Nak beli rumah pertama, tapi ilmu belum ada. Mari sini saya kongsikan 10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA.
1. Rumah Pertama Rumah Pelaburan.
Kalau rumah pertama tu anda buat untuk duduk sendiri, agak sukar nak
tambah rumah lagi. Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji.
Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan
tambahan.
2. Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman.
Semua orang
teringin nak rumah besar, senibina moden, ruang tamu yang luas dan
perabot yang mahal. Tapi cuba fikir rasional. Kalau belum mampu, beli
rumah kecil pun tak mengapa. Takkan nak tunggu harga rumah naik lagi.
3. Rumah Pertama Kecil Tidak Mengapa.
Rumah besar, modal deposit dan kos-kos lain pun besar juga.
Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya, rumah kecil
RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja. Rumah RM300,000 pula perlukan
modal RM45,000. Keluarga kita pun kan kecil lagi. Mengapa bayar lebih
untuk bilik yang tidak berpenghuni.
4. Rumah Pertama Bawah Harga Pasaran.
Pasaran pada masa ini memihak kepada pembeli. Tuan rumah ada yang
terdesak menjual rumahnya. Pembeli kena bijak nego selagi boleh untuk
dapatkan harga terbaik. Elak beli rumah atas harga pasaran. Nanti anda
yang merana nak keluar modal.
5. Rumah Pertama Bukan Maksimum Kelayakan.
Kalau layak rumah harga RM300,000 carilah rumah berharga RM250,000.
Supaya mudah dapat kelulusan bank. Bagi ruang sedikit kepada DSR. Lain
bank, lain cara kiraan kelayakan pembiayaan. Takut bank A sahaja kata
layak RM300,000. Bank lain cakap RM260,000 sahaja.
6. Rumah Pertama Beli Dengan Ejen.
Ejen Hartanah akan bantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet
anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang zero bab hartanah. Jangan
percaya mitos "beli dengan ejen, harga rumah jadi mahal". Ejen hari-hari
berurusan jual beli rumah. Kita pula nak beli rumah setahun sekali pun
belum tentu.
7. Rumah Pertama Sebelum Berkahwin.
Beli
rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% di bawah harga pasaran.
Dapat cash back, boleh guna untuk majlis kahwin pula. Bakal pak mertua
pun seronok bila tahu bakal menantunya dah ada rumah. Terus green light.
Rumah dapat, orang rumah pun dapat. Bijak.
8. Rumah Pertama Sebelum Kereta.
Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM500 dan keduanya
disewakan pada kadar RM700. Dapat aliran tunai positif RM400, boleh
pakai Proton Saga Plus percuma. Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul.
Kiralah guna kalkulator ikut kemampuan sendiri.
9. Rumah Pertama Dengan Modal Minima.
Beli rumah murah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah, beli
rumah daripada pemaju dengan entry cost rendah dan guna pakej 100%
pembiayaan bagi yang layak. Modal minima, bukan modal langsung tak perlu
ada.
10. Rumah Pertama Bukan Beli Ikut Nafsu.
Pembeli
rumah pertama biasa teruja dengan pelbagai iklan dan tawaran. Itu macam
bagus. Ini pun macam bagus. Jangan ikut nafsu, tapi ikut ilmu. Ilmu
bukan datang bergolek tapi perlu dicari. Sebelum melabur pada hartanah,
lebih baik melabur dahulu pada ilmu.
Takut-takut nanti duit untuk melabur entah je mana. Duit 'melebur' lagi adalah. Haha. SHARE jika bermanfaat. - HF
Thursday, April 7, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment