Wednesday, March 16, 2016

Kejutan Budaya

Tahun 2010 gua berdaftar sebagai pelajar baru di UTM. Universiti Terbaik Malaysia. Eh Eh. Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Gua ditempatkan di Kolej Kediaman Semarak dan disatukan bersama Abe Paan dari Kelantan dan juga MilRahim dari Perak. Gua pula dari Negeri Adat Pepatih, Negeri Sembilan.

3 bulan duduk dengan dorang gua kurang bercakap dengan member Kelantan ni. Bukan apa. Langsung gua ta faham apa yang member Kelantan ni borakkan. Gua hanya perati je. Orang Kelantan ni memang pekat dalam berkomunikasi. Memang tak boleh na tukar loghat tu.

------------------------------ O----------------------------

 Setelah sebulan berdaftar di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, gua masih lagi berjumpa dengan Abe Paan dan Mil Rahim. Seperti anak-anak muda lakukan malam-malam, kami berbual di Restoran Agus. Gua melayan mesej makwe gua sementara Abe Paan kusyuk mendengar MilRahim bercerita.

Sampai satu plot cerita MilRahim mula tidak dapat difahami, Abe Paan mula menegur.

“Kau cakap ape Sey ??”

Itu jam gua rasa, kemungkinan besar Abe Paan seorang anak Kelantan celup Singapore.

0 comments: