Saturday, December 31, 2016

YEAR END SALE



Year End Sale tahun lepas, ramai seller buat diskaun gila-gila.

Tudung la.
Kasut la.
Gadget la.
Minyak urut la. Eh.

Tapi, takde ke yang buat Year End Sale rumah.

Jualan penghabisan stok rumah, misalnya.

Tuesday, December 20, 2016

BARANG RARE BABA MUDA



Sebagai ahli 3S (suami suami sedunia), aku berpandangan suami boleh--bukan setakat boleh, tapi cool(haha) bila pegang handbag isteri dalam beberapa situasi.

1. Semasa isteri pergi ke toilet
2. Semasa isteri try baju dalam fitting room
3. Semasa isteri sedang solat diRnR/mall (selepas dia jagakan kasut suami)
4. Semasa isteri mengandung
5. Dan apabila dalam handbag isteri ada banyak duit suami. Risau isteri buat rete(harta), pergi shopping tak ingat dunia. 


Haha.

p/s: Selain daripada handbag bini, ada benda lain yg agak rare aku pegang sepanjang dalam mall. Pampers baby.

Monday, December 5, 2016

TIPS LAKI BINI


Kalau kau tengah baring dalam bilik, tiba-tiba isteri kau masuk bilik, mengemas--walhal bukan masa utk mengemas, kau jangan lah tegur.

Dia tiba-tiba nak tukar cadar ke.
Dia tiba-tiba nak vacum bilik ke.
Dia tiba-tiba nak kemas meja almari ke.

Kau rilek je. Buat tak tau je
Kau jgn tegur kau jangan tanya.

Sebab perkara yg tiba-tiba ni, selalunya mengundang.
Tapi kalau isteri kau dah mula cat bilik, lebih baik kau tegur.
Risau-risau tu bukan isteri kau.

Haha.