SUBUH SI NAFAS SEGAR
Subuh di Bukit Fraser sungguh mengasyikkan. Suasananya cukup tenang dan mendamaikan. Aku menikmati setiap detik.
Bukan senang nak dapat feel pagi macam ini. Lebih-lebih lagi hidup di
tengah kotaraya. Tau saja la. Sebelum fajar, jalan raya sudah mula
dipenuhi kenderaan.
Aku tak mahu percutian ini diganggu hal-hal kerja.
Aku tak mahu percutian ini diganggu hal-hal kerja.
Aku menarik nafas panjang. Segar.
Udara pagi sememangnya segar.
Udara pagi sememangnya segar.
Kadangkala aku terfikir, mengapa udara pada waktu pagi lebih segar
daripada udara pada belah petang? Mengapa udara segar sebegini tidak
berlanjutan hingga waktu malam?
Barangkali, udara waktu pagi segar kerana belum bercampur dengan nafas orang munafik yang belum bangun Subuh.
Aku tersenyum sendirian.
0 comments:
Post a Comment