Thursday, March 31, 2016

Tokang Sampai


"Okay , siapkan homework jumpa next class"

 --- sesi pembelajaran tamat------ 

 Hari dah agak panas , tiba masa utk pulang. Anis menyusun buku di bawah meja dan masukkan sebahagian yang diperlukan ke dalam beg. Tanpa fikir apa , lantas Anis mulakan langkah utk pulang. Terbayang kereta maksu yang akan datang menjemput nanti. "Hm , apalah yang nak dimakan kat rumah maksu karang ," fikir anis. 

 Sedang elok melangkah , seorang budak perempuan berborak dengan Anis "ehhh kau outsider ea?" "Ha.ah" -anis menjawab penuh semangat. Terbayang rumah maksu dan katil ikin yang akan dinikmati.

 "Kau ada nampaklah ejart mechy 2?" 
"Ada kot, ntah la aku tak cam sgt tp boleh lah. Kenapa?" 
"Kau tengok tengok kan lah kat luar kot kotada awek ke"

 Dengan niat dan semangat menolong , sambil menunggu maksu , Anis perhatikan si ejart mechy 2. "hmmmmm takde awek pun dia ni" ehhh ehh. Avanza maksu lah. Okay lah , makin dekat masa utk pulang. 

Keesokan hari.
 "weyh semalam aku tengok dah ejart tu. Dia takde awek pun kt luar tu" "Yeke? Okaylah ,terima kasih" bla bla bla apa yang diborak pun ntah la. Aku lupa. AKu cuma ingat point pasal budak mechy 2 tu je.

 Alhamdulillah aku telah jadi spy dgn jayanya. so , next case pls ?

Monday, March 28, 2016

Hinggapan Yang Tidak Diundang


Tatkala pasukan rumah sukan aku yang dikenali sebagai Rumah Merah tewas di pusingan kedua acara tarik tarik, aku pun bergegas mencapai vespa merah aku.
Aku parking di depan khemah rumah sukan aku sebagai simbolik bertemakan klasik moden. Sememmangnya ianya hasil daripada idea dan olahan aku yang pastinya akan menjadi khemah tercantik pada hari itu. Kah Kah Kah.
Tanpa berfikir panjang, aku menunggang skuter besi terus memulas-mulas trotle di sekeliling kawasan acara tarik tali itu.
Member aku yang membonceng menumpang keasyikan sambil mengibar-ngibar bendera rumah merah kesayangannya.
Kuat sorakan dan tepukan yang aku terima saat itu.
Perrghh memang aku terasa bagaikan raja baru yang menggantikan raja yang dipecat serta-merta.
Sedang asyik mengenyit mata ke arah makwe sekolah yg memandang skuter besi gua ni, aku terdengar satu suara yang pastinya bukan sorakan kuat terus menusuk dalam ke gegendang telingaku.
Aku terus mencari empunya suara itu.
Oh Cilakak.
Ianya datang dari kotak suara guru disiplin yg pastinya menjadi igauan perokok-perokok beginner yang pernah kantoi dengannya. Cikgu Afendi namanya.
Saat anak mata aku menjengah kearahnya melihat kedudukannya, saat yang sama juga dia berlari ke arah aku dengan penuh kerakusan yang membuak-buak.
Member aku yang pada awalnya membonceng aku, awal-awal lagi sudah lompat melarikan diri.
Ya, aku tau maut bakal tiba,tapi sebelum ia tiba, cepat-cepat aku masuk gear satu.
Diri ku ibarat Pak Malang, belum sempat vespa aku bergerak walau sejengkal bayi, satu pukulan padu ala-ala Bruce Lee hinggap tetap ke arah kepala belah kanan aku.
Aku gelarkan ianya "Hinggapan yang tidak diundang".
“Kau tolak moto kau ni keluar dari padang ni sekarang!!”
Suasana yang kecoh dari awal tadi berubah sunyi sepi ibarat dunia sabar menunggu saat bola boling mengenai pin-pin putih yang tersusun rapi.
Sayu.
Sambungan Hinggapan Yang Tidak Diundang








Seposen modal



Rabu.
Ya aku konfom ianya berlaku pada hari rabu. Hari Kokurikulum.
Saat member-member setingkatan yang jenis menggunakan motosikal sebagai alat menunggang ajaib pergi dan balik sekolah, tinggallah aku beruniformkan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia di pondok guard menunggu ma aku datang jemput.
Ya. Ya. Ya. aku memang anak ma aku. Anak sapa lagi? kannnn.
Seperti hari-hari lain, aku menunggu ma aku bersama member lain yang boleh dikategorikan budak buku. Atau jenis rebus buku dan telan.
Petang itu, aku dihiburkan lagu-lagu lama daripada radio milik pak guard.
Sedang melayan lagu yang berkumandang sedap, anak mata aku yang gatal ni juga sedap terpandang seorang awek yang memakai T-Shirt Kadet Remaja Sekolah.
Aku terus memandang atas dan bawah. Sekali lagi atas dan bawah.
Aku tak salah, awek ini lah yang aku selalu berbalas-balas jerlingan mata dan sengihan dari jauh mahupun dekat tapi tidaklah begitu rapat.
Tapi realitinya, aku mempunyai satu symptom dimana aku memang susah untuk berbicara dengan seseorang yang aku tidak kenali.
Lebih-lebih lagi, awek-awek yang mampu membuatkan hati aku sejuk.
Aku tau, aku ta kenal dia, dan aku lagi faham yang dia juga tidak kenal aku. Hahaha.
Sedang asyik melayan imiginasi yang aku ukir diawangan, aku sedar member-member yang lain sudah tiada.
Hanya tinggal aku, si dia dan pak guard yang sibuk menukar siaran radio pilihannya.
Aku mula panik kerana jam menunjukkan waktu untuk aku beraksi di padang.
Tapi Honda Civic lowered milik ma aku masih belum muncul–muncul lagi.
Aku menyeluk ke dalam kocek dan meraba-raba ke dalam poket aku.
Manalah tau masih ada baki syiling-syiling yang aku boleh gunakan untuk telefon ma aku.
Seperti drama-drama jam petang, tiada sesen pun dalam poket seluar aku.
Tercetusnya idea aku untuk pau awek ni seperti mana aku pau duit junior aku.
Tapi perasaan aku lain, memberontak tapi ditahan. Suara aku ingin berbicara tapi tidak terkeluar dari kotak suara.
Pelik, aneh dan musykil.
Ilmu yang diturunkan senior aku tentang cara-cara pau duit junior tidak dapat aku gunakan pada awek ni.
Aku terduduk cangkung bersandarkan dinding.
Dia datang berdiri sebelah aku.
Aku mula berpeluh.
Lama aku tahan.
Sempat juga pak guard menghabiskan sebatang rokok John nya.
Semuanya tidak kena.
Mana tidaknya, aku tidak pernah berbual dengannya. Apatah lagi bersembang gebang.
Makin lama aku tahan, makin merah raut wajah aku.
Akhirnya aku pasrah dan akur. Seperti kentut juga, tahan lama mana pun, akan terlepas juga.
“Wei, pinjam seposen. Aku na telefon mak aku.”










First time jumpa makwe........member



Malam ini Anis akan terbang ke Kemboja.
Anis merupakan orang kuat bagi program di Kemboja. Kira power juga Anis ni.
Aku setakat handle Majlis Makan Malam Kelab Persatuan je kot.
Itu pun aku tak buat all out.

Flight awal pagi.
Sebagai pakwe yang kacak sehati sejiwa, aku pergi ke airport.
Sekurang-kurangnya aku na bagi support kepada Anis.
Paling kurang pun, lambai tangan.

Aku minta Danial drive ke airport. Aiman pun ikut sekali.
Memandangkan gerak malam, so boleh temankan Danial drive kalau aku terlelap.
Sementara menunggu Danial bersiap, aku duduk di atas katil sambil main phone.
Danial daripada berkemban, sudah mengenakan jeans.

Aku perati je Danial ni.

Danial buka pintu loker besi dan mengeluarkan dua helai baju baru yang digantungkan pada penyangkut baju.
Diangkat tinggi baju tu. Dipandang satu persatu baju tersebut.
Mula-mula pandang baju di tangan kiri.
Digeleng kepalanya.
Danial terus pandang baju ditangan kanannya.
Dibelek baju tersebut.
Dia senyum tanda puas.

Aku mula geram.
Aku geleng kepala.
Makin dibelek baju tu, makin geram aku dibuatnya.

“Cilakak Danial. Ni na jumpa makwe lu ke makwe aku?”

Aku terus bangun dari katil.
Cepat-cepat aku tukar baju baru aku.
Aku spray perfume satu badan.






Friday, March 25, 2016

Thursday, March 17, 2016

SELAMAT HARI LAHIR, ADIK

PUISI UNTUK ADIK

No automatic alt text available.

Adik, cepat betul awak membesar.
Rasa baru semalam kita main baling selipar.
Sedar sedar umur awak masuk 22.
Cepat betul awak berevolusi dari remaja ke dewasa.

Adik, maaf, kadangkala abang tiada masa bersama.
Yela. Abang kat JB, awak kat Kuantan sana.
Sebulan pun kadang jumpa kadang tak jumpa.
Nasib baik abang ingat lagi adik punya muka. (haha).

Adik. Abang nak pesan satu dua benda.
Solat, ingat ma ayah, fokus belajar, kejar cita-cita.
Tau awak femes kat sana, tapi jangan layan buaya.
Kalau ada, tunggu sana, abang datang dengan cota. (wachaa).

Adik. Cepat lah wish nak hadiah apa.
Sebut je apa, abang hantar sekelip mata.
Tapi jangan lah sampai minta Ford Fiesta.
Abang sekeh kepala awak kat ketiak ni, baru padan muka.

Adik. Ok lah. Macam makin panjang pula.
Sebelum tutup seloka, nak ucap sepatah 2 kata.
Okay, dengar baik baik wahai rakyat jelata.
Ehem. Selamat Ulang Tahun wahai Adik manja.

Wednesday, March 16, 2016

Kejutan Budaya

Tahun 2010 gua berdaftar sebagai pelajar baru di UTM. Universiti Terbaik Malaysia. Eh Eh. Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Gua ditempatkan di Kolej Kediaman Semarak dan disatukan bersama Abe Paan dari Kelantan dan juga MilRahim dari Perak. Gua pula dari Negeri Adat Pepatih, Negeri Sembilan.

3 bulan duduk dengan dorang gua kurang bercakap dengan member Kelantan ni. Bukan apa. Langsung gua ta faham apa yang member Kelantan ni borakkan. Gua hanya perati je. Orang Kelantan ni memang pekat dalam berkomunikasi. Memang tak boleh na tukar loghat tu.

------------------------------ O----------------------------

 Setelah sebulan berdaftar di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, gua masih lagi berjumpa dengan Abe Paan dan Mil Rahim. Seperti anak-anak muda lakukan malam-malam, kami berbual di Restoran Agus. Gua melayan mesej makwe gua sementara Abe Paan kusyuk mendengar MilRahim bercerita.

Sampai satu plot cerita MilRahim mula tidak dapat difahami, Abe Paan mula menegur.

“Kau cakap ape Sey ??”

Itu jam gua rasa, kemungkinan besar Abe Paan seorang anak Kelantan celup Singapore.

BUDAK SETIAWANGSA

KISAH EJART TAHUN AKHIR


Pagi Jumaat lepas, aku, Danial, Umar dan Hafiz menghala ke Hutan Bandar, Johor Bahru untuk menikmati sarapan pagi.
Port Hutan Bandar ni menjadi kegemaran aku selain mamak. Selain daripada suasana yang tenang dikelilingi pepohon hijau, Hutan Bandar juga berjaya menghidangkan aneka makanan kampung kegemaran aku.
Lontong dan roti jala misalnya.

Sampai di sana, aku lihat ramai manusia berlegar-legar. Daripada generasi muda ke tua. Daripada bos besar hinggalah kerani. Yang kerja kerajaan mahupun swasta.
Aku sedar tentang itu. Aku terus pesan kepada Umar dan Hafiz, cari tempat duduk dulu sementara aku dan Danial pesan makanan. Self service.

Umar sudah dapat tempat duduk. Umar siap bagi sign thumb up pada aku yang sedang beratur di kedai no 8. Kedai Aneka Selera.

Kini giliran aku dan Danial menjalankan tugas.

Walaupun self service, kita hanya memesan di sini sahaja.
Kemudian, mereka akan menghantar ke meja kita.
Danial yang berada di hadapan aku terus memesan order.

           "Kak, mee rebus satu kak" Danial memesan sambil mengusap perutnya.
Kelaparan mungkin.

Akak tersebut mengangguk kepala sambil mencatat sesuatu pada nota kecilnya.
Pesanan makanan barangkali.
Aku memerhatikan akak ni menjalankan tugasnya.

           "Mee rebus, satu ea. Duk mana?". Tanya akak tersebut.

Danial dengan pantas jawab.

           "Setiawangsa, KL".

Erk.

Aku pun terus beralih kedai sebelah tanpa menghiraukan suasana awkward tadi.
Kau jagann pelik kalau akak ni pos mee rebus ke rumah kau, Danial. Ish.

Monday, March 14, 2016

Bermulalah kerjaya Anis



Ya. Aku yg hantar Anis pergi interview.
Interview kerajaan.
Interview swasta.
Interview company.
Interview firm.
Alhamdulillah. Semuanya lulus. Gaji starting pun lebat. Kalau kumpul 4 bulan, boleh beli Choki Choki kat Europe pastu fly balik.
.
.
Tapi mmg aku tak hairan sgt. Sebab bidang accounting dah ibarat Roti dan Planta Anis. Jajan Anis. Kudapan Anis.
Kunyah kunyah kunyah, nyum nyum nyum. Macam tu la gayanya.
.
.
Tibalah hari yg dinantikan yg mana Anis akan mulakan kerjayanya sebagai Auditor.
Anis kelihatan sungguh manis berbaju kurung. Aku jatuh cinta lagi..
Ok ok sambung cerita.
.
.
Pagi tu aku teman Anis. Segala pesanan dan tauladan aku pesan pada Anis. Aku selitkan juga petua elak diganggu buaya darat dan makhluk seangkatan dengannya.
.
.
Akan tetapi, bila tiba di parking lot firm tersebut, aku lihat firm tersebut belum beroperasi lagi. Mungkin kerna kami tiba terlalu awal.
.
.
Itu jam aku pandang Anis. Anis pandang aku.
Aku senyum, Anis pun senyum. Kami berkomunikasi dgn senyuman. Anis faham maksud aku.
.
.
Aku terus masuk gear. Pedal minyak aku pijak pelan. Terus gerak meninggalkan firm tersebut.
Aku bawa Anis ke suatu tempat.
Di mana, disitulah adanya keluarga.
Keluarga kami.
Ma Ayah mula musykil dengan apa yg berlaku.
Aku pandang Anis. Aku bisik,
.
.
"Inilah tempat kita. Tapak kita. Masa depan kita".
.
.
Orang kata, kami rugi, kami tolak rezeki.
Kami tenang telan semua maki dan caci.
Pada kami, rezeki Allah itu seluas galaksi.
Yang penting biarlah direstui dan diberkati.

Sunday, March 13, 2016

Kayuhan Hidup


Dari sini, kita berpisah berkayuh beberapa laluan.
Walau berpisah, kita tetap sehaluan.
Selagi ada jalan, ada tenaga, teruskan kayuhan.
Jangan berhenti hingga sampai di persimpangan.
Usah dirindu, kita pasti bertemu dalam perjalanan.
Masa itu, kita rehat berkongsi pengalaman.
Aku pasti kau banyak cerita nak dikongsikan.
Dan aku pasti gembira mendengar setiap perkataan.
Setiap pertemuan pasti jadi kenangan.
Yang tetap segar dalam ingatan.

Saturday, March 12, 2016

MANUSIA

SUATU HARI SEKOLAH MALAYSIA

Cikgu Ros: Siapa boleh bina ayat daripada perkataan "manusia"?

Anaqi: Saya, cikgu. Dengar betul betul tau tau. 

Cikgu Ros: Baiklah. Teruskan Anaqi.

Anaqi: Terlalu ramai manusia hinggakan tak nampak kemanusiaan.

Friday, March 11, 2016

Aku, Chinese dan Honda City

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Pagi yg nyaman ni mmg gembira hati ni kalau dapat perkena teh tarik, roti kosong dgn telur setengah masak. Apa lagi, aku sarung baju, capai kunci, wallet terus keluar.
Otw ke kereta, aku perasan bumper belakang kereta calar. Terus aku teringat sesuatu. Oh shit, ni semalam aku kena langgar dgn mamat Cina.

Ceritanya macam ni.
Nyetniyotnahueknrbjrbnekbaabhan (bunyi rewind).

Aku berhenti di satu simpang, dalam UTM. Kereta kancil di hadapan aku na masuk ke kanan. Sambil tggu kancil ni masuk ke kanan, aku layan lagu Green Day-Holiday sambil sambil tgok junior berborak macam mak cik mak cik kat bus stop.
Tiba tiba, kedebukkkk gedeganngg dari belakang.
Aku tgok cermin, Chinese-motor-tergolek-helmet besar.

Aku tak keluar kereta. Sambil kepala aku geleng-geleng, aku jalan ke depan sikit-- cari port na parking dan aku berhenti kat busstop. Dia pun follow.

Aku keluar terus pergi ke arah Chinese tu, aku cakap, "haiyaaaaaa. Apasal u tarak brek tadi?".

Dia balas, "Saia tarak pelasan.". Aku ok lagi jawapan dia.
Pastu dia claim aku yg brek emergency. Itu jam aku dah tak ok. Tak ok. Aku dah genggam penumbuk.

Aku balas dgn nada ayah ayah, "Eh ehh I lama tau berhenti tggu akak kancil masuk simpang. And i nampak u jauh tau tadi. Habis, itu bumper (aku tunjuk bumper yg tak jauh dari belakang aku tadi) u tak brek? U langgar saja???".
Aku terus angkat kening. Sebijik Ziana Zain.

Dia terdiam. Aku pun diam. Aku seluk buku lima dalam poket seluar. Risau terhinggap kat tempat tak sepatutnya pula.

Dia cakap "Sorry. Sorry". Banyak kali. Lebih 12 kali. Ya. Aku kira.
Then dia tanya, "Habis macam mana ni? Macam mana mau settle?".

Aik, dia pula yg tanya macam mana na settle.
Ikutkan hati, aku na cekik dia. Mmg jahat gila Syaitoonirrroojim masa tu.

Tapi, itu jam aku tgok dia atas bawah atas bawah.
Dengan helmet besar dia-helmet amik lesen motor, dengan motor yg gahai macam pergi pasar ikan, dengan badan keding tapi pakai baju besar. Muka tak payah cakap la.

Pastu aku tgok bumper Honda aku. Tak kemek walaupun kuat dia langgar. Cuma calar tergarit.
Aku fikir budak ni student juga macam aku. Entah ada duit, entah tak. Macam aku juga.

Yg paling aku terfikir masa tu, kalau lah family aku kat tempat Chinese ni. Mak ayah aku langgar bumper orang ke, isteri aku langgar orang ke, adik beradik aku pun sama.
Ishh. Amit amit.

Aku geleng-geleng kepala.
Aku cakap, "U balik la sana. U balik. Ok? Dah! U balik sekarang".

Dia start motor terus chow.