Thursday, April 28, 2016

Tuesday, April 26, 2016

KISAH EJART TAHUN AKHIR

ALKISAH BAJU MELAYU

"Kau hensem hensem pakai baju melayu pergi kelas ni kenapa? Hari ni bukan Hari Jumaat."

"Aku pakai baju melayu ada 3 sebab je. Konvo, solat Jumaat dgn aku dah tade baju dah. Semua basuh."

Friday, April 22, 2016

RAY BAN PECAH, AKU CAIR


Aku bawa Anis jenjalan cuci mata di Ikea Damansara.
Selesai aktiviti cuci mata, aku bawa Anis lunch di seberang jalan.
Aktiviti makan minum berjalan lancar.
Makan-minum-makan-minum-sendawa.
Ketawa.

Kacamata Rayban Clubmaster yang baru aku beli, aku letak di atas meja.
Aku bangun berjalan ke sinki.
Basuh tangan.
Aku kembali ke meja.
Aku perasan situasi pelik sedang berlaku.
Anis sengih-sengih memandang aku.
Aku yakin, pasti ada perkara telah berlaku waktu aku basuh tangan sebentar tadi.
Senyuman Anis memaksa aku tertanya-tanya.
Aku musykil.

Anis menunjukkan kacamata Rayban aku.
Kaca sebelah sudah pecah.
Terlihat juga kaca bertaburan di lantai.
Rayban Clubmaster limited edition baru tu.

Aku hanya mampu geleng kepala sahaja.
Ada dalam 10 kali aku gelang kepala.
Aku berdiri disebelah Anis terus aku usap-usap kepalanya.

Ini kalau bukan sebab muka comelnya, gigi besinya, memang dah kena rotan makwe aku ni.

Cair aku beb.









Tuesday, April 19, 2016

RINDU HATI SUKAR DILAWAN

SUKAR

Image may contain: 6 people, people smiling

Minggu yang sukar.
Bulan yang sukar.

Meninggalkan halaman rumah.
Berperang berlainan wilayah.

Ma ayah.
Masih tersenyum dalam berpayah.
Diduga cukup hebat, tidak sedikit goyah.
Ingin ku pulang membantu, dibilang tak usah.
Berilah mereka kekuatan, Ya Allah.

Yang di Kolumpo,
Berkerjaya auditor, bersahabat kalkulator.
Seawal pagi bertempur, selewat malam baru tidur.
Walau pun sukar, sedikit tidak berundur
Mengejar menjadi yg termasyhur.

Yang di Skudai,
Masih kental, belum tersadai.
Harap PSM viva tidak berperangai.
Kalau tidak, perlu bersiap dengan perisai.
Apapun jua, misi Jun mesti dicapai.

Yang di Kuantan.
Berjubah putih, di makmal pembedahan.
Mengkaji sistem badan semua hidupan.
Kali ini entah apa yang dibedah, dikajikan
Mungkin jantung lipan, atau tikus lautan.

Isteriku.
Aku harapkan satu.
Tahan air matamu, bila bertemu.
Aku tau, kau aku banyak perkara ingin mengadu.
Nak diluah, aku tak mampu.
Cuma bercakap menerusi pelukanku.

Ini sukar.

Monday, April 18, 2016

INI PERANG AKU PUNYA

INI PERANG AKU PUNYA
Related image
sumber Google


Sampai satu tahap, aku rasa rimas.
Semuanya buat aku rasa lemas.

Sana sini semua mendesak.
Aku mula rasa sesak.

Aku bersandar pada kepala katil.
Mata ku terkebil-kebil.

Nafas aku sederhana perlahan.
Fikiran mula melayang diawangan.

Aku fikir, mengapa aku lakukansemua ini?
Mengejar sesuatu yang belum pasti.

Aku juga fikir, andai kata aku berhenti,
dan kalau bukan aku yang habiskan kerja ini,

Siapa lagi?

Pasti sesuatu yang besar sedang menanti.
Pasti ada hadiah Tuhan yang bakal ku miliki.

Wajah kesayangan mula bermain diminda.
Aku senyum dan sedikit tertawa.

Lantas aku bangkit kembali menghabiskan sisa sisa.
Dan aku pasti, perjuangan ini bukan sia-sia.

Ini perang, aku punya.

Saturday, April 16, 2016

SELAMAT HARI LAHIR, EJART

ANGKA 24



 
24 tahun. hmmm sekejap je rasa.
Aku semacam tidak percaya.
Terus terdiam termenung beberapa tika.
Apakah benar atau khayalan mainan minda.
Terdiam aku memikirkan beberapa perkara.
Angan-angan, impian juga cita cita.
Ada sudah dicapai, ada juga masih belum tiba.
Aku tidak risau kerna yakin janji Tuhan pasti dikota.
Aku bersyukur pada yang Maha Kuasa.
Masih punya waktu mohon ampun dosa.
Masih punya tenaga, mencari bekalan sana.
24 tahun, kita cuba sedaya upaya, ya.

Friday, April 15, 2016

Impian 10 hartanah


Satu malam tu, aku bawa member keluar makan. Otw ke kedai makan, ada beberapa kereta mewah memintas kereta kami.
Maka, secara tidak langsung, "Kereta Mewah" menjadi tajuk perbualan kami malam itu.

Masing-masing beri pendapat.
Ada yang mengidam, ada yang tak amik peduli ada yang diam memerhati.
Ada juga yang hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Aku kalau ada duit pun, aku beli Mini Austin sampai 10 unit. Aku na parking depan rumah aku. Tak pun, aku na beli 10 harta tanah sebagai aset"
Aku tegas bagi pendapat.
Memang aku tak heran langsung kereta mewah ni.
Bukan taste aku.

"Okay Jart. Nanti kalau kau dah ada 10 hartanah, kau whatsapp aku, Jart. Hafiz, next mission Range Rover beb. Itu  jam, aku tau la kau dah ada 10 hartanah". Hafiz balas sambil menunjukkan thumb-up.

Aku cepat-cepat angguk kepala.

Keyakinan mesti ada.
Action kena ada.
Selebihnya kerja Yang Maha Esa

p/s: aku simpan post ni. Mana lah tau boleh throwback di hari kelak. \\m//

Monday, April 11, 2016

OH MALAYSIA

 OH MALAYSIA KU

Image result for malaysia flag photographygambar Google

Apa sudah jadi dengan negara kita.
Penuh perundangan penghakiman durjana.
Yg bersalah dipimpin masuk syurga.
Yg benar dihumban ke pintu neraka.

Tuhan kan sudah tunjukkan jalan.
Seorang hamba menjawab seribu persoalan.
Tapi kita mengikut telunjuk si sialan.
Hak dirampas maka hilanglah keadilan.

Beri peluang mereka berhujah.
Sepertimana kau layan si penjajah.
Kereta perisai kebal, karpet merah saga.
Apakah kau sendiri si talam dua muka.

Ceramah dibatal diberitakan semalam.
Alasannya jaga sensitiviti sekalian alam
Ada persoalan perlu difikir mendalam.
Apakah benar kita Negara Islam?

Saya bukan berpolitik, saya bukannya mengkritik.
Saya cuma na perkara yg baik baik.
Fikirlah balik atau mungkin kajiselidik.
Jangan sampai nanti Malaysia diterbalik.

Sunday, April 10, 2016

Pulanglah Malaysia



 Gambar Google

Apa sudah jadi dengan negara kita.
Penuh perundangan penghakimanyg durjana.
Yg bersalah dipimpin masuk syurga.
Yg benar dihumban ke neraka.

Pendekatan apa kau guna.
Umpama pemegang ijazah tadika.
Mudah kau kata, mudah kau minta.
Rakyat jelata bukannya hamba.

Hukum Allah senang kau lupakan.
Hukum Quran mudah kau ketepikan.
Bukankah itu hukum sepanjang zaman.
Bukannya hukum manusia buatan tangan.

Apa kau diam membisu tunggu keajaiban.
Atau tunggu hidangan bala dari Tuhan.
Jangan libatkan kami golongan bawahan.
Dengan dosa hitam yg kau lakukan.

Aku mohon kembalilah ke pangkal jalan.
Ke pangkal jalan asas keislaman.
Mulakan kembali dgn cara diredhakan.
Demi genarasi kita di masa hadapan.


Thursday, April 7, 2016

10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA. Tulisan Harith Faisal

Nak beli rumah pertama, tapi ilmu belum ada. Mari sini saya kongsikan 10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA.

1. Rumah Pertama Rumah Pelaburan.
Kalau rumah pertama tu anda buat untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi. Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji. Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.

2. Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman.
Semua orang teringin nak rumah besar, senibina moden, ruang tamu yang luas dan perabot yang mahal. Tapi cuba fikir rasional. Kalau belum mampu, beli rumah kecil pun tak mengapa. Takkan nak tunggu harga rumah naik lagi.

3. Rumah Pertama Kecil Tidak Mengapa.
Rumah besar, modal deposit dan kos-kos lain pun besar juga. Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya, rumah kecil RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja. Rumah RM300,000 pula perlukan modal RM45,000. Keluarga kita pun kan kecil lagi. Mengapa bayar lebih untuk bilik yang tidak berpenghuni.

4. Rumah Pertama Bawah Harga Pasaran.
Pasaran pada masa ini memihak kepada pembeli. Tuan rumah ada yang terdesak menjual rumahnya. Pembeli kena bijak nego selagi boleh untuk dapatkan harga terbaik. Elak beli rumah atas harga pasaran. Nanti anda yang merana nak keluar modal.

5. Rumah Pertama Bukan Maksimum Kelayakan.
Kalau layak rumah harga RM300,000 carilah rumah berharga RM250,000. Supaya mudah dapat kelulusan bank. Bagi ruang sedikit kepada DSR. Lain bank, lain cara kiraan kelayakan pembiayaan. Takut bank A sahaja kata layak RM300,000. Bank lain cakap RM260,000 sahaja.

6. Rumah Pertama Beli Dengan Ejen.
Ejen Hartanah akan bantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang zero bab hartanah. Jangan percaya mitos "beli dengan ejen, harga rumah jadi mahal". Ejen hari-hari berurusan jual beli rumah. Kita pula nak beli rumah setahun sekali pun belum tentu.

7. Rumah Pertama Sebelum Berkahwin.
Beli rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% di bawah harga pasaran. Dapat cash back, boleh guna untuk majlis kahwin pula. Bakal pak mertua pun seronok bila tahu bakal menantunya dah ada rumah. Terus green light. Rumah dapat, orang rumah pun dapat. Bijak. 

8. Rumah Pertama Sebelum Kereta.
Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM500 dan keduanya disewakan pada kadar RM700. Dapat aliran tunai positif RM400, boleh pakai Proton Saga Plus percuma. Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Kiralah guna kalkulator ikut kemampuan sendiri.

9. Rumah Pertama Dengan Modal Minima.
Beli rumah murah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah, beli rumah daripada pemaju dengan entry cost rendah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak. Modal minima, bukan modal langsung tak perlu ada.

10. Rumah Pertama Bukan Beli Ikut Nafsu.
Pembeli rumah pertama biasa teruja dengan pelbagai iklan dan tawaran. Itu macam bagus. Ini pun macam bagus. Jangan ikut nafsu, tapi ikut ilmu. Ilmu bukan datang bergolek tapi perlu dicari. Sebelum melabur pada hartanah, lebih baik melabur dahulu pada ilmu.

Takut-takut nanti duit untuk melabur entah je mana. Duit 'melebur' lagi adalah. Haha. SHARE jika bermanfaat. - HF

Wednesday, April 6, 2016

anak ma


Asal hujung minggu je, gua mesti jadi driver yg setia kepada mak gua. 

Pergi sana, pergi sini, pergi situ.
Pusing sana, pusing sini, pusing situ.

Gua memang seronok dapat ikut ma gua beli barang basah atau barang dapur. 

Kalau ikutkan senarai barang yang perlu dibeli, 
1. Ikan Kekek
2. Sayur Kailan 
3. Minyak Zaitun
4. Beras

Tapi bila tiba di kaunter bayaran, mesti ada barang tambahan.
Gua ulang, mesti.

Kit Kat la, 100 Plus la, Majalah vespa la, Minyak rambut la, itu la ini la apa la.

Itu jam ma gua pandang gua kecik besar kecik besar je.

"Bertuah punya budak"

Anak ma la katakan.

Friday, April 1, 2016

10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun. Tulisan Harith Faisal.

 Gambar Google

Tulisan Harith Faisal.

“AMARAN: Sesuai untuk bacaan individu berusia 25 tahun ke bawah sahaja. Dan anda mestilah seorang yang rajin membaca kerana artikel ini agak panjang. Haha.”

Dulu-dulu saya ingatkan orang hanya mula beli rumah pada umur 30 tahun. Iyelah, pada umur tu, kononnya seseorang tu mesti dah matang, ada kerjaya yang mantap, pendapatan yang stabil dan di kelilingi kawan-kawan yang berjawatan besar.

Tapi lepas masuk sendiri dalam pelaburan hartanah ni, barulah saya tersedar bahawa itu semua hanyalah anggapan saya je. Ramai sebenarnya yang dah beli rumah sebelum usia menjengah 25 tahun. Termasuklah diri saya sendiri. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Katakanlah, umur 17 tahun habis SPM, umur 18 tahun masuk matrikulasi, umur 19 tahun masuk universiti, umur 23 atau 24 tahun mula bekerja. Logik kan kalau dia mampu beli rumah pertama pada usia 25 tahun. Kan kan?

Jadi, untuk manfaat bersama, saya ingin kongsikan:

10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun

1. Wujudkan Kesedaran
Kesedaran pemilikan hartanah sepatutnya mula sejak tahun pertama di universiti. Lebih awal daripada tu adalah lebih baik. Kesedaran adalah kunci utama. Kalau tak ada kesedaran, umur dah 50 tahun, hampir-hampir nak pencen pun belum tentu ada walau sebiji rumah. Yang ada, rumah kuarters kerajaan je. Kesian kat anak dan cucu nanti. Mahu macam tu?

2. Duit Simpanan
Simpan duit deposit rumah sebanyak mungkin sejak di universiti. Buat part time mengajar tuisyen ke, jual tudung ke, trading saham ke, sekatilah. PTPTN dan biasiswa jangan dihabiskan beli iPhone. Slip gaji pun belum ada, dah menggatal nak pakai fon mahal. Haha. Cari jalan buat duit RM550 setiap bulan untuk mohon ASB Financing RM100,000. Dengan teknik tertentu, boleh dapat hampir RM56,000 selepas 5 tahun. Jual tudung 50 helai pun dah boleh dapat RM550 sebulan. Tapi kalau tak mampu RM100,000 buatlah mana-mana yang mampu. RM50,000 ke kan.

3. Buat ASB Financing
Salah satu cara untuk beranakkan duit simpanan dengan cepat adalah dengan ASB Financing. Setahun pertama bayar ansuran bulanan seperti biasa. Tahun berikutnya rolling menggunakan dividen. Jadi tak perlu dah mohon kad kredit jika hanya untuk mewujudkan rekod kredit dalam CCRIS. Jimat masa. Boleh follow FB sifu-sifu ASB. Atau boleh tempah ebook murah yang saya rekemenkan kelmarin tu. Murah, tapi boleh dapat ilmu lengkap ASB, kewangan dan hartanah sekali.

4. Ilmu Hartanah dan Kewangan
Carilah ilmu kewangan dan hartanah secepat mungkin. Kalau anda bijak, memang boleh cepat tangkap. Kalau tak, sampai ke sudahlah tak yakin nak beli rumah. Lagi cepat kita belajar, lagi banyak ilmu kita miliki semasa nak beli rumah bila dapat kerja nanti. Selepas dapat ilmu, pasti datangnya keyakinan. Ilmu tersebut boleh didapati dengan menghadiri seminar, buku, ebook atau boleh follow FB sifu-sifu berkaitan yang langsung tak lokek ilmu.

5. Networking dan Support Group
Kalau nak tanya apa-apa, senang. Boleh tanya dan terus dapat jawapan. Macam saya, saya ada group WhatsApp MISI MENCARI RUMAH dan STALKER HARTANAH. Daripada dua group ni, saya dapat info hartanah dan networking kaw-kaw daripada sifu-sifu dan otai-otai. Walaupun anda masih belum bersedia untuk beli rumah, tapi bila dah diberi peluang masuk group tu, binalah ukhwah semantap-mantapnya dengan ahli dalam group tu. Bukannya diam, sunyi, sepi. Bila kena kick keluar, tahu pula mengggelabah. Eh!

6. Cari Kerja Secepat Mungkin
Masuk saja semester terakhir, terus mulakan job hunting. Nak tunggu apa lagi? Rancang nak melancong dengan coursemate ke Krabi Island ye? Lupakanlah niat tu. Orang bijak, sibuk berebut-rebut nak cari kerja cepat, kau pula berebut nak upload gambar selfie dalam Instagram. Terpulanglah. Orang kata, tak payahlah nak nasihat sangat anak-anak muda sekarang ni, tunggu dia cari kita dan tanya, barulah kita jawab dan bantu. Macam tua sangat pulak saya ni. Padahal lebih kurang sebaya korang je.

7. Cari Kerja Berstatus Tetap
Cari kerja yang berstatus tetap. Kalau kerja kontrak berjangka masa pendek, bank susah nak beri pembiayaan perumahan. Anda dikategorikan sebagai pemohon berisiko tinggi. Tapi, janganlah memilih sangat. Kalau dah memang dapat kerja kontrak, terima sahaja. Mungkin rezeki anda memang di situ. Kerja rajin-rajin kerja supaya cepat ditawarkan posisi tetap. Jangan asyik nak mengular je.

8. Jangan Beli Kereta Dulu
Tak payah nak kelabu mata sangatlah bila tengok rakan sekerja anda pakai Honda City. Padahal gaji sama macam anda sebagai fresh graduate. Mungkin dia belum mengerti maksud sebenar aset dan liabiliti. Dik, harga kereta boleh tunggu kita. Honda City baru keluaran 2020 nanti harga lebih kurang je dengan Honda City baru tahun ni punya. Tapi harga rumah RM200,000 tahun ni, takkan tunggu kamu dik. Tahun 2020 nanti, entah-entah dah naik menghampiri RM300,000.

9. Beli Rumah Ikut Kemampuan
Kalau gaji anda bermula dengan RM2,500, dapat beli rumah pertama harga RM150,000 pun dah cukup bagus. Dengan harga tu, kalau di Selangor dan pinggiran Kuala Lumpur mungkin boleh dapat flat ataupun apartmen medium cost. Belilah rumah sebegini di pasaran subsale. Ia pasti permulaan yang bagus untuk anda pergi lebih jauh dalam pelaburan hartanah.

10. Jaga Hubungan Dengan Allah
Sepanjang usaha kita untuk menggapai kaya dunia, jangan sampai terabai tanggungjawab kita sebagai Muslim. Sibuk baca ebook kewangan dan hartanah pakai fon, sampai tak sempat nak baca ‘ebook’ Al-Quran. Solat dhuha dijadikan amalan. Solat dhuha bukan untuk orang bisnes dan pelabur hartanah sahaja, tapi amalan yang bagus untuk setiap Muslim. Berdoalah supaya Allah beri kita rezeki dan umur yang diberkati. Harta dunia hanya di tangan, tapi bukan di hati. Dalam hati kita biar ada Allah.

Jadikannya Realiti.

Jadi, kepada adik-adik yang masih dalam pengajian di universiti, maktab, matrikulasi mahupun yang masih di sekolah menengah, semoga anda berjaya memiliki rumah pertama sebelum usia 25 tahun.
Jomlah sama-sama jadi HIPSTER dalam bidang hartanah. Tak payah nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual korang tu. Beli je rumah banyak-banyak di awal usia, dah tentu tentu korang adalah HIPSTER, RARE, MELETOP, KEBABOOM!!

Ingat pesan abang ni sampai bila-bila ya.

Ada yang dah beli rumah sebelum usia 25 tahun sedang membaca artikel ni? Mengaku cepat. Bagi inspirasi sikit kepada adik-adik kita. Adik-adik yang dah baca artikel ni pula, ada yang teringin dan yakin untuk beli rumah pertama sebelum usia 25 tahun? Tolong ramai-ramai jerit ‘FIRST HOUSE BEFORE 25!!!’

Terima kasih sebab sudi jerit. Haha.

Disclaimer: Ini adalah tips secara umum. Kalau rasa sesuai, silalah ikut. Kalau rasa tak sesuai, abaikan sahaja dan jangan maki saya.

Tekan SHARE kalau anda rasa artikel ni bermanfaat. Mungkin tidak sesuai kepada anda tapi bermanfaat untuk adik-adik anda. Ilmu yang bermanfaat tidak akan berkurang jika disebarkan. Malah akan mendapat pahala yang berpanjangan.