ROADTRIP KEGEMARAN
Seremban-Melaka-JB; roadtrip yang biasa aku harungi hampir setiap hujung minggu.
Barangkali ianya hanyalah road biasa yang dilalui oleh sesetengah driver ataupun rider dengan tujuan masing-masing.
Apa pun, pada aku, road ini menjadi antara roadtrip yang paling aku gemari.
Kau akan lihat ianya berbeza setiap masa.
Lebih-lebih lagi di daerah Pagoh dan seangkatan dengannya.
Kau akan layan kabus di waktu awal pagi sambil menikmati mentari mula menunjukkan dirinya.
Pada waktu petang kau akan menikmati angin petang sambil tangan kau menari diluar tingkap.
Dikala malam pula, aku akan berasa kecil lebih-lebih lagi jika aku menaiki Mini Merah. Mengapa? Sebabnya pada malam hari lah, raksasa jalanan seperti lori-lori balak, lori container akan memenuhi kiri dan kanan. kau.
Kau bayangkan diameter tayar jentera berat seperti itu sama tinggi dengan tingkap kereta Mini.
Uisshh..
Sebagai tambahan, untung-untung kau akan jumpa jentera-jentera lama sebagai contoh Mercedes, yang turut sama melalui jalan yang sama.
Lagi seronok bila ada jentera lain yang senyum melihat Mini Merah aku menghiasi jalan yang sama.
Mereka senyum, mereka menunjukkan tanda bagus dan ada juga yang mengambil gambar.
Selama 3 tahun, aku berulang alik Seremban ke JB.
Kadangkala aku menyinggah di Melaka. Sama ada aku terjah rumah makcik aku ataupun aku berhenti berehat di sekitar hentian.
Oh ya. Sebut sahaja pasal roadtrip, aku rindukan satu roadtrip yang agak rare pada aku.
Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau.
Ya.
Aku rindu.
0 comments:
Post a Comment