Friday, July 1, 2016

SATU SEMES-STAR



Aku masih ingat moment kenalkan diri
Masa tu semua pandang macam zombie
Maybe sebab kami budak direct entry
So, Hi. aku Ejart. Aku anak en Tamsi.  

Mmg berat bila kelas awal pagi
Itu jam, aku, katil dan gravity sudah sebati.
Lect Tanya, kenapa lambat lagi?
Oh, yg baik biasa datang lambat, kata isi hati.

Time dapat assignment, group pilih sendiri.
Semua dah pakat member kanan kiri.
Weh, kita satu group,  kau jangan lari.
Aku hanya respon, Ok ok, aku janji.

Bila bahagi part, semua kejar part senang sekali.
Editting, print binding mmg part goyang kaki.
Time discussion, batang hidung never ever see.
But time submission cepat  bagi name IC

Time presentation, kita present part sendiri.
Any questions? Just leave it to me.
Alaa point jawapan cuma 2 3 only.
The rest, we just  goreng macam maggi.

Esok test, so stay up lah sampai pagi.
“5 minit kejut aku”, 10 minit pastu sunyi.
Rupanya member pun tertidur sekali.
Time test, sengih sengih pandang kanan kiri.

Kerja last minute? oh nothing to worry.
We all expert like budak mechy
Subjek satu semester, satu malam kita study
Best part, carry mark pun also tinggi.

Cuti midsem je, memasing lesap kemain lagi.
Khamis habis kelas, Huh Rabu dah cabut lari.
Aku pun pelik tgok perangai homesick camni.
Cehh walhal aku pun balik jumpa bini.

Naik je midsem, hilang pedoman diri.
Mana tidaknya, terlupa assignment diberi.
Mulalah menggagau cari jawapan sana sini.
“Weh, kau dah siap? Meh, aku na copy”.
  
Season PSM, fuhh season paling scary
If tak kuat, scary will change to tragedy.
“wrong objective!! Change topic!!” said SV
 That time, semua benda not menjadi.

Sebelum Viva, aku chill siap tulis 2 3 puisi.
Saje na bagi korang tenang dalam hati.
Bila schedule keluar, aku pula yg tak senang hati.
First presenter present 8.30 pagi.

Time study week, semua pulun study.
Ada study bilik, ada study library.
Yang aku awal awal dah balik Nogori.
Bukan apa, cuma lebih suka study dengan bini.

Time exam, semua aku perati.
Ada garu kepala, ada juga yang usha kanan kiri.
Baru 10 minit aku mintak tambah kertas lagi.
Saja bikin member kusut tak senang hati.

Ada satu part aku ada ajak bercuti
Bukan sekali, tapi lebih 20 kali.
Ada yang na ikut ada yang tunggu duit PT.
Hmmmm last last semua senyap sepi.

Ada satu hari di awal pagi.
Terbangun lambat, bergegas pergi mandi.
Dah ensem ensem siap start kereta Mini.
Bila buka wasep, “Hmm Kelas batal lagi”.

Pejam celik dah tiba destinasi.
Pelan-pelan  grab our degree.
Punyalah banyak sweet memory
Dia punya sweet boleh potong kaki.

Maafkan aku andai tersalah itu ini.
Tersalah laku, tersalah kata hati.
Aku mendoakan korang pada Ilahi
Moga kita berjumpa di lain hari

Ok. Ok. Ok. Cukuplah sampai disini.
Nanti meleweh leka ke esok pagi.
Andai punya masa dan idea lagi.
Pena dan buku kembali berkolarborasi.

 ..................................................................................................................................

Tentang seme-STAR (semester), aku tulis pada penghujung zaman degree masa di UTM Skudai. Lebih kepada memori dalam kelas. Aku yakin, cerita ini juga menggambarkan suasana alam universiti di tempat lain. 

Dan ini daripada tulisan aku sendiri. 
Aku punya versi.

Terima kasih.

0 comments: