Tuesday, May 17, 2016

ANAK MUDA YANG BERWARASAN.

Gambar Google

1. Komitmen Kewangan Rendah.

CCRIS kasih suci, belum ternoda dengan hutang kereta mahal, pembiayaan peribadi dan tunggakan hutang kad kredit. Jadi mudah bank luluskan pinjaman.

2. Tempoh Pembiayaan Maksimum 35 Tahun.

Kalau dapat maksimum 35 tahun, ansuran bulanan jadi rendah. Lebih senang nak dapatkan aliran tunai positif untuk rumah pelaburan. Jika anda berumur 45 tahun, baru nak beli rumah, anda akan dapat tempoh pembiayaan 25 tahun sahaja.

3. Takaful/Insurans Rumah Murah.

Ini memang standard lah. Makin tua, makin tinggi takaful/insurans yang kita kena bayar kerana lebih tinggi risiko yang perlu dihadapi oleh pihak takaful.

4. Mudah Menyimpan Duit.

Muda-muda kalau belum ada tanggungan lagi, lebih mudah nak menyimpan duit untuk dijadikan deposit rumah. Kalau ada anak pun, masih kecil. Kena bijak merancang kewangan.

5. Rumah Lebih Murah

Walau berapa pun umur anda sekarang, lepas 10 tahun, harga rumah pada waktu tu pasti lebih mahal daripada sekarang. Jika sekarang anda layak dan mampu beli rumah RM150K, teruskan. Lupakan dulu rumah idaman.

6. Mudah Cairkan Hati Bakal Mertua.

Bila tahu yang anda sudah ada rumah, mudahlah untuk mereka lepaskan anak gadis untuk bernikah dengan anda. Kerana anda anak muda yang berwarasan.
Waras untuk membezakan aset dan liabiliti. Haha. - HF

Tulisan Harith Faisal

0 comments: