Saturday, December 31, 2016

YEAR END SALE

Year End Sale tahun lepas, ramai seller buat diskaun gila-gila. Tudung la. Kasut la. Gadget la. Minyak urut la. Eh. Tapi, takde ke yang buat Year End Sale rumah. Jualan penghabisan stok rumah, misalny...

Tuesday, December 20, 2016

BARANG RARE BABA MUDA

Sebagai ahli 3S (suami suami sedunia), aku berpandangan suami boleh--bukan setakat boleh, tapi cool(haha) bila pegang handbag isteri dalam beberapa situasi. 1. Semasa isteri pergi ke toilet 2. Semasa isteri try baju dalam fitting room 3. Semasa isteri sedang solat diRnR/mall (selepas dia jagakan...

Monday, December 5, 2016

TIPS LAKI BINI

Kalau kau tengah baring dalam bilik, tiba-tiba isteri kau masuk bilik, mengemas--walhal bukan masa utk mengemas, kau jangan lah tegur. Dia tiba-tiba nak tukar cadar ke. Dia tiba-tiba nak vacum bilik ke. Dia tiba-tiba nak kemas meja almari ke. Kau rilek je. Buat tak tau je Kau jgn tegur kau jangan tanya. Sebab perkara yg tiba-tiba ni, selalunya mengundang. Tapi kalau isteri kau dah...

Monday, November 28, 2016

BABAH BELI BELAH

Hari ini cuci mata barang baby. Anaku, Baby Kiko, Kiki Lala, dan sewaktu dengannya. Aku memang tak power bab bab ni. Kalau suruh cari spanar saiz 13 ke screw driver bunga ke, aku cari pejam mata je. Tapi bab baby ni, aku memang kena beri pemilihan yang lebih teliti. Pemilihan daripada segi harga--sudah semestinya, keutamaan, keperluan. Kadangkala aku rasa dah macam pegawai KPNDKK dah, check harga...

Thursday, November 10, 2016

Wednesday, November 9, 2016

BLENDER DAN HONEYSEEEMUTTT

Memandangkan Anis cerita blender ni, aku nak ceritakan cerita disebalik takbir. Untold Story (before I tell you now). Malam semalam kami layan movie menerusi kaca tv. Anis macam biasa. Lelap. Aku pula tiba tiba lapar. Aku terus ke dapur mencari kudapan. Oh ya. Sebagai suami yang prihatin, aku...

Saturday, October 29, 2016

CERITA 100 PERKATAAN

SUBUH SI NAFAS SEGAR   Subuh di Bukit Fraser sungguh mengasyikkan. Suasananya cukup tenang dan mendamaikan. Aku menikmati setiap detik. Bukan senang nak dapat feel pagi macam ini. Lebih-lebih lagi hidup di tengah kotaraya. Tau saja la. Sebelum fajar, jalan raya sudah mula dipenuhi kenderaan. Aku tak mahu percutian ini diganggu hal-hal kerja. Aku menarik nafas panjang. Segar. Udara...

Monday, October 24, 2016

KONVOKESYEN UTM

TIPS KONVO  sumber Google Bila member suruh amik jubah konvo, jangan kau lurus bendul sangat pergi amik jubah je. Amik topi nya sekali. Faham?? nota kaki: 24 Oktober 2016 tarikh istiadat konvokesyen Degree First Class in Land Administration & Development.  Amacam?...

Tuesday, October 11, 2016

ISTERI KU NON-MATERIALISTIC

          "Hujung bulan ni boleh la abang belikan cincin yg sayang minat tu". Suara aku memecah kesunyian ruangan dalam Honda City yg menyusuri masuk pintu gerbang Aeon. Anis kebingungan dgn kata kata aku.   Dengan dahi yg dikerutnya, dia soal.            "Eh, cincin yg mana?"            ...

Wednesday, October 5, 2016

HIDUP BUKAN PERLUMBAAN

Jangan kau gusar andai kau belum capai sesuatu seperti rakan di sebelah. Bertenanglah. Hidup ini satu perjalanan. Bukan pertandingan atau perlumbaan. Aku ulang. Bukan pertandingan. Bukan perlumbaa...

Wednesday, August 31, 2016

ERTI KEMERDEKAAN

Malam ini gua didedahkan dengan hiburan di kaca TV, berkenaan erti Kemerdekaan. Pelbagai pandangan, persepsi, ideologi yang diluahkan oleh anak-anak Malaysia. Memandangkan gua dilahirkan selepas merdeka pada awal 90 an, yang mana seni kata Negaraku mula tersemat dalam memori sejak dibangku sekolah,--Yela, dah setiap hari Isnin kena nyanyi, apa pula tak ingat kan. Gua rasa, kalau ditanyakan...

Sunday, August 21, 2016

BEETLE YANG TERSADAI

Anis menatap gambar Volkswagen Beetle yg diambilnya sewaktu basuh petang tadi.           "Sebenarnya, sayang sayang dgn beetle ni. Tapi tu la. Tak tau bila na geraknya". Suara Anis sedikit mengeluh. Aku tolak laptop aku ke tepi. Aku cuba memujuknya.          ...

Wednesday, August 17, 2016

DEPOSIT RUMAH

Biarkan ia tersadai, asalkan ada depan mata. Mereka lihat ia bagaikan rangka besi buruk yg hanya ber-make up-kan seinchi habuk. Tidak lupa pada tahi-tahi cicak yg turut menghiasi bumbungnya. Kerna, aku melihat ia bagaikan kegembiraan aku di masa depan. Cuma masanya belum tiba. Bila tiba...

Thursday, August 11, 2016

First shopping for BABY

Okay , semalam Scroll scroll facebook , tengok orang kata LAZADA buat sale. Dengan lajunya , I browse the website. TADAAAAA HASILNYA :D I bought this on 10th August 2016. Sebenarnya nak ambil 3. The other one color pink. Tp dah habis kot masa checkout tu. So sad. and this one 11th August...

Monday, August 8, 2016

PERASAAN MAT BUNDLE

EEEEEYUUUUKKKKKK. BUNDLE? Sebenarnya, kau tak boleh respon dan berfikiran geli atau jijik atau eeeuukkk kepada pemakai-pemakai barangan bundle ni. Sebagai contohnya, baju bundle, seluar bundle dan juga kasut bundle. Barangan bundle ni boleh dikategorikan barangan second hand atau reject atau terpakai, yang dicuci, dibasuh dan dikumpulkan untuk diedarkan kepada peniaga kedai bundle. (Ejart 2016) Masih...

PEMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

 Gambar Google. Haha. Macam biasa, habis je kerja, aku kena bawa Anis perkena roti planta. Dah order apa yg berkenan dgn perut, Anis borak borak la pasal hal ehwal pregnant. Mengidam itu ini la, mual sana sini la. Aku respon mudah. Angguk kepala, senyum.            ...

Monday, August 1, 2016

TIPS NAIK GAJI

Sebenarnya, jika masa kau belajar, kau mampu hidup dgn kurang daripada RM900 sebulan (hasil daripada duit ptptn/mara/JPA) sudah tentu bila kerja, kau mampu hidup dgn nilai yg sama (RM900) atau 20% kenaikan walaupun gaji kau RM2000. Ini bermakna, masa kau kerja, kau ada tambahan duit sekitar +-RM1000 berbanding masa belajar. Boleh lah kau simpan beli rumah. Fuyoo. Tapi, kalau sebelum...

Monday, July 18, 2016

10 PANDUAN CARI RUMAH BERI ALIRAN TUNAI (CASH FLOW) POSITIF - Harith Faisal

Ada caranya untuk dapat rumah yang bagi aliran tunai positif kat kita. Saya belanja 10 poin ringkas ini ya. 1. Beli rumah bertingkat, apartmen atau flat. 2. Beli rumah tingkat bawah-bawah (walk up). 3. Beli rumah bawah harga pasaran. 4. Beli rumah di kawasan permintaan tinggi. 5. Beli rumah muda, tempoh biaya panjang, ansuran jadi rendah. 6. Beli rumah segera, kadar sewa semakin meningkat. 7. Kaji...

Saturday, July 2, 2016

PEREMPUAN DAN SHOPPING

Kalau ikut perempuan pergi shopping, kau akan rasa macam budak pratikal bahagian penguatkuasa barang. Kau kena ikut senior penguatkuasan pergi ronda kawasan. Habis semua shoplot, dia nak masuk. Habis semua barang dia na pegang. Cek kualiti, brand, harga semua. Bila ada shoplot buat mega sale 50%, 70%, mula la dia. "Eeeiiii kenapa diskaun tinggi ni. Mesti ada tak kena. Jom tgo...

Friday, July 1, 2016

Saturday, June 25, 2016

PABILA SUAMI TIDAK OUTSTATION

Aku dah tak nak outstation lama-lama lagi dah. Tak nak tinggalkan Anis jauh jauh. Baik pergi belajar kat Skudai atau ada kerja luar. Senak perut aku tiap malam kalau macam ni. Bukan apa. Baru 3 minggu tak jumpa Anis. Pukul 3 pagi dia terjaga dari tidur. Dalam gelap tu, dia tumbuk pipi kiri aku. Tepat pula tu. Selamba dia kata, "Woii. Kau sape?" Aku geram, aku buka lampu bilik. Bila nampak...

Sunday, June 19, 2016

GAJI PERTAMA ISTERI

Hari ini hari gaji. Punyalah seronok Anis dapat gaji sampaikan dia paksa aku bawa tempat makan paling sedap. Dia teringin nak belanja aku, katanya. . Sebagai pakwe dan husband yg baik, tak wajar aku pau Anis. Jadi, aku pilih port biasa kami sebelum dan selepas kahwin. Kepsi. . Sampai kat kaunter, aku bagi ruang Anis untuk memilih menunya dahulu. . "Set D. Ayam na besar. Air milo. Na tu na ni bla...

Wednesday, June 15, 2016

PERKARA TERAKHIR DI UTM

Suasana sedikit sayu di foyer Blok B08. Yela. Sudah sampai penghujung pengajian ijazah sarjana muda. Masing bersalam-salaman, berpelukan sesama sendiri. Cium pipi kanan. Cium pipi kiri. Cium pipi kanan kembali. Typical kaum hawa. Sementara aku, Syukri, Azam masih lagi menikmati keseronokan kebebasan yang sementara ini sebelum memasuki alam pekerjaan. Bergelak tawa bagai raja. Apa barang...

PESANAN KERJAYA LECTURER

Semasa perjumpaan terakhir bersama Dr Salfa, Dr Salfa ada menghadiahkan doa serta beberapa pesanan kepada anak buahnya yg sudah tamat belajar. "Saya doakan kamu semua berjaya di dunia dan akhirat. Semoga sihat selalu. Ingat ye. Jaga diri semua. Jaga keluarga. Jaga makan. Jaga solat......." Aku yg masih dalam mood gembira tamat pengajian, tiba-tiba menyampuk, "Jaga bini. Hihi...

Monday, June 13, 2016

TIPS JIMAT TRAVEL

Aku perati je promotion Air Asia ni. Banyak tempat boleh pergi. Tak kiralah domestik mahupun antarabangsa. Memang murah daripada biasa. Berbaloi-baloi. Aku dari awal lagi dah aim beberapa tempat. Kansai misalnya. Harga tiket biasa boleh cecah RM5** sehala. Kalau ikut Harga promotion ni, aku perlu bayar RM299 sehala. Jimat RM200++ Aku fikir, eaaa sudah jimat banyak. Baik ni. Terus aku buat...

Sunday, June 12, 2016

PUNCA SAKIT PERUT

"Ejart. Konfom roti bukan puncanya. Roti ni lambat lagi expired dia." "Habis tu, apasal kita sakit perut ni? Nutella?" Danial terus membelek-belek bekas Nuttella.   "Ishh Nuttella ni expired dia tahun depan. Aku rasa sudu la". Aku menjadi tidak keruan. Belum pernah sudu menjadi punca keracunan makanan. Orang tercekik sudu, ada lah. "Kau tade sudu kan. Habis, kau jumpa mana sudu ni?"...

Saturday, May 21, 2016

CERDIK SANG ROMANTIS

Secara faktanya, aku bukanlah seorang yg romantis. Tapi aku untung sebab Anis tak pernah bicara tentang hal itu. Aku bawa dating naik kereta mini pun, Anis kemain happy lagi. Sampailah satu hari. Aku dapat whatsapp drpd Anis. Aku buka. Aku baca. Anis: love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love you love...

Thursday, May 19, 2016

kisah pendek budak yutiem #13

Seram Part 3. Anaqi: Weh Juna. Thanks malam semalam. Teman aku jumpa Mia kat Balai Cerap. Happy gila aku. Cun weh. Arjuna: Aku? Mana ada la. Anaqi: Kau buat lupa pula. Dah 3 hari kau adjust kan Mia utk aku. Arjuna: Mia pun aku tak kenal. Lagipun aku dah 3 hari dah kat kampung aku ni. Exam habis awal. Aku lupa bagitau ka...

kisah pendek budak yutiem #12

Seram Part 2. Anaqi: Malam semalam kan, boleh pula enjin vespa aku kong kat tasik. Nasib baik ada brader tolong aku. Adam namanya. Dia kata dia duduk sebelah bilik kau. Arjuna: Adam? Bilik sebelah? Anaqi: Ha'a. Kau kenal? Arjuna: Sebelah bilik aku tak pernah ada orang. Row ni aku sorang je we...

kisah pendek budak yutiem #9

Anaqi: Juna. Kau tgok gambar kita awal-awal masuk UTM. Masa FYE (First Year Experience). Kemain lagi kita berjimba. Kau punya senyum macam topeng Vendetta wei. Arjuna: Yela. Dulu aku cuma tau FYE, tapi aku tak tau FYP. Anaqi: FYP mende tu? Arjuna: Final Year Project. Menangis tersedu-sedu si Anaqi dibahu Arjun...

kisah pendek budak yutiem #8

Anaqi dan Arjuna makan di Arked Meranti. Memang time macam ni ramai makwe berlegar legar di situ. 2 kali konyang. Anaqi: Juna. Pukul 5. Pukul 5 kau. (Arjuna terus memandang arah pukul 5) Arjuna: Lawa siyaalll makwe tu. Arjuna tak berpaling walau sekilas. Makwe berkebaya merah, berkain batik tu terus berjalan ke satu meja dan duduk di sebelah brader berbadan sado yg sedang memandang tepat...

kisah pendek budak yutiem #7

Anaqi: Kau tgok kapel tu. Makan berkepit, pergi kelas berkepit, balik kampung berkepit, jogging pun na berkepit. Arjuna: Dorang belum bercinta dgn Projek Sarjana Muda lagi. Haa Viva lagi. Kalau bercinta, mau terbongkang depan laptop. Anaqi pun tersengih-sengih sambil turn on laptopnya terus buka folder PSM Chapter ...

KAK LONG BACKUP BESAR

Ejart: Sayang, tadi abang dah jumpa SV. Settled. Now bergantung kpd panel pertama pula. Sebab masa viva, dia banyak komen itu ini. Anis: Sape nama panel abang? Laki ke perempuan? Bagitau sayang cepat. Ini kalau dibagitau nama panel ni, mau Anis hantar askar dia ke JB ni. Masak lecturer ni karang. Haha. p/s: rasanya patut buat cerita Isteriku Pape Roge...

Tuesday, May 17, 2016

ANAK MUDA YANG BERWARASAN.

Gambar Google 1. Komitmen Kewangan Rendah. CCRIS kasih suci, belum ternoda dengan hutang kereta mahal, pembiayaan peribadi dan tunggakan hutang kad kredit. Jadi mudah bank luluskan pinjaman. 2. Tempoh Pembiayaan Maksimum 35 Tahun. Kalau dapat maksimum 35 tahun, ansuran bulanan jadi rendah....

kisah pendek budak yutiem #6

Anaqi : Juna. Cuti midsem ni kau balik ta? Arjuna : Mestilah balik. Aku dah siap packing barang sejak minggu lepas lagi. Baju semua aku dah lipat. Semua aku dah susun tepi pintu tu. Tinggal na choww je ni. Anaqi : Tiket dah beli ke belum? Arjuna : Huurrmmmmmm Arjuna menyepi di bucu katil sambil menguis-nguis selimutny...

kisah pendek budak yutiem #5

Arjuna bangun pagi terus kejut Anaqi. Arjuna capai tuala dan bekas mandi. Arjuna berjalan terus ke bilik mandi. Arjuna mandi-menyabun-gosok-bilas dan sental gigi.  Arjuna pakai boxer, jeans hitam serta kemeja T. Arjuna sikat rambut style belah tepi. Tak hensem pula, terus Arjuna pacak guna Gatsby. Haaa, barulah hensem daripada tadi. Arjuna keluar panaskan enjin kereta Mini. Arjuna...

kisah pendek budak yutiem #3

Pintu bilik Anaqi dibuka pelan-pelan. Arjuna menjengah di tepi pintu.  "Makan jom. Fesko. Kau, aku, Adam".  Arjuna mengajak sambil mengangkat-angkat kening. "Aku na siapkan PSM la" Anaqi balas tanpa memandang Arjuna. Jari jemari Anaqi ligat menari di papan kekunci komputer riba jenama Acer. (30 minit kemudian di Fesko) "Adam, itulah member kita. Bukan main...