Wednesday, November 25, 2015

PESANAN RINGKAS BUAT ISTERI

RINDU

Jarum jam sudahpun melepasi satu pagi
Aku masih jaga menyandar pada kerusi
Jari jemari cekal menari pada papan kekunci
Menyiapkan tugasan yg belum pasti

Lengkap bahagian satu, aku sandar kembali.
Ditemani Danial yg sudah dibuai mimpi.
Menikmati Nescafe 3 dalam 1 yg baru dibeli.
Nikmat, hingga ku terleka masa berlalu pergi.

Ah, aku tepu. Mula hilang idea dan juga isi.
Buku tebal biru, komputer riba semua ku tolak tepi.
Aku capai telefon Sony, ku taip sepenuh hati.
Sebuah pesanan ringkas buat si isteri.

"Aku rindu kau"

Tuesday, November 24, 2015

Wednesday, November 18, 2015

Monday, November 9, 2015

Comot yang comel

Traffic light merah.
Pedal brek Myvi Pink aku pijak.
Berhenti.
Gear daripada D, aku ubah kepada N.
Jimat minyak sikit. 

“Andai kata abang tak da Vespa, Mini, rumah, harta, dah tak hensem bila tua, awak nak abang lagi tak?”.
Aku soal Anis. 

Anis senyum memandang aku.
Barangkali kelakar agaknya soalan aku. 

“ Kita dah rapat dengan awak sejak awak langsung taka da apa-apa lagi. Kosong. Sejak zaman sekolah lagi. Family awak pun kita tak kenal. Hmmm abang pula?”
Anis berbalas soalan dengan aku. 

“Abang?? Abang dah syok pada awak sejak awak comot lagi. Pakai tudung pun sengat masa itu”
Jawab aku selamba. 

Lampu hijau.
Belum sempat Anis respon dnegan jawapan selamba aku, cepat-cepat aku tarik gear ke D.
Pedal minyak aku tekan habis.
Myvi Pink memecut laju.
Tersandar Anis.



Wednesday, November 4, 2015

Saturday, October 31, 2015

ANAK LELAKI SATU SIAP!

KEDAI MAMAK KASSIM

Kelihatan dua orang sahabat sedang berbual mengenai topik Anak.

Anaqi: Weh Juna. Kau kahwin dah dekat 5 bulan dah. Mia dah pregnant ke belum? Hehehe.

(Arjuna hanya mendiamkan diri memandang pepohon luar)

Anaqi: Kau tgok family sebelah meja. Anak comel comel. Kau tak teringin ke?
Nanti bila ada anak, boleh la bawa jalan jalan sekali kan. Kau tak teringin ke?

(Arjuna semakin panas dgn kata kata Anaqi. Lantas Arjuna memanggil mamak.)

Arjuna: Aney. Anak lelaki kembar dua. Bungkus ikat tepi. Straw kasi besar.

Aney: Siap!!!

Monday, October 26, 2015

NIAT SALAH

Malam pernikahan di rumah Maya.

Abah Maya: Aku nikahkan dikau dengan anak ku Maya Binti Anaqi dengan mas kahwin RM200 tunai.

(Abah Maya menggoncangkan genggaman tangannya sambil mengangkat-angkat kening)

Arjuna: Sahaja aku teri.......

Belum sempat Arjuna ucap Qabul, satu lempangan jarak dekat hinggap tepat dipipi kanan Arjuna.

Abah Maya: Apa sahaja-sahaja. Sahaja tu, utk niat mandi wajib.

Wednesday, October 21, 2015

BAHANA GST

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Gst ni boleh cenderung ke arah putus kawan sebenarnya.

Sebagai contoh, habis makan kat mamak, Danial bayarkan dahulu kat aney tu.

Bila Danial kembali ke meja, "Ejart, kau punya Lima Sengah. Kalau termasuk gst, Lima Hengget Lapan Puluh Tiga Sen. Bayar kat aku genap"

Mana pula aku na cari 3 sen ni.

Monday, October 19, 2015

MELANCONG

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Ejart: Kalau melancong ni percuma, kau tak jumpa aku dah.

Danial: Jumpa.

Ejart: Eh. Apasal pula.

Danial: Sebab aku ikut kau melancong juga.

Ejart: Apahal???

Sunday, October 18, 2015

ANGAU JEPUN

KISAH EJART TAHUN AKHIR

Malam ini sederhana sepi. 
Sesekali kedengaran juga bunyi hon di jalanan. Apa hal entah dgn orang Malaysia ni. 
Tak menyabar langsung.

Aku masih kenyang. 
Aku hanya menyandar pada kerusi sambil memerhatikan Danial mengunyah roti kosong. 
Sedap sangat tu.
Daripada segi gaya, memang nampak Danial sedang lapar. 

"Aku rasa aku na pergi Jepun la." 
Kata-kata ini keluar dari mulut aku secara tiba-tiba.

Danial yang kusyuk mengunyah roti canai, berhenti serta merta.
Terus memandang tepat ke arah aku.

"Kau apa hal Ejart?"