Wednesday, August 31, 2016

ERTI KEMERDEKAAN

Malam ini gua didedahkan dengan hiburan di kaca TV, berkenaan erti Kemerdekaan.
Pelbagai pandangan, persepsi, ideologi yang diluahkan oleh anak-anak Malaysia.

Memandangkan gua dilahirkan selepas merdeka pada awal 90 an, yang mana seni kata Negaraku mula tersemat dalam memori sejak dibangku sekolah,--Yela, dah setiap hari Isnin kena nyanyi, apa pula tak ingat kan.

Gua rasa, kalau ditanyakan berkenaan apa itu kemerdekaan kepada gua, gua sedikit tersedak.
Mungkin.

Tapi, kalau ada yang tanya gua sekarang, apa itu merdeka, gua akan balas.

"Merdeka nya gua pada malam ini adalah merdeka nya gua daripada isteri gua yang sudah pun terlena. Haha"

Sunday, August 21, 2016

BEETLE YANG TERSADAI



Anis menatap gambar Volkswagen Beetle yg diambilnya sewaktu basuh petang tadi.

          "Sebenarnya, sayang sayang dgn beetle ni. Tapi tu la. Tak tau bila na geraknya". Suara Anis sedikit mengeluh.

Aku tolak laptop aku ke tepi.
Aku cuba memujuknya.

          "Sabarlah ea. Kasi abang sikit masa lagi. Sekarang fokus kat rumah. Dah maintain, kita main beetle balik".

Anis mendengar je pujukan aku terus letak phone ke tepi.
Kini Anis tatap aku sepenuhnya.
Anis senyum.

           "Kita jual Mini merah tu nak? Duit tu kita upgrade beetle". Anis selamba je kasi idea yg mengarut.

Aku geram je.
Aku terus bisik kat telinganya.

            "Nak tidur sorang sorang depan TV?"

Wednesday, August 17, 2016

DEPOSIT RUMAH



Biarkan ia tersadai, asalkan ada depan mata.

Mereka lihat ia bagaikan rangka besi buruk yg hanya ber-make up-kan seinchi habuk.
Tidak lupa pada tahi-tahi cicak yg turut menghiasi bumbungnya.

Kerna, aku melihat ia bagaikan kegembiraan aku di masa depan.

Cuma masanya belum tiba.
Bila tiba masanya, keliling Malaysia kita akan berasmara.

Dari sudut lain, aku lihat ianya deposit rumah yang sedang meningkat hari demi hari.

Thursday, August 11, 2016

First shopping for BABY

Okay , semalam Scroll scroll facebook , tengok orang kata LAZADA buat sale. Dengan lajunya , I browse the website.

TADAAAAA HASILNYA :D


I bought this on 10th August 2016. Sebenarnya nak ambil 3. The other one color pink. Tp dah habis kot masa checkout tu. So sad.


and this one 11th August 2016. Dapat pun pink yang terlepas semalam. Tapi harini ada terlepas satu color biru.

Mula - mula taknak beli sebab macam hmmmm nantilah. Plus ingat nak buat sendiri tradisional punya. Beli kain and jahit. Tapi bila tengok harga dekat luar gila MAHALLL , grab je lah apa lagi.

9hengget je kot :D

Randomn color sebab tak tau boy or girl.

Doakan yang terbaik for mommy daddy and baby taw <3 font="">

Monday, August 8, 2016

PERASAAN MAT BUNDLE

EEEEEYUUUUKKKKKK. BUNDLE?

Sebenarnya, kau tak boleh respon dan berfikiran geli atau jijik atau eeeuukkk kepada pemakai-pemakai barangan bundle ni.

Sebagai contohnya, baju bundle, seluar bundle dan juga kasut bundle.

Barangan bundle ni boleh dikategorikan barangan second hand atau reject atau terpakai, yang dicuci, dibasuh dan dikumpulkan untuk diedarkan kepada peniaga kedai bundle. (Ejart 2016)

Masih geli lagi?.
Masih anti kepada penggemar bundle?

Baiklah.

Kau pernah makan kedai mamak?
Kau makan guna sudu dan garfu kan?

Untuk pengetahuan, sudu dan garfu itu dicuci selepas mamat motor, minah tudung, pakcik, atuk chik, abang polis, cikgu math, menteri pasola dan semuanya semaksud dengannya, gunakan utk makan sebelum kau.

Cuma, tiada istilah sudu bundle.

Barangan bundle okay lagi pakai diluar. (Di badan, kaki, atau kaki).
Sudu? Garfu? Dalam mulut, cik adik sekalian.
Slurrppp.

Tak payah cakap mamak, bufet kat hotel 5 bintang pun tak bagi sudu garfu baru berbalut plastic lagi untuk hidangkan kau makanan.

Sebenarnya lah kan.

PEMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

 Gambar Google.
Haha.

Macam biasa, habis je kerja, aku kena bawa Anis perkena roti planta.
Dah order apa yg berkenan dgn perut, Anis borak borak la pasal hal ehwal pregnant. Mengidam itu ini la, mual sana sini la.

Aku respon mudah.
Angguk kepala, senyum.


           "Abang tau ta, dalam group whatsapp pregnant ni. Ada sorang gadis ni pregnant. Yg kelakar nya, habis semua benda dia tanya-boleh makan ke ta. Coklat la, Cadbury la, cekodok la."
Anis mula bergosip.

Kali ni aku respon bersuara,

          "Dia first time pregnant tuu, tak pun dia saje na hidupkan whatsapp tu"

           "Tu la. Tadi dia whatsapp lagi. Dia cakap, malam ni dia na makan KFC. Dia tanya, coleslaw yg sayur campur mayonis tu boleh makan ke?"
Anis bercerita sambil senyum senyum.

Berkerut juga dahi aku masa ni. Ini dah kes berat ni.
Sepanjang pengalaman aku selama 3 bulan lebih handle isteri mengandung, aku belum pernah alami kes sebegini.
Kes berat ni.

Kali ini aku respon abah-abah.

           "Reply kat dia, boleh je makan. Ada 2-3 benda tak boleh makan. Makan harta anak yatim dgn makan duit rakyat."

Brader sebelah yg tgh hirup kopi panas, tersedak serta merta.
Pak cik belakang pula berdehem 2 kali.

Monday, August 1, 2016

TIPS NAIK GAJI

Sebenarnya, jika masa kau belajar, kau mampu hidup dgn kurang daripada RM900 sebulan (hasil daripada duit ptptn/mara/JPA) sudah tentu bila kerja, kau mampu hidup dgn nilai yg sama (RM900) atau 20% kenaikan walaupun gaji kau RM2000.

Ini bermakna, masa kau kerja, kau ada tambahan duit sekitar +-RM1000 berbanding masa belajar.
Boleh lah kau simpan beli rumah.

Fuyoo.

Tapi, kalau sebelum ini, income bulanan kau RM900, kau habis pakai.
Dan sekarang income bulanan kau RM2000 pun kau habis pakai, bermakna, pasti ada kebocoran kewangan.
 
Dan, nescaya bila income kau RM10,000 pun tentu kau habis pakai.

Ya. Orang kata, besar kuali, besar keraknya.
Tapi, kau guna la kuali orang atau suruh orang lain bersihkan kerak.

Haha.