Saturday, June 25, 2016

PABILA SUAMI TIDAK OUTSTATION

Aku dah tak nak outstation lama-lama lagi dah.
Tak nak tinggalkan Anis jauh jauh.
Baik pergi belajar kat Skudai atau ada kerja luar.
Senak perut aku tiap malam kalau macam ni.

Bukan apa.

Baru 3 minggu tak jumpa Anis.
Pukul 3 pagi dia terjaga dari tidur.
Dalam gelap tu, dia tumbuk pipi kiri aku. Tepat pula tu.

Selamba dia kata,

"Woii. Kau sape?"

Aku geram, aku buka lampu bilik.
Bila nampak muka aku, baru dia sengih sengih usap pipi aku.

"Ehhh abaaannnggggggggg"

Sunday, June 19, 2016

GAJI PERTAMA ISTERI

Hari ini hari gaji. Punyalah seronok Anis dapat gaji sampaikan dia paksa aku bawa tempat makan paling sedap. Dia teringin nak belanja aku, katanya.
.
Sebagai pakwe dan husband yg baik, tak wajar aku pau Anis. Jadi, aku pilih port biasa kami sebelum dan selepas kahwin. Kepsi.
.
Sampai kat kaunter, aku bagi ruang Anis untuk memilih menunya dahulu.
.
"Set D. Ayam na besar. Air milo. Na tu na ni bla bla bla".
.
Sejurus habis Anis order, dia bisik kat telinga aku,
.
"Abang, sayang cari seat dulu ea. Risau penuh pula."
.
Aku menganggukkan kepala tanda setuju.
Sedikit pun aku tidak syak apa-apa.
.
Selesai giliran aku order menu aku, aku terdiam beberapa saat. Aku mula meraba raba dompet yg diletakkan pada poket belakang.
Mujur masih ada not 50 yg aku selitkan.
.
Bukan keeee harii niii dia na belanja???
.
Dari jauh, Anis sengih-sengih memandang reaksi aku.
Perghh.
Nasib baik aku pilih Kepsi.

Wednesday, June 15, 2016

PERKARA TERAKHIR DI UTM

Suasana sedikit sayu di foyer Blok B08.
Yela. Sudah sampai penghujung pengajian ijazah sarjana muda.
Masing bersalam-salaman, berpelukan sesama sendiri.
Cium pipi kanan. Cium pipi kiri. Cium pipi kanan kembali.
Typical kaum hawa.

Sementara aku, Syukri, Azam masih lagi menikmati keseronokan kebebasan yang sementara ini sebelum memasuki alam pekerjaan.
Bergelak tawa bagai raja.

Apa barang sedih-sedih.

Tidak lama itu, aku terdiam.
Walau sudah sampai ke penghujung pengajian, aku berasa ada perkara yang masih belum terlunas lagi.
Aku termenung sebentar memandang papan tanda Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah.
Memikirkan perkara apa yang aku perlu lakukan di saat suasana yang masih sayu lagi.

Hmmmmmmm.
Kini aku tau.

Ya.

 Bayar yuran.

PESANAN KERJAYA LECTURER

Semasa perjumpaan terakhir bersama Dr Salfa, Dr Salfa ada menghadiahkan doa serta beberapa pesanan kepada anak buahnya yg sudah tamat belajar.

"Saya doakan kamu semua berjaya di dunia dan akhirat. Semoga sihat selalu. Ingat ye. Jaga diri semua. Jaga keluarga. Jaga makan. Jaga solat......."

Aku yg masih dalam mood gembira tamat pengajian, tiba-tiba menyampuk,

"Jaga bini. Hihi".

Monday, June 13, 2016

TIPS JIMAT TRAVEL

Aku perati je promotion Air Asia ni.
Banyak tempat boleh pergi. Tak kiralah domestik mahupun antarabangsa.
Memang murah daripada biasa.
Berbaloi-baloi.

Aku dari awal lagi dah aim beberapa tempat.
Kansai misalnya.

Harga tiket biasa boleh cecah RM5** sehala.
Kalau ikut Harga promotion ni, aku perlu bayar RM299 sehala.
Jimat RM200++

Aku fikir, eaaa sudah jimat banyak.
Baik ni.
Terus aku buat kira-kita.

Akhirnya, aku fikir aku bukan jimat RM200 sebenarnya.
Sebenarnya, aku telah belanja RM299.
Secara tidak langsung, aku buka peluang kebocoran kewangan aku.

Ok
.
RM299 sehala maknanya RM1300++ utk dua orang.
Penginapan lagi? Pengangkutan? Belanja makan minum lagi.
Uish. Besar belanja tu.

Penyudahnya, aku ajak Anis travel via Google Street View je.
Haha.

Sunday, June 12, 2016

PUNCA SAKIT PERUT

"Ejart. Konfom roti bukan puncanya. Roti ni lambat lagi expired dia."

"Habis tu, apasal kita sakit perut ni? Nutella?"
Danial terus membelek-belek bekas Nuttella.
 
"Ishh Nuttella ni expired dia tahun depan. Aku rasa sudu la".

Aku menjadi tidak keruan.
Belum pernah sudu menjadi punca keracunan makanan. Orang tercekik sudu, ada lah.

"Kau tade sudu kan. Habis, kau jumpa mana sudu ni?" Aku soal serius.

"Hmm aku jumpa kat tandas" betul betul selamba Danial jawab.

Kalau bukan bulan puasa, aku dah lama gigit Danial gemuk ni.
Aku tahan nafsu sambil usap perut.