Sunday, June 19, 2016

GAJI PERTAMA ISTERI

Hari ini hari gaji. Punyalah seronok Anis dapat gaji sampaikan dia paksa aku bawa tempat makan paling sedap. Dia teringin nak belanja aku, katanya.
.
Sebagai pakwe dan husband yg baik, tak wajar aku pau Anis. Jadi, aku pilih port biasa kami sebelum dan selepas kahwin. Kepsi.
.
Sampai kat kaunter, aku bagi ruang Anis untuk memilih menunya dahulu.
.
"Set D. Ayam na besar. Air milo. Na tu na ni bla bla bla".
.
Sejurus habis Anis order, dia bisik kat telinga aku,
.
"Abang, sayang cari seat dulu ea. Risau penuh pula."
.
Aku menganggukkan kepala tanda setuju.
Sedikit pun aku tidak syak apa-apa.
.
Selesai giliran aku order menu aku, aku terdiam beberapa saat. Aku mula meraba raba dompet yg diletakkan pada poket belakang.
Mujur masih ada not 50 yg aku selitkan.
.
Bukan keeee harii niii dia na belanja???
.
Dari jauh, Anis sengih-sengih memandang reaksi aku.
Perghh.
Nasib baik aku pilih Kepsi.

0 comments: