Saturday, May 21, 2016

CERDIK SANG ROMANTIS

Secara faktanya, aku bukanlah seorang yg romantis. Tapi aku untung sebab Anis tak pernah bicara tentang hal itu. Aku bawa dating naik kereta mini pun, Anis kemain happy lagi.
Sampailah satu hari. Aku dapat whatsapp drpd Anis.

Aku buka.
Aku baca.


Anis: love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you
(kalau na diikutkan lagi panjang Anis taip)

Aku fikir-fikir apa aku na reply ni. Walaupun aku tak beberapa romantis, aku kena bagi ayat-ayat yg baik punya.
Kurang-kurangnya dapat cairkan si Anis ni.

Aku senyum.
Aku pun copy whatsapp "love you love you...." Anis ni.
Then aku paste. Aku paste dua kali.
Maknanya, aku punya "love you love you" lagi panjang drpd Anis.
Lepas paste dua kali, aku sent balik kat Anis.

5 minit lepas tu,

Anis tak reply.
Anis seen sahaja.
Blue tick.
Haha.

Thursday, May 19, 2016

kisah pendek budak yutiem #13

Seram Part 3.

Anaqi: Weh Juna. Thanks malam semalam. Teman aku jumpa Mia kat Balai Cerap. Happy gila aku. Cun weh.

Arjuna: Aku? Mana ada la.

Anaqi: Kau buat lupa pula. Dah 3 hari kau adjust kan Mia utk aku.

Arjuna: Mia pun aku tak kenal. Lagipun aku dah 3 hari dah kat kampung aku ni. Exam habis awal. Aku lupa bagitau kau.

kisah pendek budak yutiem #12

Seram Part 2.

Anaqi: Malam semalam kan, boleh pula enjin vespa aku kong kat tasik. Nasib baik ada brader tolong aku. Adam namanya. Dia kata dia duduk sebelah bilik kau.

Arjuna: Adam? Bilik sebelah?

Anaqi: Ha'a. Kau kenal?

Arjuna: Sebelah bilik aku tak pernah ada orang. Row ni aku sorang je wei.

kisah pendek budak yutiem #9

Anaqi: Juna. Kau tgok gambar kita awal-awal masuk UTM. Masa FYE (First Year Experience). Kemain lagi kita berjimba. Kau punya senyum macam topeng Vendetta wei.

Arjuna: Yela. Dulu aku cuma tau FYE, tapi aku tak tau FYP.

Anaqi: FYP mende tu?

Arjuna: Final Year Project.

Menangis tersedu-sedu si Anaqi dibahu Arjuna.

kisah pendek budak yutiem #8

Anaqi dan Arjuna makan di Arked Meranti. Memang time macam ni ramai makwe berlegar legar di situ. 2 kali konyang.

Anaqi: Juna. Pukul 5. Pukul 5 kau.

(Arjuna terus memandang arah pukul 5)


Arjuna: Lawa siyaalll makwe tu.


Arjuna tak berpaling walau sekilas.
Makwe berkebaya merah, berkain batik tu terus berjalan ke satu meja dan duduk di sebelah brader berbadan sado yg sedang memandang tepat ke arah Arjuna.
Damn shit.
Dengan serta merta Arjuna terus memandang Anaqi.

Arjuna: Lain kali, usha kiri kanan dulu faham?

kisah pendek budak yutiem #7

Anaqi: Kau tgok kapel tu. Makan berkepit, pergi kelas berkepit, balik kampung berkepit, jogging pun na berkepit.

Arjuna: Dorang belum bercinta dgn Projek Sarjana Muda lagi. Haa Viva lagi. Kalau bercinta, mau terbongkang depan laptop.

Anaqi pun tersengih-sengih sambil turn on laptopnya terus buka folder PSM Chapter 2.

KAK LONG BACKUP BESAR


Ejart: Sayang, tadi abang dah jumpa SV. Settled. Now bergantung kpd panel pertama pula. Sebab masa viva, dia banyak komen itu ini.

Anis: Sape nama panel abang? Laki ke perempuan? Bagitau sayang cepat.

Ini kalau dibagitau nama panel ni, mau Anis hantar askar dia ke JB ni.
Masak lecturer ni karang.
Haha.

p/s: rasanya patut buat cerita Isteriku Pape Roger.

Tuesday, May 17, 2016

ANAK MUDA YANG BERWARASAN.

Gambar Google

1. Komitmen Kewangan Rendah.

CCRIS kasih suci, belum ternoda dengan hutang kereta mahal, pembiayaan peribadi dan tunggakan hutang kad kredit. Jadi mudah bank luluskan pinjaman.

2. Tempoh Pembiayaan Maksimum 35 Tahun.

Kalau dapat maksimum 35 tahun, ansuran bulanan jadi rendah. Lebih senang nak dapatkan aliran tunai positif untuk rumah pelaburan. Jika anda berumur 45 tahun, baru nak beli rumah, anda akan dapat tempoh pembiayaan 25 tahun sahaja.

3. Takaful/Insurans Rumah Murah.

Ini memang standard lah. Makin tua, makin tinggi takaful/insurans yang kita kena bayar kerana lebih tinggi risiko yang perlu dihadapi oleh pihak takaful.

4. Mudah Menyimpan Duit.

Muda-muda kalau belum ada tanggungan lagi, lebih mudah nak menyimpan duit untuk dijadikan deposit rumah. Kalau ada anak pun, masih kecil. Kena bijak merancang kewangan.

5. Rumah Lebih Murah

Walau berapa pun umur anda sekarang, lepas 10 tahun, harga rumah pada waktu tu pasti lebih mahal daripada sekarang. Jika sekarang anda layak dan mampu beli rumah RM150K, teruskan. Lupakan dulu rumah idaman.

6. Mudah Cairkan Hati Bakal Mertua.

Bila tahu yang anda sudah ada rumah, mudahlah untuk mereka lepaskan anak gadis untuk bernikah dengan anda. Kerana anda anak muda yang berwarasan.
Waras untuk membezakan aset dan liabiliti. Haha. - HF

Tulisan Harith Faisal

kisah pendek budak yutiem #6

Anaqi : Juna. Cuti midsem ni kau balik ta?

Arjuna : Mestilah balik. Aku dah siap packing barang sejak minggu lepas lagi. Baju semua aku dah lipat. Semua aku dah susun tepi pintu tu. Tinggal na choww je ni.

Anaqi : Tiket dah beli ke belum?


Arjuna : Huurrmmmmmm

Arjuna menyepi di bucu katil sambil menguis-nguis selimutnya.

kisah pendek budak yutiem #5

Arjuna bangun pagi terus kejut Anaqi.
Arjuna capai tuala dan bekas mandi.
Arjuna berjalan terus ke bilik mandi.
Arjuna mandi-menyabun-gosok-bilas dan sental gigi. 

Arjuna pakai boxer, jeans hitam serta kemeja T.
Arjuna sikat rambut style belah tepi.
Tak hensem pula, terus Arjuna pacak guna Gatsby.
Haaa, barulah hensem daripada tadi.

Arjuna keluar panaskan enjin kereta Mini.
Arjuna menunggu Anaqi dari tadi.
Batang hidung tak nampak, apatah lagi body.
Alih-alih, phone berbunyi, Whatsapp dari Anaqi.

"woi Juna, UTM kan Cuti"

kisah pendek budak yutiem #3

Pintu bilik Anaqi dibuka pelan-pelan. Arjuna menjengah di tepi pintu. 

"Makan jom. Fesko. Kau, aku, Adam". 
Arjuna mengajak sambil mengangkat-angkat kening.

"Aku na siapkan PSM la"
Anaqi balas tanpa memandang Arjuna.
Jari jemari Anaqi ligat menari di papan kekunci komputer riba jenama Acer.

(30 minit kemudian di Fesko)

"Adam, itulah member kita. Bukan main miang lagi berjalan dgn makwe. Pui"
Geram Arjuna yg hanya memandang Anaqi dari jauh.

Adam hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

kisah pendek budak yutiem #2



Setelah menempuh perjalanan 2 jam 30 minit, akhirnya Anaqi sampai di rumahnya di Seremban.
Kepulangan Anaqi disambut mamanya yg baru selesai masak. Anaqi terus ke dapur.

"Anaqi. Sibuk minggu ni? Banyak assignment ke anak mama?"
Mama Anaqi memulakan perbualan.

"Hmmmm Sibuk tu sibuk. Tapi bukan sebab assignment. Sibuk na Login Yespoji tak lepas-lepas"
Jawab Anaqi mudah sambil mencapai kicap manis di meja makan.

Mama Anaqi menumbuk belacan dengan penuh geram.


--------------------------------------- kisah pendek budak yutiem ---------------------------------------

Saturday, May 14, 2016

REVIEW AADC2

Selesai menonton AADC2, aku dan Anis berjalan ke arah parking. Macam biasa, aku singgah di mesin pembayaran automatik utk membayar tiket parking. 

Dalam kereta, aku memandang Anis.
Aku senyum.
Aku terus review AADC2.

Dari Sore hingga lewat senja.
Mobil Jeep dipandu melepasi kota.
Bukit menyaksikan bandaraya Jogja.
Wahh. Cantik bangat!! iyakan, Cinta? 

Ehhh.

Itu jam penumbuk kanan Anis hinggap tepat dipipi kiri aku.
Malam tu aku tidur menghadap dinding.

Thursday, May 5, 2016

kisah pendek budak yutiem #1

"Hey abg Anaqi. Abg belajar mana sekarang ea?" Soal Arjuna, sepupu Anaqi yg sedang gigih menghadapi SPM.

"Dulu abang diploma kat UTM KL.Sekarang sambung degree kat UTM Skudai." Jawab Anaqi mudah.

"Mesti best kan? Jalan rata, bonggol tak banyak, parking senang. Yg paling best, wifi laju gila bapak. Kan? Kan?" Teruja sungguh Arjuna.

Seminggu Anaqi kemurungan di tepi tingkap.

Wednesday, May 4, 2016

PABILA LAKI BINI SPESIS BONDING KUAT

Selepas salam peluk cium ma ayah adik beradik dan isteri, aku pun memecut balik ke Joho. 
Menghabiskan sisa sisa pengajian aku yg tinggal kurang lagi 2 bulan.

Dari tol senawang, aku melalui Lebuhraya PLUS menghala ke selatan.
Papan meter pada asalnya terpapar angka 70km/j , kini meningkat naik ke angka 80km/j. Kelajuan kereta masih belum ditahap kelajuan biasa.

Tiba-tiba, Xperia berbunyi.
New notification.
Oh, whatsapp Isteri.

"Abang bila na balik Seremban?"

Secara automatiknya, sepanjang perjalanan dari Senawang ke Johor, mata ku terkebil kebil dan terus terkebil kebil.

Aku baru nak balik JB.
Baru masuk highway.
Baru area Senawang lagi.
Baru 90km/j.

Baru.

Tuesday, May 3, 2016

KISAH EJART TAHUN AKHIR


Hari ini aku drive balik ke Johor.
Dari Senawang sampailah ke Johor, fikiran aku diganggu oleh beberapa perkara.
 Selain daripada memikirkan susunan plot movie Civil War dan tips presentation thesis PSM, aku memikirkan senarai barang yg patut dibawa balik ke Johor.

Macam ada sesuatu yg tertinggal je ni.

Kunci? Ta.
Kasut futsal? Ta.
Charger? Ta.
Apaa ek?

Hmmmmmm

Mahgrib pun menjelma.

Aku memerhatikan rakan sebilik aku yg leka bermain game pada komputer riba.
Aku terus merapatinya.

          "Weh, minggu ni kita share tuala kau, boleh? Hehe"