Itu hari gua balik Seremban.
Seperti biasa. Khamis-Jumaat, aku lepak rumah. Sabtu, aku akan keluar dengan Anis.
Mengular.
Satur-date bak kata orang muda.
Tibanya hari Sabtu, aku pelik. Anis langsung tak whatsapp aku.
Selalunya pagi-pagi dah whatsapp aku.
Ni ta, langsung tak ada.
Aku baru teringat, aku kena topup.
Ok. Aku start enjin vespa.
Aku terus pecut laju ke 7 Eleven.
Dah beli, aku pecut balik ke rumah.
Sambil baring, aku isi topup.
2 minit berselang, traffic jam line aku.
Banyak whatsapp masuk ke dalam phone aku.
Semuanya daripada Anis.
“Awak mana??”
“Mana hilang??”
“Abaaaannnngggg”
“Where r u going?”
“Jangan buat sayang risau”
“Abang kena gigit nyamuk ke?”
Aku terus tergolek dari katil.
Apa salah nyamuk daaaa.
0 comments:
Post a Comment