First time jumpa makwe........member
Malam ini Anis akan terbang ke Kemboja.
Anis merupakan orang kuat bagi program di Kemboja. Kira power juga Anis ni.
Aku setakat handle Majlis Makan Malam Kelab Persatuan je kot.
Itu pun aku tak buat all out.
Flight awal pagi.
Sebagai pakwe yang kacak sehati sejiwa, aku pergi ke airport.
Sekurang-kurangnya aku na bagi support kepada Anis.
Paling kurang pun, lambai tangan.
Aku minta Danial drive ke airport. Aiman pun ikut sekali.
Memandangkan gerak malam, so boleh temankan Danial drive kalau aku terlelap.
Sementara menunggu Danial bersiap, aku duduk di atas katil sambil main phone.
Danial daripada berkemban, sudah mengenakan jeans.
Aku perati je Danial ni.
Danial buka pintu loker besi dan mengeluarkan dua helai baju baru yang digantungkan pada penyangkut baju.
Diangkat tinggi baju tu. Dipandang satu persatu baju tersebut.
Mula-mula pandang baju di tangan kiri.
Digeleng kepalanya.
Danial terus pandang baju ditangan kanannya.
Dibelek baju tersebut.
Dia senyum tanda puas.
Aku mula geram.
Aku geleng kepala.
Makin dibelek baju tu, makin geram aku dibuatnya.
“Cilakak Danial. Ni na jumpa makwe lu ke makwe aku?”
Aku terus bangun dari katil.
Cepat-cepat aku tukar baju baru aku.
Aku spray perfume satu badan.
0 comments:
Post a Comment