Monday, September 21, 2015

KISAH EJART TAHUN AKHIR

LECTURER DARI AFGHANISTAN

First impression kelas law sem ni tidak beberapa menggembirakan hati aku.
Awal-awal lagi aku dan rakan sekelas lewat masuk ke dalam kelas. 15 minit lewat.

 Lebih teruk lagi, lecturer dah tunggu di dalam kelas. 

Aku melangkah masuk ke dalam kelas.
Aku lihat, seorang lelaki sedang duduk di kerusi hadapan kelas.

           “Damn. He’s big. Kalau kecik boleh la kita minta maaf” aku bisik kepada Abe.

Kemungkinan Abe tidak mendengar bisikan aku.
Kemain laju dia melangkah.

Aku duduk dan sesi kelas pertama bermula.
Sesi suai kelas.

Memang tak masuk akal, lecturer aku ni berasal dari Afghanistan dan mengajar subjek law.
Law dalam bahasa melayu pun aku pening baca ayat law, inikan pula dalam bahasa penjajah.
Abe yang duduk di sebelah aku dah mula geleng kepala entah berapa kali.

Habis sahaja sesi suai kenal, lecturer aku tanya ada sesiapa ada white board marker.
Aku teringat aku ada marker dalam beg. Lantas aku capai beg dan menyeluk tangan ku ke dalam beg.

Tiba-tiba Abe memegang tangan aku yang berada di dalam beg. Seakan-akan menghalang aku untuk mengeluarkan marker pen. Abe terus pandang aku.

           “Jangan keluarkan Jart. Please jangan. Biarkan dia”

Ya. Aku tau semester ini agak tough.

0 comments: