
Loan Term: 30 Years
Monthly Payment: 1049
Amortization Schedule: 183,130 @60th month.

Please Use Compound Interest Calculator.
Principal Amount: 200,000
Period (month): 60
Annual Interest Rate %: 6.75
Compounding: Annually
Interest Amount: 77,248
Maturity Value: 277,248
RM277,248 - RM183,130 = RM94,118

Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen dan prinsipal terkumpul adalah RM94,118 setelah 5 tahun!! Banyak tu. Boleh dibuat duit deposit beli beberapa buah rumah. Jangan kau buat joli pulak.
==========
KITA BANDINGKAN.
==========
>> Simpan di rumah:
RM1050 x 12 x 6 = RM63,300 (Modal)

>> Simpan biasa ASB:
RM74,708 - RM63,300 = RM11,408 (Net Profit)

>> ASB Financing:
RM94,118 - RM63,300 = RM30,818 (Net Profit)

Nak untung RM30K atau RM11K? Pilihlah sendiri. Matematik tidak menipu. Saya sudah buktikan dengan pengiraan.
==========
VOLUME TINGGI DENGAN ASB FINANCING-i
==========
Saya takda tunai RM200,000 sekarang.
Jadi saya gunakan duit bank untuk melabur selama 5 tahun dan dapat tunai terkumpul sebanyak RM94K Bijak kan? Kalau tak, saya hanya dapat RM74K sahaja.

Kalau dapat melabur dengan volume tinggi untuk ASB financing-i ni memang best tengok dividen dia compounding. Kalau volume kecil, contoh RM10K ke, RM20K ke tak best sangatlah.

Okay, boleh faham?

RM1050 sebulan komitmen besar sangat kan. Ala, ikutlah kemampuan masing-masing.
Kalau mampu RM550 sebulan, buat RM100,000 pun boleh.

Tapi yang peliknya, bayar kereta RM1000 sebulan relax dan steady je. Haha! - HF

#harithfaisal
 
NOTA 1: Ini adalah kiraan secara kasar tanpa takaful untuk memudahkan pemahaman. Ia dikongsikan secara umum. Jadi, sesuaikanlah dengan situasi dan tahap kewangan masing-masing.

Monday, March 13, 2017

JAGA BABY TAK SUSAH MANA

PENGAMALAN AWAL SI BABAH MUDA

Awal pembabitan aku sebagai seorang bapak, aku boleh katakan tak susah mana sebenarnya nak menjaga seorang bayi yang bergelar anak.

Tak susah.
Betul.

Dalam sehari, dua kali mandikan. Pagi dan petang.
Dalam hal ini, aku cuma incharge part sediakan tempat dan barang mandian sahaja.
Urusan mandi, mertua aku amik alih. Aku cuma bantu sikit-sikit. Tenangkan baby.
Lepas selesai mandi, aku kemaskan barang mandian.
Senang.

Hal ehwal berak baby. Senang juga.
Ada masa, cek. Misalnya, rasa macam dah lama tak tukar pampers. Haa cek la.
Cek berak ni pun kadangkala aku cek, kadangkala Anis dan kadangkala mertua.
Ada taik, tukar pampers.
Takde taik, aku senyum.
Tak sampai 10 minit pun tukar pampers bagi amatur macam aku.
Senang.

Part nangis.
Part ni goyang sikit. Tapi masih undercontrol.
Maybe sebab baby aku jenis menyenangkan orang tua.
Bila nangis, aku akan dukung dulu. Peluk dia.
Bila tak berhenti nangis, aku bawa berjalan. Misalnya ke ruang tamu, ke dapur. Kira tukar angin.
Bila tak berhenti nangis, baru aku serahkan kat Anis.
Sebab urusan menyusukan baby ada pada seorang isteri.
Kalau anggota penyusuan ada pada seorang lelaki, baby belum start nangis, aku dah sumbat dahh.
Haha.

Dan ada juga perkara-perkara kecil yang lain.
Seperti berborak dengannya, dodoikan dia dan sewaktu dengannya.

Alhamdulillah mudah.

Tapi bila fikirkan balik, tugas aku sebagai seorang bapak kepada baby ni mudah sebab anak aku baru peringkat baby.
Belum lagi seorang budak sekolah, belum masuk alam rebel alam remaja bangkang sana sini.
Fuhh.

Utk 10 hari menjadi bapak ni, aku belum fikir situasi pada waktu itu (baby sudah bersekolah). Barangkali aku jenis folow thr flow.

Lagipun aku nak menikmati saat mudah ni dulu.

Wednesday, March 8, 2017

PANTANG 2.0.

BAB MAKANAN

sumber Google.

Pantang selepas bersalin dengan makanan merupakan satu kombinasi yang sememangnya menghantui wanita.
Ibarat pencatuan makanan besar-besar.

Macam Anis.

Dari hari pertama berpantang sampailah ke hari ini, aku tak pernah nampak Anis makan lauk lain selain daripada ikan.

Nasi putih + ikan haruan lah
Nasi putih + ekor ikan haruan lah
Bubur + ikan haruan bakar lah
Bubur + kepala ikan haruan lah.
Atau ikan-ikan lain.

Aku yakin, dengan segala jenis ikan yang Anis makan, habis je pantang, Anis dah boleh berenang kat Lautan Hindi.

Yakin.

p/s: Sebab apa aku sebut ikan haruan je?
Sebab aku tak tau nama ikan-ikan yang lain. hehe.

Sunday, March 5, 2017

LOAN KAHWIN

Sebenarnya, kau tak boleh apply Personal Loan utk kahwin.
Walau terdesak mana pun kau nak kahwin, tetap tak boleh gunakan Personal Loan.

Sebab apa?

Sebab hutang teh tarik mggu lepas pun kau liat nak bayar, inikan pula Personal Loan yg makan puluh ribu.

Jangan.

Wednesday, March 1, 2017

PABILA ISTERI BERPANTANG, SUAMI....

KESEORANGAN

Sejak Anis berpantang bersalin ni, aku keseorangan apabila makan di kedai. Kalau berdua, aku selalu mendengar Anis cerita itu dan ini. Biasanya kami berbual-makan-bual sebelum balik.

Hari ini, sunyi.
Sepi.

Keseorangan ke kedai makan.
Sampai kat kedai, aku pilih meja di hujung sekali.
Tak nak la orang kiri kanan nampak yang aku spesis forever alone.

Brader amik order datang ke arah aku.

"Bang. Order apa?".

Lama juga aku mendiamkan diri.
Biasanya Anis yang order-kan. Anis biasanya arif tentang hal ehwal selera perut aku.
Tapi kali ini aku seorang.
Tiba-tiba pula aku rasa tak selera nak makan.

Sayu je rasa.
Hmmmm

"Bang. Orderrr apaaa?".
Brader tadi ulang dengan nada sedikit tinggi.

Dalam suasana sayu, aku jawab.

"Nasi bujang satu.".

Monday, February 27, 2017

JANJI BERPANTANG BERSAMA

KFC PUJAAN HATI 


Itu hari adik ipar aku bawa balik KFC. Sebagai peminat ayam goreng KFC, kehadiran ketulan ayam dalam KFC bucket di atas meja makan sememangnya menggugat iman.
.
Ketulan ayam goreng yang dipanggang dicecah bersama sos Thaiiiiii.. Dihidangkan bersama kentang putar serta coleslaw.
.
Pergh.
Memang pergh.
.
Tapi, sebagai suami yang bijaksana kepada isteri yang sedang berpantang, aku ketepikan nafsu aku sebentar.
Jadi, aku chill je sambil jengah-jengah KFC bucket atas meja.
.
Aku pandang Anis.
Anis pandang aku senyum-senyum.
Aku balas dengan menggeleng-gelengkan kepala.
.
"Sayang jangan risau. Abang janji, abang tak akan makan KFC tu punnnn...... depan sayang". Aku bisik pelan-pelan.

Saturday, February 18, 2017

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab 10 : finale)

KITA PERANG KITA MENANG

"Aaniiiiiissssss. Anisssssss. Suami Anisssss".

Suara itu memecah kesunyian diruangan menunggu. Aku yang pada awalnya cuba untuk melelapkan mata terus terjaga dan bergegas ke arah datangnya suara itu.

Aku lihat seorang misi perempuan bersama troli bayi sedang berdiri di hadapan pintu masuk bilik pembedahan. Dari jauh aku lihat ada pergerakkan dalam troli bayi tersebut. Ada baby.

Misi ni ke yang panggil aku?
Baby aku ke ni?
Kalau betul baby aku, mana Anis?
Mana??

Persoalan ini bermain-main difikiran aku sewaktu aku berjalan ke arah misi tersebut. Mata aku nakal mencari katil Anis. Sesekali aku mengintai troli baby dari jauh.

          "Suami Anis?"

Aku menganggukkan kepala sambil memandang baby yang sedang baring di atas troli tersebut.

          "Ini babynya. Baby lagi jam 10.50 pagi. Haaaa tengok niii". Jelas misi tersebut sambil membuka bedung baby.  Barangkali ingin menunjukkan aku jantina baby tersebut.

Ya.
Ini baby aku. Aku masih ingat lagi corak bedung yang kami bawa ke hospital. Aku siap ambil gambar bedung tersebut sebelum pergi ke hospital. Risau-risau aku terlupa corak yang mana.

Baby lelaki. Aku tersenyum.

Aku memerhatikan sahaja baby tersebut.
Putih kemerah-merahan.
Sepet.
Bulat.
Tangan kaki masih berkedut.
Ada tanda pada dahi.

          "Hmm mana Anis??". Pemerhatian aku terhadap baby ini dipotong oleh suara aku yang menanyakan kondisi Anis.

          "Anis masih lagi di dalam. Perut sedang dijahit. Dr akan pastikan jahitan sempurna dahulu sebelum dilepaskan ke wad. Baby ini pula kami bawa ke labor room untuk dibersihkan. En tunggu di sini dulu.".

Ahhhhhhh. Aku kembali tak tentu hala. Baby lahir jam 10.50 pagi. Sekarang sudah pun 11.34 pagi. Sudah setengah jam yang lepas.

Kenapa jahit lama sangat?

Aku yang pada awalnya boleh duduk di ruang menunggu, kini tidak lagi.
Aku ke hulur-ke hilir di lorong kaki lima.
Sekejap aku bersandar di dinding sini.
Sekejap aku bersandar di dinding sana.

Pengawal yang lalu di situ sudah beberapa meminta aku supaya tidak berdiri di pintu masuk bilik pembedahan.
Misi yang membawa fail ke bilik pembedahan itu pun cuba menenangkan aku dan menasihatkan aku agar duduk di ruang menunggu.

Apabila aku tunggu, aku tidak perlukan ruang untuk menunggu.

Jam 12.41 tengah hari, Anis disorongkan keluar dari dewan pembedahan. Dua perkara aku lihat waktu itu.

Senyuman Anis yang sentiasa manis.
Pakaian baju biru Anis seperti jersi bola zaman dulu.

Hahaha.

Sayang.
You did it.

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab sembilan)

BUKAN BERITA MENYENANGKAN

"Kami terpaksa melakukan operation".

Perkataan inilah yang membuatkan aku yang lemah ni semakin lemah. Sumpah, aku lemah. Aku rasa nak terduduk bila mendengarnya. Jantung aku tersentak mendengar kenyataan itu. Lutut aku seperti tidak berfungsi. Suasana menjadi sayu. Air mata aku mula bergenang. Kalau bukan Anis yang baring disebelah aku, sudah tentu aku jatuh.

Sumpah.

Sewaktu Dr Cina itu menerangkan berkenaan pembedahan, aku hanya memandang Anis. Sesekali aku memandang Dr atas tanda hormat. Apa yang dikatakan Dr tersebut pun aku hanya dengar tak dengar.

Aku masih ingat lagi, aku ada memesan kepada Anis, tidak mengapa. Ini yang terbaik untuk kita. Tapi, apa yang keluar dari mulutku, hanyalah eekkk akrkk errkk alkkk. Suara aku langsung tidak keluar. Tersekat. Air mata aku gugur dihadapan Anis.

Aku tidak percaya yang aku menolak katil yang Anis sedang baring ke pintu masuk bilik pembedahan. Pada waktu itu, aku terpaksa menunjukkan aku kuat dihadapan Anis. Walhal, aku berjalan seperti tiada kaki. Aku tidak ada perasaan.

Lebih kurang jam 10 pagi, Anis dimasukkan ke bilik bedah. Perpisahan aku dengan Anis diakhiri dengan ciuman. Aku harap sangat ini bukanlah ciuman terakhir.

Katil Anis terus melepasi pintu masul bilik bedah. Aku diberikan tudung Anis berwarna hitam. Semakin lama, katil Anis hilang dari pandangan aku. Apabila katil Anis hilang dari pandangan, aku terus bersandar pada dinding bagi menyokong kaki aku yang sudah tidak kuat untuk berdiri.

Aku tak kuat.
Air mataku yang mengalir deras terus aku kesat dengan tudung Anis. Aku cium bau tudung. Aku tak ingat bila kali terakhir aku menangis sebegini.

Dengan tenaga yang ada, aku terus berjalan ke pintu keluar. Walaupun terpaksa, aku perlu menyampaikan berita ini kepada keluarga yang ada.

Dari mula pintu keluar, aku hilang Mak sedang berdiri di hadapan Mak Teh yang sedang duduk ditembok kaki lima. Mak terus berjalan ke arah aku.

Apa perlu aku kataan?
Aku tak kuat nak kataan.
Aku cuba kawal air mata.
Aku cuba.

          "Mak. Aaa..nis... hukk hrmm hurmmmm operation". Sekali lagi air mata ku gugur. Kali ini ia gugur dihadapan mak mertua aku. Aku kesat air mata aku dengan tudung Anis.

Mak Teh yang duduk pada awalnya, terus berjalan ke arah aku.

          "Kakngah operation.". Mak seperti memahami aku yang tidak mampu mengeluarkan suara.

Wajah Mak Teh terus bertukar. Mak begitu jua. Aku memandang ke arah lain agar mereka tidak melihat air mata ku gugur. Tapi aku tidak peduli. Aku memang sedih pada waktu ini. Biarlah dunia persoalkan tingkah lakuku.

Mak terus berlalu ke arah lain sambil menekan-nekan telefon bimbitnya. Barangkali ingin memberitahu yang lain tentang berita Anis. Manakala Mak Teh masih lagi berdiri di hadapanku memberi kata-kata semangat kepada aku.

Aku pada mulanya tidak mengendahkan kata-kata Mak Teh, terus berjalan ke arah tempat duduk. Aku tak kuat. Aku kesat air mata aku. Mak Teh terus mengekori aku dan terus memberi kata-kata semangat.

Maka Teh mengatakan dia sendiri pun melahirkan anaknya secara operation.

Aku tak mempedulikan kata-kata Mak Teh. Sebaliknya mengesat-ngesat air mataku yang belum tahu bila mahu berhenti.
Maaf Mak Teh, Ejart tak kuat dengan berita ini.

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab lapan)

PERANG BELUM TAMAT

Di bilik bersalin 10, aku hanya mengusap-usap tangan Anis. Ada kami berdua sahaja. Cuma kadangkala misi atau Dr akan masuk check keadaan Anis dan juga bacaan mesin tadi.

Setelah air ketuban dipecahkan, Anis dimasukkan ubat peransang contraction. Iaitu sejenis ubat yang memaksa rahim Anis melakukan contraction agar baby mudah jumpa pintu keluar. Aktiviti ini boleh dikenali sebagai induce.

          "Abaaanggggh... sakiitttt". Anis mengadu.

Daripada raut wajahnya, aku lihat memang sakit sungguh. Sepanjang hubungan kami bertaut, aku tak pernah lihat wajah kesakitan yang amat sebegini.
Sungguh. Aku tak tipu.

          "Abaaangggg.  Toolloooongggg". Sekali lagi Anis mengadu sambil menggenggam erat tangan ku.

Aku hanya mampu mengusal-usap rambutnya. Aku masih ingat lagi pesan Anis sewaktu pregnant.

          "Abang nanti usap je rambut sayang. Mesti sayang relax. Sebab bila abang main-main kepala sayang, sedaapp".

Tapi pada malam itu, memang tak lut langsung. Urutan di kepala Anis amatlah tidak membantu. Langsung tidak berkesan. Sia-sia.
Tapi, aku tetap urutkan juga.

Dr memaklumkan setelah Anis di-induce-kan, Dr akan pantau bukaan pada jam 3.30 pagi. Dari jam 1.30 pagi sehingga 3.30 pagi,  Anis mengalami contraction, tapi tidaklah kerap. Dan masih boleh dikawal.

............................................

          "En husband, tolong kebelakang tirai sebentar". Salah seorang daripada 4 misi yang baru sahaja masuk terus memberi arahan seperti itu. Aku hanya menurutkan sahaja.

          "Two cm". Suara itu yang aku dengar disebalik tirai. Dari jam 9 lebih hingga sekarang, hanya 2 cm bukaan.

Fuhhh. Perjalanan masih jauh.

Atas arahan Dr, ubat induce digandakan bagi mempercepatkan contraction dan bukaan. Sejurus sahaja ubat induce digandakan, cerita mula berubah. Reaksi Anis berbeza. Tindak balas ubat indice yang digandakan benar-benar mengubah reaksi Anis. Secara tidak langsung membuat aku tidak keruan melihat Anis.

Contraction berlaku semakin kerap dan kerap. Bukan sahaja kerap, malah lebih menyakitkan.

Anis yang pada awalnya mampu baring lurus, kini mula ke kiri ke kanan. Anis mula tidak tentu hala. Anis meronta.

Allah.
Beginikah sakit nak bersalin??

Apa yang aku harus buat?
Apa yang harus aku lakukan?
Ada apa-apa petua yang boleh digunakan pada saat ini?
Kalau ada, adakah aku ingat?

Allahu Akbar.

          "Sayangg. Selawat sayang. Selawat". Aku memandang tepat ke arah anak matanya.

Anis tidak mampu mengeluarkan suara. Malah, bibirnya dikemam menahan kesakitan. Anak matanya yang dibuntangkan kelihatan mahu mengalirkan air mata. Kata-kata Anis dilafazkan menerusi anak matanya.

          "Doktoorrrr. Tolong sayaaaa doctorrrr. Saya saaaakiitttt".

          "Doktorrrrrr.. Boleh tak cepatkan? Saya tak larat ni".

          "Aaahhhh. Huh huh huh huh".

Itu antara suara suara Anis yang menghayat hati aku.
Terlintas beberapa persoalan dikepala aku.
Kenapa bukan suami yang bersalin?
Kenapa perlu Anis?
Kenapa, ya Allah?

          "Sayaaangg Tarik nafas dalam-dalam. Lepasss. Ingat. Teknik pernafasan untuk hilang sakit".

          "Sayangg. Lailahaillah anta Subhanakainni Kuntumminazzoliminnn".

          "Sayanggg. Okay okayy. Cuba ingat petua-petua yang sayang baca tu. Gunakan".

Ini pula antara kata-kata aku kepada Anis. Aku yakin amat yang Anis tak akan ingat segala petua-petua atau tips ketika contraction ini. Manalah Anis nak ingat, kan. Tengah sakit ya amat.

Selawat yang aku suruh baca pun, aku yang baca sorang.
Anis diam je sambil berpusing ke kiri ke kanan.
Aku rasa nak nasyid je semalam. Haha.

Tapi dalam kelakar, aku rasa tak sanggup nak ulang peristiwa ini.
Aku tak sanggup lihat Anis meronta sebegitu. Bayangkan dari jam 1.30 selepas induce dimasukkan sehingga jam 6 pagi, Anis hanya meronta, merayu, merintih meminta simpati.
Aku sebagai seorang suami hanya mampu melihat sahaja.
Teruknya aku.

Allahu Akbar.
Kasihaaannnnn.

Sejujurnya, aku tak suka menulis bahagian ini.

........................

          "Setelah 10 jam kami beri masa, hanya 6cm bukaan sahaja. Kami tak boleh beri masa lebih lama lagi. Sebab kami sudahpun beri masa sejak pagi tadi. Kami minta maaf. Bersalin secara normal tidak berjaya. Operation terpaksa dilakukan". Jelas Dr lelaki berbangsa Cina.

Friday, February 17, 2017

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab tujuh)

PRIVASI MENYINGKAP MEMORI

Di lobi Bilik Bersalin, aku memerhatikan paparan dikaca tv yang diletakkan dihadapan pintu masuk Bilik Bersalin. Aku memerhatikan sahaja paparan tersebut menunggu nama Anis dipaparkan.

9.37 malam.
Nama buah hatiku terpapar.

Anis Binti Rahmat | L/B 10 | Belum Bersalin | Wa 4B Kenanga

Itu dia. Namanya sudah dipaparkan. Bermakna, aku akan menemaninya sejam dari sekarang.

Detik demi detik.
Saat demi saat
Minit demi minit.
Ianya berlalu lambat.
Aku pula hanya sabar menunggu.

Aku tidak berseorangan dilobi tersebut. Kerana ada juga suami-suami lain turut berada di lobi. Mereka ada berborak sesama sendiri.

Aku tidak minat mendengar perbualan mereka. Sungguh.
Mereka ada mengeluarkan perkataan-perkataan yang aku tak mahu dan tak nak dengar.

          "Isteri aku operation ni"
          "Bayi masuk ICU"
          "Bayi kena tinggal dalam incuvator"

Aku hanya memekakkan telinga sahaja.
Aku doa agar aku tidak terlibat dengan situasi mereka.

10.30 malam, dengan menunjukkan salinan kad nikah, aku dibenarkan masuk ke dalam labor room 10.

Sekali lagi, Anis tersenyum melihat aku di muka pintu bilik bersalin 10. Suasana bilik bersalin 10 tersebut mnggambarkan satu perkaraan. Privasi.
Tidak berkongsi dengan ibu-ibu lain.
Peralatan serba lengkap.
Anis pula dibaringkan di katil yang selesa dan lembut. Di pergelangan tangan masih terdapat saluran air masuk. Begitu juga dengan perutnya terdapat dua wayar yang mengukur bacaan contraction dan juga degupan jantung baby.

Kan bagus kalau kini kita berada di resort atau chalet tepi pantai atau gunung.

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab enam)

WHEELCHAIR : PENGANGKUTAN PAHLAWANKU

Malam itu, sekitar jam 8.44 malam, aku menerima whatsapp daripada Anis.

          "Pukul 9 dia nak hantar syg ke labor room".

Aku terus menelefon Anis bagi memastikan. Anis memberitahu aku boleh menemaninya sejam selepas Anis dimasukkan ke dalam labor room atau mungkin kurang sejam.

Dalam kepala aku, aku fikir inilah masanya. Peperangan bakal bermula. Jadi aku persiapkan segala apa yang patut. Aku memberitahu semua kerabat-kerabat terdekat.

Aku sempat naik semula ke Wad 4B kerana ingin mengambil chager phone serta beg baby yang ditinggalkan Anis. Perjalanan aku ke Wad 4B ditemani seorang pengawal India wanita. Seperti aku penjenayah yang sedang berjalan ke muka pengadilan. Kiri kanan aku hanyalah wanita-wanita yang pelik melihat aku.

Aku masih ingat lagi, sewaktu aku melalui pintu masuk Wad 4B, dari jauh lagi aku lihat kelibat Anis memakai baju berwarna merah jambu serta tudung berwarna hitam sedang duduk di kerusi roda tersenyum memandang aku.

Itu dia, pahlawan wanita terulung aku.

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab lima)

LENA DIBUAI MUSIKAL JANTUNG

Jam 4.30 petang.
Pintu pagar stainless steel berhampiran lif dibuka oleh pengawal berbangsa India. Aku kira-kira hampir 98 peratus pengawal di Hospital Bersalin dimonopoli oleh berbangsa India.

Ramai pelawat yang pada mulanya berhimpun di lobi, mula memenuhi ruangan lif. Waktu melawat tiba. Sepertimana niat para pelawat yang lain, aku pun mempunyai niat yang sama. Nak lihat isteri aku, Anis. Anis seperti biasa. Kuat dan mampu tersenyum manis.

Lebih kurang setengah jam kami berborak, mengusap perut Anis, berbisik kepada Anaqi supaya keluarlah cepat, baba mama tak sabar ni. Datang seorang misi perempuan memberitahu, ubat antibiotik akan dimasukkan ke dalam tubuh Anis melalui pergelangan tangan.

Menurutnya, antibiotik ini akan menggantikan air ketuban yang kebocoran sejak awal pagi tadi. Segala pemasangan alatan dipergelangan tangan Anis, dipasang oleh misi lelaki berbadan bersisi tetapi rendah.

Aku tak sanggup lihat jarum yang sebesar mata kail ikan toman menusuk ke urat pergelangan tangan. Anis tidak memandang ke arah jarum sewaktu jarum dimasukkan. Tetapi, aku faham perasaannya diwaktu itu. Kalau aku pun, aku pun akan melakukan perkara yang sama.

Aku senyum sahaja apabila Anis memandang aku. Aku harap senyuman aku mampu melegakan hatinya. Walaupun senyuman aku tak lari daripada rupa kerang. Haha.

Lebih kurang jam 6, Anis dimasukkan satu ruangan lain berdekatan dengan katilnya. Ruangan itu sedikit sebanyak seperti klinik scan baby. Adanya satu katil dan sebuah mesin scan disebelahnya. Selebihnya rak-rak dan para-para tersusun dinding kiri dan kanan.

Anis dibaringkan. Pada perut Anis, diletakkan alatan berbentuk seperti dua piring bulat yang tebal yang berlainan warna yang dipegang oleh tali hitam yang berlubang-lubang.
Salah satunya betul-betul dipuncak perut Anis dan satu lagi dibahagian bawah perut Anis.

Duppdupppdupppduppdupppduppp.
Bunyi mesin yang berada disebelah Anis.

Aku difahamkan piring yang dipasang pada puncak perut Anis adalah alatan yang akan mengesan contraction yang berlaku pada perut Anis.
Manakala piring yang lagi satu akan mengesan degupan jantung baby dalam perut.

Duppdupppdupppduppdupppduppp.

Pada mesin itu pula terpapar dua petak nombor.
Sebelah kiri memaparkan nombor yang bertukar-tukar dalam julat 130 hingga 160. Paparan kedua pula memaparkan peratusan. Nombor peratusan tersebut menaik sehingga 99 dan menurun sehingga 1 dan berulang.

Duppdupppdupppduppdupppduppp.

Hampir 20 minit kami di situ. Anis pun sempat lelap ketika mesin tersebut membaca bacaan. Aku hanya duduk disebelahnya sambil mengusap-usap tapak tangannya.

Sabarlah wahai Sayang.

Dupdupdupdupdupdupdupdup

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab empat)

SENYUMAN MENAMBAT HATI BETA

Hampir jam 1 tengah hari, barulah Anis dimasukkan ke dalam wad. Wad 4B. Tingkat 4.

Dari lobi, aku bersama Ma, Ayah, Abah serta Mak menaiki sebuah pengangkutan ajaib bersegi empat iaitu lif ke tingkat 4. Hehe.
Wad B berada di sebelah kiri pintu lif. Kami berjalan masuk ke dalam wad tersebut.

Selain daripada memikirkan lokasi katil Anis, keadaan wad tersebut memberi tanda positif kepada aku.
Baru.
Selesa.
Pink dimana mana. Macam tadika pun ada.
Hehe.

Anis baru sahaja selesai daftar dan dibawa ke katilnya. Katil 15A. Iaitu ditepi laluan. Tapi masih selesa, pada aku. Walaupun tidak cukup privasi. Tiada langsir.

Anis seperti biasa. Tidak jemu dengan senyumannya.
Senyuman yang pernah dan masih memikat hatiku.

Duhai sayang. Kuatkan semangatmu seperti mana kau masih tersenyum manis.

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab tiga)

DUA PILIHAN SUKAR

Sekitar jam 11 pagi, Anis keluar dari ruang pemeriksaan.

Dari jauh, aku dah perasan ada pandangan pandangan sedih disekitar wajahnya. Hati aku berdebar-debar.
Tapi aku kawal seperti mana Anis kawal air muka kesedihannya.

          "Sayang okay?"

          "Sayang okay. Tapi.."

Aku dah agak mesti ada berita-berita suspen.

          "Tapi.. Dr. Nak bincang kejap...dengan abang".

Dalam masa yang sama juga, Mak datang ke arah kami.

Anis cuba brief awal kepada aku dengan Mak. Mak yang respon panjang. Aku cuma mengiyakan sahaja. Atas sebab belum jelas dengan brief Anis dan juga hormati pandangan mak mertua aku.

..........

Aku mengekori Anis masuk ke dalam satu bilik atau ruangan yang mempunyai banyak katil. Aku tak kira ada berapa katil. Sebab aku faham, itu bilik pemeriksaan bukaan bawah.

Kalau Anis yang sedang baring dan ada mamat tiba-tiba masuk, sudah tentu Anis tak selesa.

Jadi, aku cuma menundukkan kepala sambil mengikut Anis ke katilnya-katil hujung sekali.

Sampai je dikatil yang berada dihujung sekali, Anis terus dibaringkan dan aku diminta untuk duduk di kerusi sementara misi  memasangkan alatan pada perut Anis.

Aku fikir ini alat untuk melihat perkembangan baby dan mendengar degupan jantung baby.

Dupdupdupdudpdupdudup...
Mesin tersebut mengeluarkan bunyi dan bunyi  tersebut berterusan.

Aku masih ingat lagi sewaktu raya tahun lepas. Kami ke Hospital Columbia di Seremban 2. Kami melakukan pemeriksaan dan scan baby.

Iyelah. Sebelum berjimba berhuha huha dikampung, ada baiknya kami mengetahui situasi dan keadaan baby yang pada waktu igu berusia 8 minggu.

Apa yang menarik pemerhatian aku, bunyi dduppdupppduppdduuppdupppp kedengaran sewaktu scan. Dr memberitahu, itulah bunyi degupan jantung baby. Lajuuu. Seperti selepas berlari 100 meter berpagar.

Berbalik kepada situasi kami di Hospital Bersalin Seremban.

Seorang Dr Chinese datang ke katil Anis. Beliau memperkenalkan dirinya dan terus menanyakan status hubungan aku kepada Anis.
Setelah itu, beliau menjelaskan punca raut wajah Anis sedikit kerisauan sebentar tadi.

Dr menjelaskan baby dalam kandungan Anis sedikit besar. Lebih kurang 3.9kg. Alhamdulillah, baby sihat dan normal. Kemudian Dr menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan pembesaran baby.

Menurutnya, kebiasaannya apabila baby besar, kebarangkalian untuk bersalin normal adalah tipis. Oleh sebab itu, Dr memberi pilhan lain selain bersalin normal.

Iaitu, operation.

Aku pada waktu tu bergenang air mata melihat Anis. Aku usap kepala Anis. Sambil sambil itu, aku genggam tangannya.

Dr Chinese tersebut menyambung sesi penjelasan berkenaan kebaikan dan keburukan bersalin secara normal dan juga bersalin secara operation bagi kategori baby besar.

Setelah panjang lebar penjelasan daripada Dr. dan juga sedikit persoalan daripada kami, kami memutuskan memilih bersalin secara normal.

In Shaa Allah. Moga yang terbaik hadir.

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab dua)

BAWA KU PERGI

Dalam situasi sebegini, aku rasa seperi tiada apa-apa yang berlaku.
Tidak seperti mana drama-drama di kaca tv. Bila mana, si heroin mengadu sakit, si hero terus membawa ke hospital mengunakan kereta yang dipandu laju. Mesti ada scene dimana si heroin meminta si hero agak cepat sampai ke hospital.

         "Cepat bang. Sakit bang. Bangggg". Sambil memaparkan wajah yang menahan sakit.

Kalau nak dibandingkan dengan situasi kami, sejujurnya selepas mandi jam 4.56 pagi tadi, aku hamya menyambung tidur. Anis pula hanya tidur-tidur ayam.

Aku hanya terjaga kali kedua jam 6 pagi. Terus solat Subuh.
Pagi ku pada waktu berlalu seperti biasa. Ternyata apa yang dipaparkan dikaca tv tidak menggambarkan situasi sebenar.
Wayang je lebih.

        "Sayang okay? Ada rasa sakit lagi tak?" Soal aku.

        "Okay abang. Cuma ada leaking sikit je" Jawab Anis.

Aku terus berjalan ke kereta mengambil beg-beg yang nak dibawa le hospital. Aku ingin menyemak kembali barangan yang perlu dibawa.

Sebenarnya, aku nak tau apa yang ada. Napkin ke, topi ke, sarung tangan ke. Jadi, inilah masanya untuk aku mengambil tahu barangan yang ada. Haha. Ia memudahkan aku apabila berurusan dengan Dr nanti.

Di ruang tamu, aku membuka beg dihadapan Anis. Kami sama-sama semak barangan yang ada.

          "Kita ni macam bukan nak ke hospital pula.". Kata Anis.

Aku memandang Anis sambil mengangkat kening.

          "Kita ni packing barang macam nak pergi bercuti je bang".

Aku senyum sahaja.

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab satu)

TANDA DI HENING PAGI

          "Abang... Abangg... Abanggg".

Suara itu menjengah ruangan mimpi aku. Mula-mula sayup. Makin lama makin kuat hingga memaksa aku terjaga dari tidur.
Oh. Anis yang menyahut aku.

Walaupun dalam keadaan mamai atau separa sedar, aku sedar yang mana bangkitnya aku dari tidur ini adalah terlalu awal dari biasa.

Peliknya, Anis hanya baring menegak ketika memanggil aku. Walhal, Anis baring disebelahku. Bukannya memanggil aku sambil menggoyangkan badanku seperti biasa.

Ketika itu, fikiranku tertanya tanya.

          "Inikah masanya?".
Gulp.

          "Bang. Buka lampu bang. Buka lampu".

Dalam kepala aku terus memikirkan tentang kandungan Anis. Dengan rasa risau campur khuatir, aku terus membuka lampu. Bilik yang samar pada awalnya menjadi cerah dalam beberapa saat.

Aku sempat on kan iphone Anis yang berada di dalam troli Ikea yang kami beli 2 minggu lepas. Baru jam 4.45 pagi. Patutlah aku rasa Anis kejut aku terlalu awal nak ke kerja.

Aku lihat Anis masih berbaring kaku. Seperti tiada pergerakan sejak Anis mengejutkan aku. Matanya hanya memandang ke kakinya.

          "Bang. Cuba tengok. Sayang rasa basah". Pinta Anis.

Dalam seram-seram sejuk, dalam kerisauan, dalam tertanya tanya, aku periksa. Seperti mana doktor-doktor di wad bersalin, seperti itu aku bergaya seperti Dr Aizat.

Ya.
Ada darah dan sedikit kelembapan.
Aku menarik nafas dalam. Apa perlu aku buat ketika ini.

          "Panggil mak, bang". Sekali lagi Anis bersuara.

Ya. Panggil mak. Aku terus keluar bilik mencari mak. Mujur mak berada di dapur. Kalau mak masih berada dalam biliknya, sedikit kekok aku nak mengetuk biliknya.

Mak masuk ke bilik kami. Kali ini, Dr Mariah pula mengambil alih tempat Dr Aizat yang tak beberapa nak pakar dalam menguruskan hal ehwal pakar sakit puan.

          "Pergi mandi. Siap cepat. Ke hospital." Itulah arahan yang dikeluarkan oleh Dr Mariah. Ringkas dan mendebarkan.

Jantung aku yang pada awalnya masih lena dibuai mimpi terus tersentak bangun dan mula berdegup laju.

Aku capai tuala dan memimpin Anis ke bilik air.
Pelan-pelan aku memimpinnya. Risau kalau-kalau Anis jatuh secara tiba-tiba.

Semasa di dalam bilik air, beberapa perkara bermain-main dalam fikiran aku.

Ayah Ejart. Baba Ejart. Papa Ejart.
Fuhh.

Selesai aktiviti membersihkan diri, sekali lagi aku memimpinnya ke bilik kami. Dalam fikiran aku, aku masih tak percaya lagi. Cepatnya masa berlalu. Andai mengikut perkiraan aku, paling lewat, esok aku akan bergelar bapak budak.

Bapak budak.

Aku memerhatikan Anis memakai baju. Biasanya pun, aku tidak membantu dalam pemilihan baju yang dipakai Anis. Jadi, aku ambil keputusan untuk tidak mengganggunya.

          "Sayang. Abang ambil beg baju dalam kereta, ya."

          "Kenapa?"
         
          "Abang nak cek samada cukup atau tidak barangan yang nak dibawa ke hospital."

Padahal, aku memang lupa apa yang ada dalam beg baju ke hospital tu. Buatnya Dr minta baju baby, aku kasi benda lain pula.

Ini dah lah firsttime aku nak jadi bapak budak.
Bukan perkara main-main.
Bukan macam main Barbie Doll tu. Tukarkan baju, suapkan makan.
Ini betul-betul. Bukan cobaan.

          "Abang boleh kan tak payah solat Jumaat?".

Ha'a. Baru aku tersedar. Hari ini hari Jumaat.

          "Hmmmm tak pastilah. Kira macam ponteng la kot".

          "Abang kalau nak pergi solat Jumaat, pergi pukul 1 tau. Yela buatnya sayang nak bersalin nanti, macam mana?"

Aku menganggukkan kepala tanda setuju.

Tuesday, January 17, 2017

PESANAN SEMASA PANTANG

Dua tiga hari ni aku dihujani dengan perkataan pantang (berpantang).

Buka fb ada yg share.
Usha group whatsapp anis yg group Alhamdulillah, Mommy To Be tu pun, penuh cerita pasal pantang.
Petua berpantang la, permakanan semasa berpantang la, slim selepas berpantang la, cara shortcut berpantang pun ada.
Banyak.

Haa minggu lepas, berbual dengan mak mertua pun dia sebut berkenaan pantang.

           "Ingat pesan mak pasal berpantang ni, ye Jart. Anis kena pantang 100 hari. Faham?" sekali lagi mak mertua aku pesan.

           "Tapi mak, Ejart risau Anis ni pantang nampak Ejart. Pantang nampak je, dia dah kenyit mata". Aku jawab ringkas.

Terkebil-kebil mak mertua aku.

Haha.
Pantang mundur kecuali operasi.