Thursday, November 10, 2016

RANCANG HAMIL : APA ITU OPK ?

Assalamualaikum wbt.

Kali ni anis nak cerita pasal OPK. 
Apa itu OPK ? Opk tu adalah Ovualation Predictor Kit

Senang cerita , OPK tu membantu kita yang perempuan ni detect hari subur. 

KENAPA kena tau pasal hari subur ?
Untuk yang period teratur tu , mudah lah untuk korang detect hari subur. 

Contoh : cycle 28 hari. Tolak kan dengan 14 hari. Maksudnya hari subur korang lebih kurang pada hari ke-14 (jawapan). Itu untuk orang yang takde masalah atau lebih senang bernasib baik :)

Macamana pulak dengan orang yang period tidak teratur ? Kejap 34 hari , kejap 40 hari , kejap 29 hari , kejap 36 hari. Sangat sangat sukar untuk diorg kira hari subur.

Seperti yang korang tau , sperm hidup dalam jangka masa 3-5hari. Manakala ovum hanya hidup lingkungan 24jam sahaja. Bila sperm berjaya jumpa ovum , di disitu lah letaknya kemungkinan untuk seseorang itu hamil.

Sekarang ni kita cuba nak rancang titik pertemuan S & O. 
(sesungguhnya titik pertemuan sesuatu itu adalah atas izin Allah. Kita hanya mencuba dan berusaha)

MACAMANA rupa OPK tu?

Rupa dia macamni. Sama macam pregnancy test. Bezanya adalah OPK strip dia detect hormon LH manakala Pregnancy Test atau dipanggil UPT akan detect hormon HCG.

HARGA berapa ?
Serendah 80sen sahaja diknon oi. Banyak dah jual. Korang search je dkt facebook or instagram. Kalau tk tau jugak , meyh whatsapp anis 017-6790461.

MACAMANA nak pakai ?

Cara dia :
Celup dalam urin. Please make sure korang dah puasa air dalam 2-3 jam. Sebab takut bila korang baru lepas minum air , hormon LH tu tak dapat detect.

Celup dalam 5 saat. Lepas tu ratakan.

Tengok line yang naik.

PEMBERITAHUAN : Memang akan naik DOUBLE LINE ! Tapi tak bermaksud anda subur. 
Nak tau subur ke tak , kena tengok kepeketan TEST LINE.


Line yang akan sentiasa naik adalah dipanggil CONTROL LINE.
Line kedua dipanggil TEST LINE.

TEST LINE  ni yang akan memberi petunjuk adakah sedang subur atau tidak.


Positive atau Negative ?

Positive : apabila kedua dua line adalah SAMA TERANG atau TEST LINE lebih terang dari CONTROL LINE.

Negative : apabile kedua dua line TIDAK SAMA TERANG atau CONTROL LINE lebih terang dari TEST LINE.

P/S : cuba kaji gambar di atas :)

Okay , faham ?
GOOD.

Apa nak buat bila dah jumpa POSITIVE atau hari subur?

Bila jumpa positive , maksudnya ovum akan keluar dalam masa 24-72 jam.
 (Hanya Allah yang mengetahui waktu yang tepat ) 

Sila bersedia untuk melepaskan sperm ke dalam. Maksudnya , bila positive je , anda boleh bersama suami dalam masa 3 hari berturut-turut. Terpulang. Gunakan lah ilmu dan teknik yang ada. Google ilmu ni atau tanya dengan bidan bidan atau org yg berpengalaman.

Bila nak start celup ?

Setiap orang berbeza waktu untuk mulakan celupan OPK ni.Bergantung kepada cycle period yang sebelum sebelum ni.

Contoh :
Cycle 28 hari : Celup pada hari ke-11 (28-17)
Cycle 30 hari : Celup pada hari ke-13 (30-17)
Cycle 36 hari : Celup pada hari ke-19 (36-17)


Bila nak berhenti celup ?

Korang boleh berhenti celup OPK bila dah jumpa negative semula.

Dan start kira DPO (day past ovulation) / hari selepas ovulasi / hari selepas subur dengan kiraan DPO 1 , DPO 2 , DPO 3 , DPO 4 ,............ DPO 14.

Kebiasaannya , selepas DPO 14 , jika period belum menjengahkan diri . korang boleh try test celup UPT (pregnancy test).

Selagi belum period , selagi tu ada harapan untuk hamil.

Harap-harap korang faham serba sedikit ilmu ni. Kalau tak faham lagi , boleh lah tanya tanya lagi.

Akhir kata , GOOD LUCK DAN SEMOGA BERMANFAAT ;D






0 comments: