Wednesday, May 4, 2016

PABILA LAKI BINI SPESIS BONDING KUAT

Selepas salam peluk cium ma ayah adik beradik dan isteri, aku pun memecut balik ke Joho. 
Menghabiskan sisa sisa pengajian aku yg tinggal kurang lagi 2 bulan.

Dari tol senawang, aku melalui Lebuhraya PLUS menghala ke selatan.
Papan meter pada asalnya terpapar angka 70km/j , kini meningkat naik ke angka 80km/j. Kelajuan kereta masih belum ditahap kelajuan biasa.

Tiba-tiba, Xperia berbunyi.
New notification.
Oh, whatsapp Isteri.

"Abang bila na balik Seremban?"

Secara automatiknya, sepanjang perjalanan dari Senawang ke Johor, mata ku terkebil kebil dan terus terkebil kebil.

Aku baru nak balik JB.
Baru masuk highway.
Baru area Senawang lagi.
Baru 90km/j.

Baru.

0 comments: