Sunday, August 30, 2015

BUDAK MUDA

COUPLE LAMA VS COUPLE MUDA

Setelah setengah hari pusing KL, aku amik keputusan rehat makan. Anis pilih port meja hujung sekali. Sebelah meja kami, ada couple muda sedang berbual. Entah apa yg dibualkan- entah. 
Sesekali terdengar nama Remy Ishak.

What?

Kalau nak ikutkan gaya, aku yakin dorang ni sekolah menengah lagi. 
Punyalah manja dorang ni. Ajet-ajet sweet la kot.
 Bak kata perpatah melayu kini, budak-budak baru na up.
 
Makin lama, makin geram aku rasa.
Tak boleh jadi ni.

Aku terus pandang mata Anis.
Aku senyum-senyum.

"Wahai isteri ku, suamimu mahukan sebuah kiss pipi yang manja".

Anis terus capai seketul ayam.
Patah 16 kerat ayam tu digigit Anis.
Grrr grr.

Wednesday, August 26, 2015

BANGSAT

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA


Semua murid dipaksa berkumpul di padang perhimpunan sekolah. Ini semua gara-gara salah seorang murid telah menulis perkataan carut iaitu "bangsat" semasa menjawab karangan bertulis Bahasa Melayu 2. 

Guru Besar Ajib sangat marah dan mendenda semua murid di tapak perhimpunan.

Habis sahaja sesi denda, setiap kelas diedarkan Buletin Sekolah Bulan Ogos. Terpampanglah tajuk utama, 'Murid Melayu Akan Bangsat Jika Tak Sertai Kelab Keris Hijau Bulan Kuning' tulisan Guru Besar Ajib.

"Bugima punya Ale Uto!!!"
Jerit murid-murid yg didenda sebentar tadi secara berjemaah.

Tuesday, August 25, 2015

SUATU MALAM DI MALAM FESKO

THE STRANGER

Awkward gilerrr bila kau tengah duduk sesorang. 
Pastu ada seorang mamat ni datang ke arah kau, tegur kau, salam kau, tanya kau buat apa sini, kerja ke then blaa blaa blaa.

Cara dia macam kenal kau lama, macam member lama. Tapi kau sikit pun tak cam dia.

Itu jam dalam fikiran aku,

"Dia na pukau aku ni. Jangan terpukau jart. Jangan tenung anak mata dia"

BERSUKAN BERSAMA GURU BESAR

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Hari ini Cikgu Sukan Khairi Jr bercuti. Oleh itu, subjek PJK pagi ini diambil alih oleh Guru Besar Ajib.

"Baiklah murid-murid. Pagi ini saya sarankan kita main bola sepak." 
Guru Besar Ajib memberi arahan.

"Boleh. Tapi kami ta reti jadi keeper. Apa kata Guru Besar yg jadi keeper."
Cadang ketua kelas.

Mendengar je ketua kelas memberi cadangan itu, murid-murid kelas mengikat tali kasut dengan pantas. Semuanya ingin menjadi striker.

Lebih menghairankan, murid-murid kelas lain juga ingin menurut serta aktiviti PJK pagi ini.

"Siap kau Guru Besar Ajib. Akan ku tonjol bola ini tepat ke muka kau. Hahaha"
Bisik salah seorang murid kelas.

Saturday, August 22, 2015

DANA PENDIDIKAN ISLAM

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Suatu pagi, Cikgu Amat Zahid berucap di tapak perhimpunan.

Cikgu Amat Zahid: Oleh sebab murid-murid sekolah ini mencapai keputusan yg tinggi dalam Pendidikan Agama Islam dan sahsiah akhlak kita dipuji diperingkat antarabangsa, kita mendapat dana yg begitu besar. Tahniah saya ucapkan.

Sedang Cikgu Amat Zahid berucap, terdengar satu jeritan dari kalangan pelajar.

Murid A: Tapi kenapa Dana besar tu masuk ke akaun pribadi Guru Besar, bukan akaun sekolah?

Juga kelihatan Cikgu Ros membetulkan rambut sarang tebuannya manakala pasangan murid sekolah yang hangat bercinta sedang berhuhuhu di belakang pentas.

Friday, August 21, 2015

QUEEN CONTROL

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Hari ini Guru Besar Ajib membaca satu artikel berkenaan 'Quenn Control'. 
Macam biasalah, hal sebegini dikongsi bersama Guru Penolong Kanan, Cikgu Amat Zahid.

Cikgu Amat Zahid: Eh, dengar khabarnya Guru Besar seorang yang takut bini.

Guru Besar Ajib: Eh. Bukan saya yg takut bini. Cuma, bini yang tak takut saya. Sob sob.

Cikgu Ros lalu dibelakang ketawa kecil sambil berdehem 3 kali.

Wednesday, August 19, 2015

BUKAN DERMA, TAPI...

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Suasana di bilik meeting PIBG tiba-tiba riuh. Mana tidaknya, semua ahli terkejut dengan berita kemasukkan dana ke dalam akuan yg begitu besar nilainya.

Ahli persatuan: Guru Besar Ajib merangkap Tuan Pengerusi. Macam mana dana begitu besar ini masuk ke dalam akaun Tuan Pengerusi? Adakah ianya derma?

Guru Besar Ajib: Itu bukannya derma. Itu adalah kutipan duit kutu saya bulan ini.

Tuesday, August 18, 2015

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Memandangkan Cikgu Ros sibuk dengan urusan hal ehwal sekolah macam sekolah ni bapak dia punya, Guru Besar Ajib pula menggantikan Cikgu Ros di kelasnya.

Guru Besar Ajib: Baiklah murid-murid. Hari ini saya ingin bermain teka-teki. Murid soal, saya akan jawab.

Murid-murid: Ok. Apa berbezaan Negara Berpendapatan Tinggi dengan Negara Perbelanjaan Tinggi?

Guru Besar Ajib terus capai phone di poket beliau lalu meletakkan di telinganya.
Kononnya ada panggilan masuk.

Huh.

Tuesday, August 11, 2015

4.00

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Hari ini Guru Besar Ajib berucap di perhimpunan pagi. Semua murid-murid memberikan penuh perhatian.

Guru Besar Ajib: Di alam Ipta kelak, awak semua harus mendapatkan keputusan 4.00. Faham semua? Ini selari dengan kenaikan ringgit kita 1USD bersamaan RM4.00.

Cikgu Ros yang duduk dibelakang Guru Besar Ajib hanya sengih kerang sambil membetulkan kedudukan cincinnya.

Friday, August 7, 2015

ROADTRIP KEGEMARAN


Seremban-Melaka-JB; roadtrip yang biasa aku harungi hampir setiap hujung minggu.
Barangkali ianya hanyalah road biasa yang dilalui oleh sesetengah driver ataupun rider dengan tujuan masing-masing.

Apa pun, pada aku, road ini menjadi antara roadtrip yang paling aku gemari.
Kau akan lihat ianya berbeza setiap masa.
Lebih-lebih lagi di daerah Pagoh dan seangkatan dengannya.

Kau akan layan kabus di waktu awal pagi sambil menikmati mentari mula menunjukkan dirinya.
Pada waktu petang kau akan menikmati angin petang sambil tangan kau menari diluar tingkap.
Dikala malam pula, aku akan berasa kecil lebih-lebih lagi jika aku menaiki Mini Merah. Mengapa? Sebabnya pada malam hari lah, raksasa jalanan seperti lori-lori balak, lori container akan memenuhi kiri dan kanan. kau.

Kau bayangkan diameter tayar jentera berat seperti itu sama tinggi dengan tingkap kereta Mini.
Uisshh..
Sebagai tambahan, untung-untung kau akan jumpa jentera-jentera lama sebagai contoh Mercedes, yang turut sama melalui jalan yang sama.

Lagi seronok bila ada jentera lain yang senyum melihat Mini Merah aku menghiasi jalan yang sama.
Mereka senyum, mereka menunjukkan tanda bagus dan ada juga yang mengambil gambar.

Selama 3 tahun, aku berulang alik Seremban ke JB.
Kadangkala aku menyinggah di Melaka. Sama ada aku terjah rumah makcik aku ataupun aku berhenti berehat di sekitar hentian.

Oh ya. Sebut sahaja pasal roadtrip, aku rindukan satu roadtrip yang agak rare pada aku.
Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau.

Ya.
Aku rindu.

Thursday, August 6, 2015