Monday, March 28, 2016

Seposen modal



Rabu.
Ya aku konfom ianya berlaku pada hari rabu. Hari Kokurikulum.
Saat member-member setingkatan yang jenis menggunakan motosikal sebagai alat menunggang ajaib pergi dan balik sekolah, tinggallah aku beruniformkan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia di pondok guard menunggu ma aku datang jemput.
Ya. Ya. Ya. aku memang anak ma aku. Anak sapa lagi? kannnn.
Seperti hari-hari lain, aku menunggu ma aku bersama member lain yang boleh dikategorikan budak buku. Atau jenis rebus buku dan telan.
Petang itu, aku dihiburkan lagu-lagu lama daripada radio milik pak guard.
Sedang melayan lagu yang berkumandang sedap, anak mata aku yang gatal ni juga sedap terpandang seorang awek yang memakai T-Shirt Kadet Remaja Sekolah.
Aku terus memandang atas dan bawah. Sekali lagi atas dan bawah.
Aku tak salah, awek ini lah yang aku selalu berbalas-balas jerlingan mata dan sengihan dari jauh mahupun dekat tapi tidaklah begitu rapat.
Tapi realitinya, aku mempunyai satu symptom dimana aku memang susah untuk berbicara dengan seseorang yang aku tidak kenali.
Lebih-lebih lagi, awek-awek yang mampu membuatkan hati aku sejuk.
Aku tau, aku ta kenal dia, dan aku lagi faham yang dia juga tidak kenal aku. Hahaha.
Sedang asyik melayan imiginasi yang aku ukir diawangan, aku sedar member-member yang lain sudah tiada.
Hanya tinggal aku, si dia dan pak guard yang sibuk menukar siaran radio pilihannya.
Aku mula panik kerana jam menunjukkan waktu untuk aku beraksi di padang.
Tapi Honda Civic lowered milik ma aku masih belum muncul–muncul lagi.
Aku menyeluk ke dalam kocek dan meraba-raba ke dalam poket aku.
Manalah tau masih ada baki syiling-syiling yang aku boleh gunakan untuk telefon ma aku.
Seperti drama-drama jam petang, tiada sesen pun dalam poket seluar aku.
Tercetusnya idea aku untuk pau awek ni seperti mana aku pau duit junior aku.
Tapi perasaan aku lain, memberontak tapi ditahan. Suara aku ingin berbicara tapi tidak terkeluar dari kotak suara.
Pelik, aneh dan musykil.
Ilmu yang diturunkan senior aku tentang cara-cara pau duit junior tidak dapat aku gunakan pada awek ni.
Aku terduduk cangkung bersandarkan dinding.
Dia datang berdiri sebelah aku.
Aku mula berpeluh.
Lama aku tahan.
Sempat juga pak guard menghabiskan sebatang rokok John nya.
Semuanya tidak kena.
Mana tidaknya, aku tidak pernah berbual dengannya. Apatah lagi bersembang gebang.
Makin lama aku tahan, makin merah raut wajah aku.
Akhirnya aku pasrah dan akur. Seperti kentut juga, tahan lama mana pun, akan terlepas juga.
“Wei, pinjam seposen. Aku na telefon mak aku.”










0 comments: