Saturday, October 29, 2016

CERITA 100 PERKATAAN

SUBUH SI NAFAS SEGAR
 
Subuh di Bukit Fraser sungguh mengasyikkan. Suasananya cukup tenang dan mendamaikan. Aku menikmati setiap detik.
Bukan senang nak dapat feel pagi macam ini. Lebih-lebih lagi hidup di tengah kotaraya. Tau saja la. Sebelum fajar, jalan raya sudah mula dipenuhi kenderaan.
Aku tak mahu percutian ini diganggu hal-hal kerja.
Aku menarik nafas panjang. Segar.
Udara pagi sememangnya segar.
Kadangkala aku terfikir, mengapa udara pada waktu pagi lebih segar daripada udara pada belah petang? Mengapa udara segar sebegini tidak berlanjutan hingga waktu malam?
Barangkali, udara waktu pagi segar kerana belum bercampur dengan nafas orang munafik yang belum bangun Subuh.
Aku tersenyum sendirian.

Monday, October 24, 2016

KONVOKESYEN UTM

TIPS KONVO

 sumber Google

Bila member suruh amik jubah konvo, jangan kau lurus bendul sangat pergi amik jubah je.
Amik topi nya sekali.

Faham??

nota kaki: 24 Oktober 2016 tarikh istiadat konvokesyen Degree First Class in Land Administration & Development. 

Amacam?
Power tak?  

Boleh lah.
Daripada takde.


Tuesday, October 11, 2016

ISTERI KU NON-MATERIALISTIC

          "Hujung bulan ni boleh la abang belikan cincin yg sayang minat tu".

Suara aku memecah kesunyian ruangan dalam Honda City yg menyusuri masuk pintu gerbang Aeon.
Anis kebingungan dgn kata kata aku.
 

Dengan dahi yg dikerutnya, dia soal.
           "Eh, cincin yg mana?"

            "Minggu lepas, sayang ada tunjuk gambar cincin tu. Abang dah jumpa kedai cincin ni. Kat Aeon. Sebijik. Boleh la upgrade cincin sekarang". Aku balas sambil senyum, mengangkat kening.

Anis yg pada awalnya bingung dgn kata kata aku, mula ketawa besar.
Sebiji gelak kapitalis.

Kihkihkih.
Macam tu la bunyinya.

          "Kalau abang beli cincin tu, abang la suami bodoh. Sayang suka je. Tak payah beli mahal mahal. Sayang bukannya isteri materialistik.".

Betul-betul bersungguh Anis bidas.
Betul-betul tertembak juga bila Anis sebut "bodoh".

Pergh.

Sepanjang 7 tahun lebih aku kenal Anis, ni lah kali pertama dia sebut perkataan tu.
Aku tak tau la itu puji atau keji.

Sepanjang malam mata aku terkebil kebil.
Kali ini aku pula yg bingung.

Wednesday, October 5, 2016

HIDUP BUKAN PERLUMBAAN

Jangan kau gusar andai kau belum capai sesuatu seperti rakan di sebelah.

Bertenanglah.
Hidup ini satu perjalanan.
Bukan pertandingan atau perlumbaan.

Aku ulang.

Bukan pertandingan.
Bukan perlumbaan.