Satu
malam mendebarkan di District K205. Gua bersama komrad da merangka strategi na
tangkap penjenayah emas dari Pekan. Saudagar Umar yang memegang kod bar
921011-xx-xxxx.
Suasana
berperang tertanam jiwa setiap komrad. Masing-masing menunjukkan keinginan
menamatkan riwayat Saudagar Umar. Komrad yang diketuai oleh Sarjan Danial
lengkap dengan pakaian perangnya--hanya berbaldikan kepala, tidak berbaju dan
berseluar pendek.
Dengan
arahan Koperal Abu, Sarjan Danial dilantik menjadi komrad paling hadapan sekali
untuk mengetuai misi ini. Musuh kami; Saudagar Umar setia menanti kami berbekalkan
mesingun water pump inovasi daripada pili bomba yang berdekatan.
Berdasarkan
strategi Saudagar Umar, sesiapa keluar memang akan terkorban dengan pancutan
water pump Saudagar Umar. Seperti yang dirancangkan oleh Koperal Abu, kami akan
keluar bersama-sama menjejaki Saudagar Umar yang entah di mana.
Suasana
sunyi tiba-tiba.
Mendebarkan.
Dup
dap dup dap.
Lagu
suspen dipasang bagi menggamitkan semangat.
Komrad
sudah sedia menerima tugasan dari Koperal Abu. Sarjan Danial barisan paling
hadapan. Diikuti Koperal Abu, dan komrad yang lain.
Gua
sebagai pemerhati kawasan berada di kedudukan lebih tinggi daripada komrad
lain. Atas katil. Tekun memerhati setiap langkah yang diambil.
Pintu
gerbang District K205 dibuka pelan.
“Serang!!!
Go!! Go!! Go!!”
Masing-masing menjerit semangat mengorak langkah. Sarjan Danial bersama baldi
di kepalanya yang terlebih dahulu bergerak keluar dari pintu gerbang District
K205.
Gua
yakin komrad gua pasti menang.
Kita
pasti menang.
Sebaik
sahaja tubuh Sarjan Danial keluar daripada sempadan District K205, Koperal Abu
cepat-cepat menutup pintu gerbang. Bukan sahaja tutup, malah siap berkunci lagi
membiarkan Sarjan Danial berperang keseorangan.
Itu
jam gua hanya mendengar jeritan Sarjan Danial merayu meminta tolong.
Kesian,
sadis dan tertawa.
Tidak
ada satu pun terlintas dalam kepala otak kami. Komrad yang lain sakan tertawa.
Masing-masing berguling-guling kesenakan perut.
Gua
yang berada dikedudukan tinggi tadi, jatuh ke lantai atas sebab tindakan
drastik Koperal Abu.
Gua
ta tau Koperal Abu ada Plan B.
Persoalannya
Plan atau Prank?
Gelak
punya gelak, tiba-tiba,
Kedebuk!!
Kami
terdengar bunyi terhempap. Cepat-cepat kami mencari arah bunyi. Gua yakin
sasaran sudah tertewas. Gua yakin sangat.
Sarjan
Danial sememangnya seorang pahlawan yang terbilang, gemilang dan semua yang
lang-lang. Pasti diberi peranugerahan.
Sarjan
Danial akan dinaikan pangkat.
Bravo.
O---
Dikawasan
simen yang lapang, gua hanya terlihat susuk tubuh gempal terdampar di tepi tong
sampah.
Ya.
Gua ta salah lagi.
Itu
jasad Sarjan Danial.
0 comments:
Post a Comment