KISAH EJART TAHUN AKHIR
Port Hutan Bandar ni menjadi kegemaran aku selain mamak. Selain daripada suasana yang tenang dikelilingi pepohon hijau, Hutan Bandar juga berjaya menghidangkan aneka makanan kampung kegemaran aku.
Lontong dan roti jala misalnya.
Sampai di sana, aku lihat ramai manusia berlegar-legar. Daripada generasi muda ke tua. Daripada bos besar hinggalah kerani. Yang kerja kerajaan mahupun swasta.
Aku sedar tentang itu. Aku terus pesan kepada Umar dan Hafiz, cari tempat duduk dulu sementara aku dan Danial pesan makanan. Self service.
Umar sudah dapat tempat duduk. Umar siap bagi sign thumb up pada aku yang sedang beratur di kedai no 8. Kedai Aneka Selera.
Kini giliran aku dan Danial menjalankan tugas.
Walaupun self service, kita hanya memesan di sini sahaja.
Kemudian, mereka akan menghantar ke meja kita.
Danial yang berada di hadapan aku terus memesan order.
"Kak, mee rebus satu kak" Danial memesan sambil mengusap perutnya.
Kelaparan mungkin.
Akak tersebut mengangguk kepala sambil mencatat sesuatu pada nota kecilnya.
Pesanan makanan barangkali.
Aku memerhatikan akak ni menjalankan tugasnya.
"Mee rebus, satu ea. Duk mana?". Tanya akak tersebut.
Danial dengan pantas jawab.
"Setiawangsa, KL".
Erk.
Aku pun terus beralih kedai sebelah tanpa menghiraukan suasana awkward tadi.
Kau jagann pelik kalau akak ni pos mee rebus ke rumah kau, Danial. Ish.
0 comments:
Post a Comment