Thursday, March 31, 2016

Tokang Sampai


"Okay , siapkan homework jumpa next class"

 --- sesi pembelajaran tamat------ 

 Hari dah agak panas , tiba masa utk pulang. Anis menyusun buku di bawah meja dan masukkan sebahagian yang diperlukan ke dalam beg. Tanpa fikir apa , lantas Anis mulakan langkah utk pulang. Terbayang kereta maksu yang akan datang menjemput nanti. "Hm , apalah yang nak dimakan kat rumah maksu karang ," fikir anis. 

 Sedang elok melangkah , seorang budak perempuan berborak dengan Anis "ehhh kau outsider ea?" "Ha.ah" -anis menjawab penuh semangat. Terbayang rumah maksu dan katil ikin yang akan dinikmati.

 "Kau ada nampaklah ejart mechy 2?" 
"Ada kot, ntah la aku tak cam sgt tp boleh lah. Kenapa?" 
"Kau tengok tengok kan lah kat luar kot kotada awek ke"

 Dengan niat dan semangat menolong , sambil menunggu maksu , Anis perhatikan si ejart mechy 2. "hmmmmm takde awek pun dia ni" ehhh ehh. Avanza maksu lah. Okay lah , makin dekat masa utk pulang. 

Keesokan hari.
 "weyh semalam aku tengok dah ejart tu. Dia takde awek pun kt luar tu" "Yeke? Okaylah ,terima kasih" bla bla bla apa yang diborak pun ntah la. Aku lupa. AKu cuma ingat point pasal budak mechy 2 tu je.

 Alhamdulillah aku telah jadi spy dgn jayanya. so , next case pls ?

Monday, March 28, 2016

Hinggapan Yang Tidak Diundang


Tatkala pasukan rumah sukan aku yang dikenali sebagai Rumah Merah tewas di pusingan kedua acara tarik tarik, aku pun bergegas mencapai vespa merah aku.
Aku parking di depan khemah rumah sukan aku sebagai simbolik bertemakan klasik moden. Sememmangnya ianya hasil daripada idea dan olahan aku yang pastinya akan menjadi khemah tercantik pada hari itu. Kah Kah Kah.
Tanpa berfikir panjang, aku menunggang skuter besi terus memulas-mulas trotle di sekeliling kawasan acara tarik tali itu.
Member aku yang membonceng menumpang keasyikan sambil mengibar-ngibar bendera rumah merah kesayangannya.
Kuat sorakan dan tepukan yang aku terima saat itu.
Perrghh memang aku terasa bagaikan raja baru yang menggantikan raja yang dipecat serta-merta.
Sedang asyik mengenyit mata ke arah makwe sekolah yg memandang skuter besi gua ni, aku terdengar satu suara yang pastinya bukan sorakan kuat terus menusuk dalam ke gegendang telingaku.
Aku terus mencari empunya suara itu.
Oh Cilakak.
Ianya datang dari kotak suara guru disiplin yg pastinya menjadi igauan perokok-perokok beginner yang pernah kantoi dengannya. Cikgu Afendi namanya.
Saat anak mata aku menjengah kearahnya melihat kedudukannya, saat yang sama juga dia berlari ke arah aku dengan penuh kerakusan yang membuak-buak.
Member aku yang pada awalnya membonceng aku, awal-awal lagi sudah lompat melarikan diri.
Ya, aku tau maut bakal tiba,tapi sebelum ia tiba, cepat-cepat aku masuk gear satu.
Diri ku ibarat Pak Malang, belum sempat vespa aku bergerak walau sejengkal bayi, satu pukulan padu ala-ala Bruce Lee hinggap tetap ke arah kepala belah kanan aku.
Aku gelarkan ianya "Hinggapan yang tidak diundang".
“Kau tolak moto kau ni keluar dari padang ni sekarang!!”
Suasana yang kecoh dari awal tadi berubah sunyi sepi ibarat dunia sabar menunggu saat bola boling mengenai pin-pin putih yang tersusun rapi.
Sayu.
Sambungan Hinggapan Yang Tidak Diundang








Seposen modal



Rabu.
Ya aku konfom ianya berlaku pada hari rabu. Hari Kokurikulum.
Saat member-member setingkatan yang jenis menggunakan motosikal sebagai alat menunggang ajaib pergi dan balik sekolah, tinggallah aku beruniformkan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia di pondok guard menunggu ma aku datang jemput.
Ya. Ya. Ya. aku memang anak ma aku. Anak sapa lagi? kannnn.
Seperti hari-hari lain, aku menunggu ma aku bersama member lain yang boleh dikategorikan budak buku. Atau jenis rebus buku dan telan.
Petang itu, aku dihiburkan lagu-lagu lama daripada radio milik pak guard.
Sedang melayan lagu yang berkumandang sedap, anak mata aku yang gatal ni juga sedap terpandang seorang awek yang memakai T-Shirt Kadet Remaja Sekolah.
Aku terus memandang atas dan bawah. Sekali lagi atas dan bawah.
Aku tak salah, awek ini lah yang aku selalu berbalas-balas jerlingan mata dan sengihan dari jauh mahupun dekat tapi tidaklah begitu rapat.
Tapi realitinya, aku mempunyai satu symptom dimana aku memang susah untuk berbicara dengan seseorang yang aku tidak kenali.
Lebih-lebih lagi, awek-awek yang mampu membuatkan hati aku sejuk.
Aku tau, aku ta kenal dia, dan aku lagi faham yang dia juga tidak kenal aku. Hahaha.
Sedang asyik melayan imiginasi yang aku ukir diawangan, aku sedar member-member yang lain sudah tiada.
Hanya tinggal aku, si dia dan pak guard yang sibuk menukar siaran radio pilihannya.
Aku mula panik kerana jam menunjukkan waktu untuk aku beraksi di padang.
Tapi Honda Civic lowered milik ma aku masih belum muncul–muncul lagi.
Aku menyeluk ke dalam kocek dan meraba-raba ke dalam poket aku.
Manalah tau masih ada baki syiling-syiling yang aku boleh gunakan untuk telefon ma aku.
Seperti drama-drama jam petang, tiada sesen pun dalam poket seluar aku.
Tercetusnya idea aku untuk pau awek ni seperti mana aku pau duit junior aku.
Tapi perasaan aku lain, memberontak tapi ditahan. Suara aku ingin berbicara tapi tidak terkeluar dari kotak suara.
Pelik, aneh dan musykil.
Ilmu yang diturunkan senior aku tentang cara-cara pau duit junior tidak dapat aku gunakan pada awek ni.
Aku terduduk cangkung bersandarkan dinding.
Dia datang berdiri sebelah aku.
Aku mula berpeluh.
Lama aku tahan.
Sempat juga pak guard menghabiskan sebatang rokok John nya.
Semuanya tidak kena.
Mana tidaknya, aku tidak pernah berbual dengannya. Apatah lagi bersembang gebang.
Makin lama aku tahan, makin merah raut wajah aku.
Akhirnya aku pasrah dan akur. Seperti kentut juga, tahan lama mana pun, akan terlepas juga.
“Wei, pinjam seposen. Aku na telefon mak aku.”










First time jumpa makwe........member



Malam ini Anis akan terbang ke Kemboja.
Anis merupakan orang kuat bagi program di Kemboja. Kira power juga Anis ni.
Aku setakat handle Majlis Makan Malam Kelab Persatuan je kot.
Itu pun aku tak buat all out.

Flight awal pagi.
Sebagai pakwe yang kacak sehati sejiwa, aku pergi ke airport.
Sekurang-kurangnya aku na bagi support kepada Anis.
Paling kurang pun, lambai tangan.

Aku minta Danial drive ke airport. Aiman pun ikut sekali.
Memandangkan gerak malam, so boleh temankan Danial drive kalau aku terlelap.
Sementara menunggu Danial bersiap, aku duduk di atas katil sambil main phone.
Danial daripada berkemban, sudah mengenakan jeans.

Aku perati je Danial ni.

Danial buka pintu loker besi dan mengeluarkan dua helai baju baru yang digantungkan pada penyangkut baju.
Diangkat tinggi baju tu. Dipandang satu persatu baju tersebut.
Mula-mula pandang baju di tangan kiri.
Digeleng kepalanya.
Danial terus pandang baju ditangan kanannya.
Dibelek baju tersebut.
Dia senyum tanda puas.

Aku mula geram.
Aku geleng kepala.
Makin dibelek baju tu, makin geram aku dibuatnya.

“Cilakak Danial. Ni na jumpa makwe lu ke makwe aku?”

Aku terus bangun dari katil.
Cepat-cepat aku tukar baju baru aku.
Aku spray perfume satu badan.






Friday, March 25, 2016

Thursday, March 17, 2016

SELAMAT HARI LAHIR, ADIK

PUISI UNTUK ADIK

No automatic alt text available.

Adik, cepat betul awak membesar.
Rasa baru semalam kita main baling selipar.
Sedar sedar umur awak masuk 22.
Cepat betul awak berevolusi dari remaja ke dewasa.

Adik, maaf, kadangkala abang tiada masa bersama.
Yela. Abang kat JB, awak kat Kuantan sana.
Sebulan pun kadang jumpa kadang tak jumpa.
Nasib baik abang ingat lagi adik punya muka. (haha).

Adik. Abang nak pesan satu dua benda.
Solat, ingat ma ayah, fokus belajar, kejar cita-cita.
Tau awak femes kat sana, tapi jangan layan buaya.
Kalau ada, tunggu sana, abang datang dengan cota. (wachaa).

Adik. Cepat lah wish nak hadiah apa.
Sebut je apa, abang hantar sekelip mata.
Tapi jangan lah sampai minta Ford Fiesta.
Abang sekeh kepala awak kat ketiak ni, baru padan muka.

Adik. Ok lah. Macam makin panjang pula.
Sebelum tutup seloka, nak ucap sepatah 2 kata.
Okay, dengar baik baik wahai rakyat jelata.
Ehem. Selamat Ulang Tahun wahai Adik manja.

Wednesday, March 16, 2016

Kejutan Budaya

Tahun 2010 gua berdaftar sebagai pelajar baru di UTM. Universiti Terbaik Malaysia. Eh Eh. Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Gua ditempatkan di Kolej Kediaman Semarak dan disatukan bersama Abe Paan dari Kelantan dan juga MilRahim dari Perak. Gua pula dari Negeri Adat Pepatih, Negeri Sembilan.

3 bulan duduk dengan dorang gua kurang bercakap dengan member Kelantan ni. Bukan apa. Langsung gua ta faham apa yang member Kelantan ni borakkan. Gua hanya perati je. Orang Kelantan ni memang pekat dalam berkomunikasi. Memang tak boleh na tukar loghat tu.

------------------------------ O----------------------------

 Setelah sebulan berdaftar di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, gua masih lagi berjumpa dengan Abe Paan dan Mil Rahim. Seperti anak-anak muda lakukan malam-malam, kami berbual di Restoran Agus. Gua melayan mesej makwe gua sementara Abe Paan kusyuk mendengar MilRahim bercerita.

Sampai satu plot cerita MilRahim mula tidak dapat difahami, Abe Paan mula menegur.

“Kau cakap ape Sey ??”

Itu jam gua rasa, kemungkinan besar Abe Paan seorang anak Kelantan celup Singapore.

BUDAK SETIAWANGSA

KISAH EJART TAHUN AKHIR


Pagi Jumaat lepas, aku, Danial, Umar dan Hafiz menghala ke Hutan Bandar, Johor Bahru untuk menikmati sarapan pagi.
Port Hutan Bandar ni menjadi kegemaran aku selain mamak. Selain daripada suasana yang tenang dikelilingi pepohon hijau, Hutan Bandar juga berjaya menghidangkan aneka makanan kampung kegemaran aku.
Lontong dan roti jala misalnya.

Sampai di sana, aku lihat ramai manusia berlegar-legar. Daripada generasi muda ke tua. Daripada bos besar hinggalah kerani. Yang kerja kerajaan mahupun swasta.
Aku sedar tentang itu. Aku terus pesan kepada Umar dan Hafiz, cari tempat duduk dulu sementara aku dan Danial pesan makanan. Self service.

Umar sudah dapat tempat duduk. Umar siap bagi sign thumb up pada aku yang sedang beratur di kedai no 8. Kedai Aneka Selera.

Kini giliran aku dan Danial menjalankan tugas.

Walaupun self service, kita hanya memesan di sini sahaja.
Kemudian, mereka akan menghantar ke meja kita.
Danial yang berada di hadapan aku terus memesan order.

           "Kak, mee rebus satu kak" Danial memesan sambil mengusap perutnya.
Kelaparan mungkin.

Akak tersebut mengangguk kepala sambil mencatat sesuatu pada nota kecilnya.
Pesanan makanan barangkali.
Aku memerhatikan akak ni menjalankan tugasnya.

           "Mee rebus, satu ea. Duk mana?". Tanya akak tersebut.

Danial dengan pantas jawab.

           "Setiawangsa, KL".

Erk.

Aku pun terus beralih kedai sebelah tanpa menghiraukan suasana awkward tadi.
Kau jagann pelik kalau akak ni pos mee rebus ke rumah kau, Danial. Ish.