Monday, June 12, 2017

MONDAY BLUES

Kepada yang berkerja pasti tak nak jumpa hari Isnin. Kesian si Isnin. . Ye la. Dah penat-penat drive jauh balik kampung hari Ahad, Isnin dah kena masuk kerja. Belum sempat update gambar dalam instagram tentang bercuti semalam, dah kena hadap bos. Masih lagi terbayang berjalan-jalan di tepi...

Monday, June 5, 2017

Friday, June 2, 2017

BERATUR PANJANG DI MESIN ATAM

HULURLAH SIKIT . Sebenarnya, aku tak kesah pun kena beratur lama-lama belakang orang yang tengah depositkan duit kat mesin ATM. . Yela. Ada yang tak bawa duit lebih. Ada sebab mesin tak terima duit. Ada yang lupa nombor akaun. . Aku tak kesah pun tunggu lama-lama. Betul. Tak kesah. Malah, aku seronok. . Asalkan selepas dia dapat bank in duit, dia hulur RM50 dekat orang belakang yang...

Monday, May 22, 2017

Wednesday, May 10, 2017

SIMPANAN KECEMASAN (3 BULAN GAJI)

SURAT BUAT TEMAN. . Kehadapan kawan-kawanku yang sudah berkerja atau baru berkerja. . Aku di sini baik-baik sahaja. Aku cuma mahu berpesan beberapa perkara. Yang mana aku rasa aku harus menyampaikan pesanan ini sebelum ada di antara kita tersilap langkah. .Aku mengerti perasaan mendapat habuan gaji dihujung bulan.Ribuan ringgit masuk ke dalam akaun kita.Durian runtuh. Ada seperti udang merah, D24...

Sunday, May 7, 2017

PAKAIAN AKU SELEPAS BERGELAR BAPA

ANAQI vs KAWAN BABAH . Minggu lepas, masa aku berjalan bersama Anis dan Anaqi di sebuah shopping mall, aku terserempak dengan kawan baik aku sewaktu aku belajar di UTM.Dia bersama isterinya yang juga kawan aku..Aku menyapa dia.Terus berbual panjang di tengah kaki lima.Umpama kaki lima di situ bapak kami punya.Ibarat jejak kasih yang bertahun tak jumpa..Bual punya bual, masuklah topik anak.Aku yang...

Thursday, April 20, 2017

KLINIK KESIHATAN (CHECKUP BABY)

AALI ANAQI : PAHLAWAN KECIL .Sementara menunggu giliran untuk checkup baby bulan ke-2, aku dihiburkan dengan nama-nama anak yang barangkali esok besar bakal menjadi artis rakaman kaca tv..Tidak lama itu.."Aali Anaqi. Aali Anaqi".Ibu-ibu yang berada di ruangan menunggu menoleh ke kiri dan ke kanan.Ada yang tersenyum, ada juga yang berkerut dahinya..Anis berdiri dan terus membawa Aali Anaqi ke kaunter...

Monday, April 17, 2017

TABUNG RARE

Aku ada tabung rare. Tabung yang mungkin tak ramai orang ada. Korang boleh cuba. . Macam ini kisahnya. Sewaktu aku belajar kat UTM, aku ada seorang kawan yang mana ada minat yang sama --menabung duit syiling dan not hijau rm5. . Genap je sebulan, masing-masing tunjuk hasil. Bila tengok member punya lagi tebal, makin semangat nak simpan. . Bila beli barang kedai, ada baki, aku asingkan. Jumpa duit...

Tuesday, April 11, 2017

WWF

WWF. . Tidak seperti hari-hari biasa, Anaqi menangis tiba-tiba semasa Anis memakaikan baju tidur Anaqi. Bak kata Anis, macam kena gigit semut api. . Aku macam biasa, terus dukung Anaqi. Anaqi seperti biasa juga bila didukung, senyap dan terkebil-kebil tengok aku. Aku sebagai lelaki, aku faham, Anaqi lebih suka tanpa seluar. Sejuk. . Memandangkan Anaqi dah tenang, aku serahkan kembali kepada Anis...

Sunday, April 9, 2017

SPESIS KAD BANK

MESIN ATM vol3. . Masih lagi berkenaan mesin ATM. Memang banyak cerita pasal ATM ni. . Ok. Dalam keadaan ekonomi tak beberapa cantik ni, selagi mana kita boleh jimat, kita jimat. Bak kata tagline iklan yang dah lama tak keluar, "Belanjalah dengan bijak". . Apa kena mengena jimat dengan mesin atm?. . Macam ini. Jika kau pengguna kad rimau (maybank), kau withdraw la di mesin atm maybank. Jika kau pengguna...

Thursday, April 6, 2017

MESIN ATM TAK TERIMA DUIT ANDA SEMASA DEPOSIT

MESIN ATM. vol2. . Semalam aku ada share (saja-saja share sebab dah lama tak post status fb) tentang tabiat pelik aku sendiri bila withdraw duit. . "Sebenarnya, kita perlu withdraw duit kurang daripada sepatutnya. Bla bla bla". . Kali ini (pasal atm juga), tabiat biasa yang orang tahu, tapi tak ramai yang lakukan. Deposit duit ke dalam mesin atm. Jeng jeng jeng. . Contoh. . Kau beli airpon...

Wednesday, April 5, 2017

TIPS WITHDRAW DI ATM DENGAN BETUL

MESIN ATM. . Sebenarnya, ia menjadi salah, bila mana kita withdraw duit, lebih daripada sepatutnya. . Misalnya. . "Nak beli hantaran kahwin dalam rm20k. Hmmmm keluarkan rm30k lah. Takut tak cukup. Nak standby". . Itu contoh. . Atau mungkin kau dah biasa dengan sifir 50. Tiap kali withdraw duit kat atm, mesti rm100, tak pun rm150, tak pun rm200. Genap. Pada kau, senang. . Lain kali, kalau...

Saturday, April 1, 2017

BUKAN SALAH AWAK

SALAH SIAPA? . Hari ini bawa Anis dan Anaqi balik kampung Tasik. Semasa dalam perjalanan, Anis pesan kepada aku, yang mana dia nak singgah ke kedai runcit. . Beli kudap-kudapan katanya. Aku angguk kepala. Mudah. . Sampai di kedai runcit, Anis minta aku jagakan Anaqi dalam kereta sementara dia yang ke kedai runcit. Anis cakap, aku tak tau barang yang Anis mahukan. Aku anggukkan kepala dan berikan...

Wednesday, March 29, 2017

MANA NAK CARI LISTING RUMAH LELONG?

LISTING RUMAH LELONG Nak beli rumah under contruction, risiko pula kalau rumah tak siap dan terbengkalai. Nak beli rumah daripada developer, tu haa harga kemain tinggi macam KLCC. Nak beli rumah sub sale, owner buka harga lebih daripada market value. Fuh.                                 ...

Tuesday, March 21, 2017

TEMPATAN FEST

HASHTAG KATASUPPORT. Kebanyakan local brand clothing ini guna hashtag yang menggalakkan kita menyokong golongan seperti mereka (local brand yang lain). Hashtag supportlocal Hashtag katasapot Hashtag tempatanbrand Hashtag supportlasikitcikadikoiii. Siap ada hashtag dasarpandangketimur pula tu. Aku (pada awalnya) sebagai local atau anak tempatan sesungguhnya menyahut seruan untuk menyokong...

TIADA LAGI UDANG DI SEBALIK CHAR KUEY TIAW.

MAKAN SORANG "Bang, char kuey tiaw."  Brader char kuey tiaw menghulurkan char kuey tiaw yang sudah siap kepada aku. . Aku memang biasa makan char kuey tiaw di depan Family Store Cengal ni. Dah menjadi port biasa aku dengan Anis. Cuma kali ni, aku seorang. . Aku perati char kuey tiaw di depan aku. Aku kuis-kuis char kuey tiaw ni. Aku asingkan taugeh. Udang sekor. Sekor? Cis. ....

Saturday, March 18, 2017

JIMAT BELI RUMAH SECOND HAND (by hartabumi.my)

BELI RUMAH ‘SECOND HAND’. LAKUKAN 3 PERKARA INI UNTUK JIMATKAN KOS PEGUAM Beli rumah ‘second hand’ tak sama dengan beli rumah ‘undercon’ dengan pemaju. Proses yang perlu dijalani juga turut berbeza. Pembeli rumah ‘second hand’ perlu melakukan banyak proses pertukaran nama pada segala bil dan dokumen yang ada. Ramai pembeli rumah ‘second hand’ terlepas pandang perkara-perkara penting yang...

Thursday, March 16, 2017

TIPS INTERVIEW

Boss: Berapa gaji awak mahukan? Calon: RM1769.32 sebulan. Boss: Kenapa jumlahnya tak genap? Calon: Sebab saya dah kira berapa saya perlukan utk sebulan. Anta faham? Kalau faham, angguk kepala...

FUNCTION KALENDAR DALAM PHONE

Sebenarnya, kalendar phone ada banyak lagi function lain (dan lebih penting) selain daripada set birthday makwe pakwe ni. Sebagai contohnya, 1. Bila next renew lesen. Tahun bila. 2. Bila next renew roadtax + insurance. Kalau ada motor dan kereta, cek motor punya bila, kereta punya bila. 3. Bila next kena bayar cukai pintu & cukai tanah. 4. Bila next service kereta. Bila dah set, so, boleh...

CERITA 100 PERKATAAN

KATA BELAKANG Selesai mandi, aku terus ke sinki. Aku pulas kepala paip. Air mula keluar dari mulut paip dan terus membasahi ruang sinki. Aku menadah air dengan kedua belah tapak tangan.  Seterusnya, aku berkumur dengan harapan tiada lagi sisa makanan yang terselit di celahan gigi. Aku memandang cermin muka. Aku leka melihat wajah diri sendiri. Oh, indahnya ciptaan Tuhan. Susunan...

SIMPANAN MEMORI

 sumber facebook Selain daripada tabung berwarna hijau (RM5) dan oren (RM 20) serta tabung syiling--semestinya, tabung memori ni pun boleh start tahun depan. Yela. Memori aku dah nak full. Memori yg ada pun aku tak beberapa nak ingat. Sebab mode auto delete rasanya....

Wednesday, March 15, 2017

Monday, March 13, 2017

JAGA BABY TAK SUSAH MANA

PENGAMALAN AWAL SI BABAH MUDA Awal pembabitan aku sebagai seorang bapak, aku boleh katakan tak susah mana sebenarnya nak menjaga seorang bayi yang bergelar anak. Tak susah. Betul. Dalam sehari, dua kali mandikan. Pagi dan petang. Dalam hal ini, aku cuma incharge part sediakan tempat dan barang mandian sahaja. Urusan mandi, mertua aku amik alih. Aku cuma bantu sikit-sikit. Tenangkan baby. Lepas...

Wednesday, March 8, 2017

PANTANG 2.0.

BAB MAKANAN sumber Google. Pantang selepas bersalin dengan makanan merupakan satu kombinasi yang sememangnya menghantui wanita. Ibarat pencatuan makanan besar-besar. Macam Anis. Dari hari pertama berpantang sampailah ke hari ini, aku tak pernah nampak Anis makan lauk lain selain daripada...

Sunday, March 5, 2017

LOAN KAHWIN

Sebenarnya, kau tak boleh apply Personal Loan utk kahwin. Walau terdesak mana pun kau nak kahwin, tetap tak boleh gunakan Personal Loan. Sebab apa? Sebab hutang teh tarik mggu lepas pun kau liat nak bayar, inikan pula Personal Loan yg makan puluh ribu. Janga...

Wednesday, March 1, 2017

PABILA ISTERI BERPANTANG, SUAMI....

KESEORANGAN Sejak Anis berpantang bersalin ni, aku keseorangan apabila makan di kedai. Kalau berdua, aku selalu mendengar Anis cerita itu dan ini. Biasanya kami berbual-makan-bual sebelum balik. Hari ini, sunyi. Sepi. Keseorangan ke kedai makan. Sampai kat kedai, aku pilih meja di hujung sekali. Tak nak la orang kiri kanan nampak yang aku spesis forever alone. Brader amik order datang...

Monday, February 27, 2017

JANJI BERPANTANG BERSAMA

KFC PUJAAN HATI  Itu hari adik ipar aku bawa balik KFC. Sebagai peminat ayam goreng KFC, kehadiran ketulan ayam dalam KFC bucket di atas meja makan sememangnya menggugat iman. . Ketulan ayam goreng yang dipanggang dicecah bersama sos Thaiiiiii.. Dihidangkan bersama kentang putar serta coleslaw. . Pergh. Memang...

Saturday, February 18, 2017

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab 10 : finale)

KITA PERANG KITA MENANG "Aaniiiiiissssss. Anisssssss. Suami Anisssss". Suara itu memecah kesunyian diruangan menunggu. Aku yang pada awalnya cuba untuk melelapkan mata terus terjaga dan bergegas ke arah datangnya suara itu. Aku lihat seorang misi perempuan bersama troli bayi sedang berdiri di hadapan pintu masuk bilik pembedahan. Dari jauh aku lihat ada pergerakkan dalam troli bayi tersebut....

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab sembilan)

BUKAN BERITA MENYENANGKAN "Kami terpaksa melakukan operation". Perkataan inilah yang membuatkan aku yang lemah ni semakin lemah. Sumpah, aku lemah. Aku rasa nak terduduk bila mendengarnya. Jantung aku tersentak mendengar kenyataan itu. Lutut aku seperti tidak berfungsi. Suasana menjadi sayu. Air mata aku mula bergenang. Kalau bukan Anis yang baring disebelah aku, sudah tentu aku jatuh. Sumpah. Sewaktu...

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab lapan)

PERANG BELUM TAMAT Di bilik bersalin 10, aku hanya mengusap-usap tangan Anis. Ada kami berdua sahaja. Cuma kadangkala misi atau Dr akan masuk check keadaan Anis dan juga bacaan mesin tadi. Setelah air ketuban dipecahkan, Anis dimasukkan ubat peransang contraction. Iaitu sejenis ubat yang memaksa rahim Anis melakukan contraction agar baby mudah jumpa pintu keluar. Aktiviti ini boleh dikenali sebagai...

Friday, February 17, 2017

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab tujuh)

PRIVASI MENYINGKAP MEMORI Di lobi Bilik Bersalin, aku memerhatikan paparan dikaca tv yang diletakkan dihadapan pintu masuk Bilik Bersalin. Aku memerhatikan sahaja paparan tersebut menunggu nama Anis dipaparkan. 9.37 malam. Nama buah hatiku terpapar. Anis Binti Rahmat | L/B 10 | Belum Bersalin | Wa 4B Kenanga Itu dia. Namanya sudah dipaparkan. Bermakna, aku akan menemaninya sejam dari sekarang. Detik...

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab enam)

WHEELCHAIR : PENGANGKUTAN PAHLAWANKU Malam itu, sekitar jam 8.44 malam, aku menerima whatsapp daripada Anis.           "Pukul 9 dia nak hantar syg ke labor room". Aku terus menelefon Anis bagi memastikan. Anis memberitahu aku boleh menemaninya sejam selepas Anis dimasukkan ke dalam labor room atau mungkin kurang sejam. Dalam kepala aku, aku fikir...

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab lima)

LENA DIBUAI MUSIKAL JANTUNG Jam 4.30 petang. Pintu pagar stainless steel berhampiran lif dibuka oleh pengawal berbangsa India. Aku kira-kira hampir 98 peratus pengawal di Hospital Bersalin dimonopoli oleh berbangsa India. Ramai pelawat yang pada mulanya berhimpun di lobi, mula memenuhi ruangan lif. Waktu melawat tiba. Sepertimana niat para pelawat yang lain, aku pun mempunyai niat yang sama....

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab empat)

SENYUMAN MENAMBAT HATI BETA Hampir jam 1 tengah hari, barulah Anis dimasukkan ke dalam wad. Wad 4B. Tingkat 4. Dari lobi, aku bersama Ma, Ayah, Abah serta Mak menaiki sebuah pengangkutan ajaib bersegi empat iaitu lif ke tingkat 4. Hehe. Wad B berada di sebelah kiri pintu lif. Kami berjalan masuk ke dalam wad tersebut. Selain daripada memikirkan lokasi katil Anis, keadaan wad tersebut memberi...

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab tiga)

DUA PILIHAN SUKAR Sekitar jam 11 pagi, Anis keluar dari ruang pemeriksaan. Dari jauh, aku dah perasan ada pandangan pandangan sedih disekitar wajahnya. Hati aku berdebar-debar. Tapi aku kawal seperti mana Anis kawal air muka kesedihannya.           "Sayang okay?"           "Sayang okay. Tapi.." Aku dah...

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab dua)

BAWA KU PERGI Dalam situasi sebegini, aku rasa seperi tiada apa-apa yang berlaku. Tidak seperti mana drama-drama di kaca tv. Bila mana, si heroin mengadu sakit, si hero terus membawa ke hospital mengunakan kereta yang dipandu laju. Mesti ada scene dimana si heroin meminta si hero agak cepat sampai ke hospital.          "Cepat bang. Sakit bang. Bangggg". Sambil...

Empat Perpuluhan Kosong Satu Kilogram (bab satu)

TANDA DI HENING PAGI           "Abang... Abangg... Abanggg". Suara itu menjengah ruangan mimpi aku. Mula-mula sayup. Makin lama makin kuat hingga memaksa aku terjaga dari tidur. Oh. Anis yang menyahut aku. Walaupun dalam keadaan mamai atau separa sedar, aku sedar yang mana bangkitnya aku dari tidur ini adalah terlalu awal dari biasa. Peliknya,...

Tuesday, January 17, 2017

PESANAN SEMASA PANTANG

Dua tiga hari ni aku dihujani dengan perkataan pantang (berpantang). Buka fb ada yg share. Usha group whatsapp anis yg group Alhamdulillah, Mommy To Be tu pun, penuh cerita pasal pantang. Petua berpantang la, permakanan semasa berpantang la, slim selepas berpantang la, cara shortcut berpantang pun ada. Banyak. Haa minggu lepas, berbual dengan mak mertua pun dia sebut berkenaan pantang.           ...